- 1 3 -

1K 81 3
                                    

Aku terpisat-pisat membuka mata. Setelah pandangan menjadi jelas, aku melihat sekeliling. Kak Hani sedang menatap telefon di sebelah kiri katil.

"Kak.."panggil aku.

Kak Hani yang terdengar akan panggilan aku segera menyimpan semula telefon.

"Ya Iz? Iz dah okay ke? Nak makan apa-apa tak? Akak boleh ambil" bertalu-talu soalan dikeluarkan oleh Kak Hani.

Aku menggeleng.

"Abang..?" Tanya aku.

"Oh Abang Iz solat, sayang. Hari ini kan jumaat. Kaum lelaki solat jumaat." Kata Kak Hani.

Aku mengangguk faham. Lama kelamaan sakit kepala tadi hilang.

Aku turun dari pembaringan.

"Eh eh nak pergi mana tu?" Tanya Kak Hani.

"Nak beli air. Haus." Jawab aku.

"Biar Akak lah belikan" pelawa Kak Hani kemudian ingin bangun.

"Eh tak apa. Iz dah sakit. Lagipun nanti dah boleh keluar wad kan? Iz nak jalan-jalan" halang aku.

"Ha, iye lah. Hati-hati jalan tu"

Aku mengangguk.

***************
Langkah diatur ke Kafe Hospital.

Kring.

Bunyi loceng berbunyi menandakan orang memasuki Kafe. Aku membuka peti ais. Tiada air fresh oren. Jadi aku mengambil air milo. Kemudian aku beratur untuk membayar.

Aku minum sambil berjalan-jalan di taman. Pesan abang aku abaikan.

Hari ini tak ramai orang.

Aku melirik jam di tangan. 2.40. Yay abang mesti dah balik. Tapi aku nak luang masa kat taman buat sementara waktu.

"Iz?" Tegur seseorang dari belakang. Aku menoleh.

"Aden?" Ingatan aku muncul kembali.

Dia menapak ke arah aku.

"Berhenti! Pergi kau! Kau jahat! Kau kejam! Kau tolak aku! Pergi!!" Jerit aku seperti kena sawan

"Iz dengar dulu penjelasan aku" Kata Aden dan menapak lagi ke arah ku.

Aku segera berlari ke tempat parkir kenderaan.

"Iz tunggu!!" Jerit Aden lau mengejar aku.

Namun kelajuan aku tak ada lah selaju Aden. Dia menarik lengan aku supaya berhenti berlari.

"Lepas! Lepas lah!" Kata aku sambil menarik tangan aku. Air mata aku tumpah.

Aden kejam!

"Iz dengar dulu please.. Aku merayu.." katanya. Tiba-tiba air mata dia tumpah juga. Aku terkedu. Kali pertama aku melihat air mata Aden. Setahu aku dia lelaki yang kuat.

Hati aku menjadi lembut untuk mendengar penjelasannya.

"Iz.. Aku tahu aku salah.. Tolong maafkan aku. Sumpah Iz aku tak niat pun nak tolak! Aku nak halang korang bergaduh je. Mungkin aku terlampau kuat itu yang tertolak kau jatuh." Jelas Aden.

Cis. Sempat lagi masuk baku angkat sendiri.

"Kenapa kau berubah?" Soalan yang aku tertanya-tanya akhirnya keluar juga.

"Yang tu.. Aku tak boleh nak jawab kenapa. It's not the time yet. Tapi aku akan bagitahu. Serius."

"Dah lah Aden. Benda macam tu pun nak sorok ke. Aku benci kau. Sampai mati. Nasib baik aku pilih untuk pindah." Kata aku lalu melepaskan pegangan Aden.

"Iz!" Panggil seseorang. Aku kenal suara tu. Izwan!

"Wan! Bila sampai?" Air mata aku kering serta-merta.

"Baru je. Dengar Iz pengsan lah. Risau Wan" kata Izwan.

"Siapa tu?" Kata Izwan lagi.

Aku melirik ke arah Aden. Dia sedang menunduk. Entah apa yang difikirkannya.

"Entah, tak kenal. Dah lah jom" Kata aku lalu menarik lengan Izwan supaya beredar dari situ.

Meninggalkan Aden sendirian.

Seperti mana dia tinggalkan aku kat sekolah ...

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now