"Latte? Meow?" Terjerit-jerit aku memanggil latte. Namun tidak mendengar sahutan.
Aku mengulang lagi dialog yang sama. Kedengaran bunyi loceng yang aku gantung pada leher latte berbunyi. Makin lama bunyi itu semakin kuat. Tahu lah aku bahawa dia makin dekat.
Kelihatan latte bersama bola kecil di mulutnya.
"Eee kau pergi mana hah? Eee geram nya. Makin gemok!" Aku mengangkat latte. Perutnya aku gomol.
Langkah disusun ke arah sofa lalu aku melabuhkan punggung.
"Iz, Wan nak keluar jap" kata Izwan sambil membetulkan lengan kemeja nya.
"Ok. Balik bila?" Tanya aku.
"Tak pasti. Takpe, kalau Iz nak keluar nanti Wan ada kunci" balas Izwan.
"Hm ok. Pergilah" kata aku lalu bermain dengan kaki latte.
Kereta Abang Izwan bergerak keluar meninggalkan perkarangan rumah.
Ting!
Bunyi telefon aku menandakan mesej masuk. Tangan kiri aku memegang badan latte supaya dia tidak lari jauh. Manakala tangan kanan aku mencapai telefon.
Oh mesej dari Aden. Dia ajak keluar?
Sudah 2 hari aku tidak mendengar khabarnya selepas kes di restoran hari tu. Dia juga tidak mesej aku.
Segera aku bangun meninggalkan latte di sofa untuk bersiap. Aku kenakan tudung hitam bersama hoodie kelabu dan seluar slack.
Setelah siap, aku turun ke bawah lalu mencapai kunci kereta. Latte masih setia duduk di atas sofa. Selalunya dia akan merayap. Tetapi tidak hari ini.
Tanganku laju mengangkat latte.
"Kau, ikut aku!" Kata aku lalu menggomol perutnya yang ditutupi dengan bulu yang gebu.
*****************
Kereta aku diparkirkan di pinggir jalan. Aku keluar sambil mengangkat latte dan duduk di bangku yang muat dua orang dewasa.Aden masih belum sampai. Sementara menunggunya, aku bermain dengan Latte.
"Iz" tegur Aden dari belakang.
Aku menoleh.
"Ha kenapa nak jumpa?" Tanya aku.
Aden menghulurkan sampul surat. Latte aku letakkan di bangku sebelah. Aden setia berdiri. Sampul itu aku buka.
Kad jemputan kahwin Aden dan Maryam...
"Kau datang eh?" Tanya Aden.
Menggigil aku memegang kad jemputan itu. Perlahan-lahan aku mengangguk.
"Ha itu je sebenarnya niat aku nak jumpa kau. Terima kasih sebab sudi datang. Aku balik dulu eh?" Aden meminta diri.
Segera lengan bajunya aku capai.
Air mata bergenang di tubir mata.
"Jangan lah pergi.. Janganlah kahwin dengan Maryam" rayu aku dalam esakan.
"Iz.." terkedu Aden melihat tingkah laku aku.
Aku masih menangis. Perlahan-lahan lengan bajunya aku lepaskan. Kemudian aku tergelak kecil.
"Sorry. Emotional pula tadi" kata aku lalu mengelap air mata.
Aden diam. Dia masih belum berganjak. Melihatkan dia masih kaku, aku mengangkat pandangan. Mata kami bertautan lama sebelum Aden kembali bersuara.
"Aku akan timbangkan permintaan kau"
Aku membulatkan kata tidak percaya
"Se-serius?" Tanya aku ingin kepastian.
"Hari selepas aku balik umrah, kau jumpa aku kat sini. Kalau aku datang, maksudnya aku kahwin dengan kau. Kalau aku tak datang, sebaliknya. Sehari selepas itu, perkahwinan aku dengan Maryam akan berlangsung" terang Aden.
Aku mengangguk faham.
"Aku pergi dulu" Aden meminta diri.
Aku mengangguk. Tak sangka.
Tak sabarnya aku. Iz, rilek. Ni kalau dia tak datang buat malu kau je. Tapi konfem lah dia datang. Takkan dia tak suka aku kot?
Jangan risau. Aku akan doa dalam solat, supaya kau terima aku.
Aku tersenyun seorang diri.
********************
Belum sempat nak balik, Wazif ajak jumpa. Terpaksa aku berpatah balik.
Lama juga aku tunggu dia kat kedai ni. Haih.
"Iz, sori lambat" tegur Wazif dari jauh.
"Takpe dah biasa. Ha asal nak jumpa?" Tanya aku. Perasaan marah aku terhadap dia sudah lama hilang sejak dia berhenti ganggu aku.
Tak tahu kenapa."Ni ha" Wazif menghulurkan sampul surat.
Haih sampul lagi. Entah-entah isi dia pun kad kahwin.
Tangan aku laju membuka sampul yang diberi.
Tekaan aku betullah! Kad kahwin! Dengan Farisya?! Kenapa dia tak bagitahu apa-apa?!
"Wow! Serius? Tahniah!!!" Kata aku sambil terjerit kecil. Wow serius tak sangka.
"Hahahaha terima kasih. Datang tau. Sorry sebab aku selalu ganggu kau sebelum ni. Siap ugut kau lagi" kata Wazif ikhlas.
"Eh takpe. Tutup buku lama. Buka buku baru. Eiii tak sabar nau!"
"Ha ni lagi satu, Farisya minta kau jadi pengapit dia" kata Wazif.
"Ei tak nak aku! Suruh orang lain lah!" Tolak aku. Sesekali kepala latte di usap.
"Ala bolehlah, Farisya memang nak sangat kau jadi pengapit dia tahu? Jom la. Mana tahu kau dapat aura pengantin tu. Tup tap, lepastu kau yang kahwin" lincah Wazif berkata-kata.
"Yelah" kata aku mengalah juga.
"Haha bagus. Nanti aku bagitahu Sya. Eh aku tak boleh lama ni. Banyak lagi kad aku nak bagi. Aku pergi dulu eh." Kata Wazif lalu beredar.
Aku melihat Wazif yang kian menjauh. Latte disebelah aku angkat ke atas riba.
"Baguslah dia dah berubah. Kan latte?"
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "