Aku khusyuk menjamah makanan yang di order tadi. Abang Izwan menggeleng melihat aku.
"Siapa suruh ikut? Dah tahu puasa.." Kata aku melihatkan Abang Izwan yang memandang aku.
"Kang jadi apa-apa kat Iz macam mana? Bersyukur lah siked" kata Abang Izwan dalam nada merajuk.
"Yelah, yelah. Masheh. Dah, pandang lah tempat lain. Kang puasa setengah hari pula"
Abang Izwan mengalihkan tubuhnya menghadap jalan raya.
Selepas 10 minit menjamu selera, aku bersandar pada kerusi. Kenyang.
"Iz, Wan pergi kedai hujung sana kejap" kata Abang Izwan lalu meninggalkan aku.
Hm baik tunggu dia dekat kereta. Aku meletakkan RM 50 di atas meja lalu bergerak ke kereta.
"Oi cik adik! Mau pergi mana?" Tanya Tauke warung dari jauh.
"Pergi kereta. Duit saya sudah letak atas meja. Keep the change!" Balas aku.
Lalu Tauke itu menunjuk ibu jarinya.
Mata aku tertangkap di kedai buku berdekatan. Fuh, ni mesti ada buku komik. Segera langkah aku berjalan ke sana.
Tiba-tiba aku tangan yang menekup mulut aku. Terkejut dan takut merupakan emosi yang aku ada sekarang. Ya Allah. Siapa ni? Peragut ke? Eh kalau peragut dah lama dia ambil beg tangan aku.
Takkan.. Perogol? Tangan aku menarik-narik tangan yang menekup mulut aku.
Aku dibawa ke dalam sebuah bilik tidak jauh dari sini.
Lalu aku diikat di sebuah kerusi. Keadaan dalam bilik itu agak gelap. Hanya sokongan lampu mentol yang malap ditengah bilik.
Perlahan-lahan ada susuk tubuh seseorang keluar dari kegelapan.
"Siapa kau?!" Tengking aku.
Mata kami bertautan. Ha-Harith?
"Lepaskan aku la woi!" Jerit aku lalu menggerak-gerakkan tubuh aku.
"Tch, kau ni memang suka menjerit eh? Telinga aku ni hampir pekak tau dengar kau jerit kat telinga aku semalam" kata Harith.
Aku memandangnya dengan wajah membengis.
"Dan aku akan makesure kau rasa benda yang sama. Tapi mungkin lagi teruk?" Kata Harith lalu tersenyum sinis.
Dia mengambil headphone yang disambungkan dengan komputer ribanya.
Badan aku sudah mula menggigil.
"Ka-kau nak buat apa?" Tanya aku gagap.
"Hilangkan nikmat pendengaran kau" balasnya lalu tergelak sinis.
Aku mula menggigil teruk. Tolonglah.. Abang Izwan kat mana? Cari la Iz!
Dia mula menapak ke arah aku.
"Oh sebelum tu aku nak tanya. Kau nak kahwin dengan aku tak? Last call ni" ugut Harith. Senyuman sinis nya tidak lekang dari bibir.
"Aku lagi sanggup mati!" Balas aku lalu meludah ke arahnya. Tetapi tidak sampai.
"Sure" balas Harith pendek. Lalu dia memakaikan aku headphone tadi.
"Kau suka dengar lagu kan? Ha nah aku belanja" kata Harith lalu menapak ke arah komputer ribanya.
Lagu inggeris berkumandang perlahan di headphone aku. Makin lama makin kuat. Sehinggakan aku tidak dapat mendengar keadaan sekeliling. Pedih.
Aku menutup mata menahan sakit.
Terasa ada cecair mengalir di pipi aku. Segera aku lap dengan tudung aku.
Darah. Aku mula menangis. Sakit.
Tiba-tiba aku tidak mendengar apa-apa. Lagu ni dah berhenti ke? Aku mengangkat kepala.
Kelihatan ada tiga orang anggota polis sedang sibuk menahan Harith manakala seorang lagi menutup lagu di Komputer Riba milik Harith.
Abang Izwan pula sedang menanggalkan headphone dari kepala aku.
Kenapa aku tak dengar suara polis memarahi Harith? Kenapa aku tak dengar suara Harith menjerit ingin dilepaskan? Kenapa aku tak dengar suara Abang Izwan memujuk aku supaya bertenang? Padahal mulut mereka bergerak...
Aku selamat di dalam dakapan Abang Izwan. Tetapi tidak tahan lama. Akhirnya aku rebah.
******************
Aku membuka mata. Kelihatan Kak Hani duduk disebelah aku. Dari jauh kelihatan Abang Izzul dan Abang Izwan sedang berborak. Abang Izzul dalam pakaian doktornya. Dia yang rawat aku mungkin?
Melihatkan aku sudah terbangun, Kak Hani bercakap sesuatu tetapi tidak dapat didengari oleh aku. Takkan sebab jarak kami jauh? Agak dekat kot.
Melihatkan muka aku yang terpinga-pinga, Kak Hani mengeluh. Abang izzul dan Abang Izwan mendekati aku.
Dia menghulurkan sekeping kertas putih. Aku lambat-lambat mengambil huluran tersebut.
'Iz. Iz sabar ya, sayang? Allah tengah uji Iz ni'
Aku terpinga-pinga memproses ayat tersebut ke dalam kepala? Uji? Sabar ?
Kemudian Abang Izzul menghulurkan kertas kedua.
' Iz pekak. Iz dah tak boleh dengar '
Membacakan kertas kedua itu, aku menangis semahu-mahunya. Ya Allah. Tidak sangka betul. Macam mana aku nak teruskan hidup aku lepas ni?
Kemudian Abang Izzul menghulurkan kertas ketiga.
' Iz jangan risau, kita kan ada Alat bantu pendengaran? Iz kira beruntung dari hilang mata '
Tangisan aku masih tidak reda. Ya, walaupun ada alat bantu pendengaran pun, belum tentu pendengaran aku sebaik sebelum ni kan?
Kemudian Kak Hani mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Oh alat tu. Kemudian dia pakai kan alat itu disebelah telinga kanan aku.
"Iz dah boleh dengar?" Tanya Kak Hani namun sayup-sayup kedengaran. Tetapi masih boleh ditangkap mungkin kerana jarak kami dekat.
"Ya." Balas aku pendek.
Kak Hani memasangkan lagi sebelah di telinga kiri aku.
"Sekarang?" Tanya Kak Hani lagi sekali.
"Jelas. Tapi tak sejelas masa Iz ada telinga yang sempurna dulu.." kata aku. Air mata aku masih mengalir deras.
Sekarang baru aku rasa kehilangan. Aku tak bersyukur. Tak pernah pun aku mengucapkan syukur sebab ada nikmat ni.
Dan aku rasa menyesal.
Menyesal kenal dan suka pada Harith.
Celaka kau Harith.
( Harith ni eh yang celaka. Yang lain baik )
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "