- 0 4 -

1.5K 88 0
                                    

"Iz pergi dulu!" Kata aku melangkah keluar dari rumah.

"Baik baik jalan!" Jerit abang Izzul dari pintu.

Aku mengangkat ibu jari tanda 'Ok'. Selepas sudah berjalan agak jauh dari rumah, aku segera membuka google maps di telefon. So depan sikit ada jejantas. Then i need to ride LRT. AKu mendongak. Betul, dari sini dah boleh nampak jejantas ke LRT. Fuhh tak sabar nak beli buk-

"Ba!"Teriak seorang lelaki dari belakang. Bahu aku terhincut sedikit. Aku menoleh untuk mencari punca suara. Aden? Dia buat apa kat sini.

"Hesh ko ni. Kau stalk aku eh?" Tanya aku.

"Ceh, tak de masa aku nak stalk kau. Aku pun kebetulan nak pergi PWTC. Ada satu buku ni aku nak cari, nama dia Imam Syafie karya Abdul Latip Talib. Then since kau nak pergi jugak, abang kau suruh aku teman." Terang Aden.

Ceh. Kenapa dia? Aku masih marah lagi tahu. Aku mempercepatkan langkah.

Beberapa minit kemudian, aku sampai. Aku menaiki jejantas terus ke LRT. Disebabkan tempat duduk penuh, aku hanya berdiri. Begitu juga dengan Aden. Aku perasan dia curi curi pandang aku. Tak, bukan aku. Phone aku. Eee tak hormat privasi orang betul.

"Kau jeling ape? Cungkel biji mata tu kang" Suara aku memecah sunyi yang dari tadi. "Saje tumpang tengok jugak" Balas dia sambil anak mata tidak lepas tengok phone aku.

"Eeee guna la phone sendiri. Data ni aku topup untuk aku sorang je tahu?" Balas aku pula.

"Hek eleh. Duit abang kau jugak" Katanya dalam nada berbisik tapi still aku boleh dengar.

Jari aku terus mencubit lengannya.

"Duit aku okay?!" Marah aku tapi suara di kontrol. Tempat awam kut.

Dia tidak membalas tapi mengusap lengannya. Hehe Sorry la.

Kemudian, pintu LRT terbuka. Yes. Sampai. Kami berjalan sehingga sampai di bangunan PWTC. Kami terus memasuki bangunan itu. Suhu yang dari tadi panas terus menjadi sejuk akibat pendingin hawa yang dipasang.

"Kau nak ikut atau cari buku kau?"Soal aku. "Ikut kau dulu. Lepas tu baru aku cari buku aku. Hilang kang aku yang susah" jawabnya.

Dia memang sengaja cari pasal. Mood aku sedang okay so aku tak nak gaduh. Terus aku menyambung langkah. Dalam 4 langkah tiba tiba hujung baju belakang aku di tarik seseorang. Aku menoleh. Aden menarik hujung baju aku. Dah kenapa?

"Aku mintak maaf pasal haritu" Sambil memandang ke tempat lain. Ceh engko ni.

"Takpe. Dah lupa dah pun" Tipu aku sambil menarik semula baju aku. Kemudian sambung langkah ku ke bahagian komik. Aden masih setia di belakang.

Bersinar mata aku melihat sekeliling. Aku mengambil masa 35 minit membeli 12 buah komik. Selepas puas, aku keluar dari bahagian komik.

"Komik je? Ceh. Sia sia je pergi." perli Aden.

"Eh, biarlah. Duit aku. Tadi baru mintak maaf kut. Nak gaduh lagi ke?"Sindir aku pula.

Melihatkan reaksinya yang membisu , aku menanyakan soalan.

"Kau nak beli buku ke tak ni?"

"Ha, nak. Ikut aku" Katanya sambil mengetuai langkah aku. Dia menuju ke bahagian Islamik. Ceh, nak perli aku ke ni. Aduh. Sentap sia.

"Eh aku tunggu luar je lah" Kata aku apabila aku lihat tiada perempuan yang free hair dalam tu.

"Okay" Balas Aden memasuki bahagian buku buku Islamik.

____________________________________________________

Aku menguap. Haih lama lagi ke mamat ni. Sudah 18 minit aku bersila. Penat berdiri.

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now