Aku berjalan dari blok C ke pagar sekolah. Hari ini aku pakai vest prs. So penampilan aku agak segak sikit hari ni. Alah, sikit je. Aku melihat senarai nama yang diberikan cikgu Juriah semalam. Nur Syafwa. So dia ni lah yang aku kena guide. Iz sedia berkhidmat!
Aku duduk di bangku bawah pokok. Redup sikit. Sementara menunggu kedatangan Nur Syafwa, aku bermain telefon.
Stalk ig Harith kejap, hehe.
Selang 10 minit, ada sebuah kereta masuk ke perkarangan sekolah. Mesti Nur Syafwa tu. Ahhh berdebarnya hati aku. Ikutkan nama dia ni, mesti orang nya bertudung. Aku tak tau kenapa bila aku dekat dengan orang bertudung, aku jadi takut tapi selesa untuk bercakap dengan mereka.
Setelah dia keluar dan keretanya juga keluar dari perkarangan sekolah, aku menapak ke arahnya. Aku tidak nampak wajahnya kerana aku dari tadi tengok lantai. Tak berani mak tengok muka. Aku buka kembali senarai nama. Takut salah sebut nama.
"Selamat datang ke sekolah Menengah Putrajaya, Cik Nur Syafwa." Kata aku kekok. Pandangan masih terlekat di senarai nama. Takut untuk naikkan pandangan.
"Nur Syafwa?"
Aiseh. Asal dia sebut nama dia sendiri? I mean nada dia macam pelik dengan nama tu. Tak, itu tak penting. Sekarang ni kenapa suara dia garau? Nur Syafwa ni transgender ke?
Aku memberanIkan diri mengangkat sedikit pandangan. Ya. Sedikit sahaja.
Uih! Ada halkum la! Lelaki!! Aku menatap balik senarai nama tadi.
Nur Syafwa... Ditangguhkan??? 11 haribulan 6... Raid Ramadhan? Aiseh.
"Oh maaf ! Salah ! Selamat datang, Encik Raid Ramadhan!" Kata aku dan memberanikan diri memandang wajahnya. Nasib lelaki. Kalau perempuan bertudung konfem aku tak angkat kepala.
Eh kejap.. Ni mamat kat restoran tu lah! Dia tak kenal aku ke?
"Lainkal tengok betul betul. Nama dah sedap , dapat dapat Nur Syafwa pulak" sindir Raid Ramadhan.
"U-uh maaf. Aaaa ni nak panggil apa? Raid ? Ramadhan? Syawal? Zulkaedah? Ehehe" gurau aku
" Ha ha ha hambar nya. Panggil aku Adan ( which is dipanggil Ayden okay? Tapi author tulis Aden)
"O-oh okay" balas aku. Dasar tak ada hati. Aku buat lawak gelak la.
"Nah kau bawak ni. Today you are my servant" katanya sambil ketawa jahat. Lalu dia membaling begnya yang berat ke arah ku. Aku segera sambut. Ceh. Servant lak kau.
___________________________________
"So tu blok B which is tempat locker. Yang tu Cafeteria. And the last one Dewan Gemilang. Thats all" kata akhir aku.
"Sekolah private but still menyedihkan. I like my old school better" hina Aden.
"Eh jap, sape tanya eh?" Sindir aku balik
"Cis" balas Aden pula
Kemudian Aden berleter tentang kekurangan sekolah ini. Oh my god im so bored. Leterannya aku abaikan. Eh kejap, oh my god! Harith!
Segera aku mengeluarkan paper bag yang aku simpan dalam beg dari tadi. Apabila Harith sampai ke sini, segera aku memberi hadiah itu kepadanya.
"harith, happy birthday!" Kata aku sambil mengukir senyuman.
Leteran Raid terhenti.
" Oh, thank you very much" balas Harith sambil mengambil paper bag tadi. Lepastu blah la . Ape lagi.
"Muka macam tu pun laku." Ejek Aden dalam nada bisikan.
Excuse me? Aku paling benci orang hina orang lain. Terutama my crush.
"Kau ni kenapa doh? Semalam aku jumpa kau kat restoran sweet je. Harini perangai tak ubah macam setan" suara aku dalam nada tinggi akibat marah. Ia menyebabkan orang sekeliling turut melihat drama yang aku adakan.
Aden memandang aku pelik.
"Aku jumpa kau semalam? Mana ada. Muka macam kau ni bersepah je tepi jalan hahahahaha" balas Aden pula.
Aku terkesima. Sumpah aku terasa walaupun ayat dia simple. Air mata aku mula bergenang. Malu. Oang sekeliling tertawa dengan respon Aden tadi. Ya Allah maruah nak letak mana...
Tangan aku seluk di dalam poket. Aku mengeluarkan sepucuk pistol dan di acukan ke arah Aden.
Muka dia terkejut. Macam nampak kucing terbang.
"W-weh aku gurau je doh. Cepat terasa nya kau ni.." Kata Aden.
" aku yang cepat terasa atau gurauan kau yang melebihi batas? Cool ke b^d^h malukan orang depan orang ramai?" Sembur aku lalu terus ke kelas.
Air mata aku diseka. Aku nampak Fahmi kejar aku dari belakang. Ah! Kisah apa aku?
________________________________________________________________
Bunyi das tembakan memenuhi bilik latihan. Aku mengintai sedikit untuk melihat musuh. Terus aku melepaskan tembakan lagi. Aku mengintai lagi. Clear. Fuh, penat latihan ni.
Actually kalau korang nak tahu macam mana aku ada pistol, abang ada lesen senjata haram. So aku just pinjam just in case.
Okay penat, serious. Botol minuman ditepi itu aku teguk sehingga habis. Next time kena buat better. Tak pun aku boleh tampal muka Aden dekat semua musuh. Konfem aku auto bertenaga.
Aku berpeluh teruk. Terus aku ke bilik untuk mandi.
Setelah siap, aku turun ke ruang tamu. Suara abang sedang berborak memecah kesunyian. Tapi dia borak dengan siapa? Kak Hani? Dia je kerja. Kawan abang kut?
Aku mengintai sedikit... Aden?!
Apa dia buat kat sini? Macam mana dia kenal abang? Dia mengadu pasal aku ke?
Terus aku merapati mereka.
"Ha, bang. Sape tu?" Soal aku pura pura tidak tahu.
"Oh, ni Aden. Abang jumpa dia kat masjid. Baik orangnya. Sopan santun. Sebaya kamu ni, Iz." Balas Abang.
"Pffft ni muka pergi masjid?" Sindir aku kemudian ingin naik ke atas semula. Riak wajah abang bingung. Wajah Aden menahan marah. Dia hanya tersenyum kecil.
Perjalanan aku terbantut apabila teringat akan sesuatu. "Oh , abang. Ahad ni Iz nak pergi PWTC boleh? Ada pesta buku" terang aku.
"Ahad? Emmm Abang dengan Kak Hani ada appointment la." Balas Abang Izzul.
Muka Aden menahan gelak. Apa? Kau nak gelakkan aku ke? Kau sabar jap.
"Eh tak mintak abang teman pun. Iz boleh pergi sendiri. Plus, Iz dah semakin mahir dalam menembak. Piu, Piu! Muktamad ea" Kata aku terus berlalu pergi. Malu seh.
Abang menggeleng melayan kerenah aku.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "