- 0 9 -

1.1K 80 0
                                    

Aku baring di atas katil. Ingatan terimbau kembali.

" Umur awak berapa? " Tanya aku.

" 17. Spm tahun ni" kata Izwan sambil tersengih.

" So awak abang saya kan? Abang sekolah mana? " Tanya aku.

Izwan terkedu apabila dipanggil ' Abang '. Kekok mungkin.

"Sekolah Menengah Agama Shah Alam." Balasnya.

Aku termenung. Sekolah Menengah Agama , ya? Kalau aku pindah kira tak sia-sia kan? Nak belajar agama juga.

Aku segera turun dari katil dan meluru ke bilik Abang Izzul.

"Abang!! Buka pintu!!" Jerit aku lalu mengetuk pintu abang berkali-kali. Sengaja ingin menyakat.

"Hah Iz kenapa?" Tanya Abang. Terkejut barang kali aku ketuk banyak kali.

Aku tidak menjawab soalan itu namun meluru masuk ke dalam bilik abang lalu menghumbamkan badan ke atas katil empuk abang.

"Iz..." Kata Abang meleret. Kemudian dia menggeleng kepala. Tahulah dia bahawa aku sengaja ingin menyakatnya. Kemudian dia mengambil telefon lalu ditatapnya.

"Ada apa masuk bilik abang ni? Rindu ek?" Usik Abang Izzul.

Aku mendengus. "Abang"

"Hmm"

"Kalau Iz nak pindah sekolah kat sekolah Izwan boleh?"

"Hah? Buat apa?"

"Nak belajar lah. Lagipun Izwan mesti boleh jaga Iz"

"Memanglah, tapi Iz tahu tak tu Sekolah Menengah Agama , Iz. Agama. Kena pa-"

"Kena pakai tudung? Iz boleh buat"

Abang berhenti menatap telefon. Dia memandang aku tidak percaya.

"Iz buat lawak ke?" Tanya Abang ingin kepastian

"Abang ni, Iz buat benda baik pun salah" rungut aku. Manakan tidak.

"Yelah. Baguslah Iz nak berubah. Alhamdulillah" kata Abang Izzul.

Aku membatu. Betul ke apa yang aku buat. Eh belajar demi Allah kot bukannya maksiat. Tapi... Fahmi macam mana? Hm takpelah. Dia kan dah ada Rita.. Harith? Ceh aku dah lama buang dia dari kamus hidup aku.

......

Aden? Tipulah kalau aku kata aku tak selesa dengan dia. Aku dah anggap dia kawan rapat aku.

"Bila nak pindah?" Persoalan abang mematikan lamunan aku.

"Birthday Iz 9.7 kan? Then 10.7 lah" balas aku.

Abang mengerling aku.

"Macam ada apa apa je pilih tarikh tu" usik Abang.

" Entah Iz rasa tarikh tu macam. Entah. Tak tau macam mana nak explain. Dah lah, bang. Iz nak tidur. Selamat malam" kata aku lalu mencium tangan abang dan bergerak ke bilik aku.

*********************
Suasana kelas 4 Ibn Rusyd sangat riuh rendah. Guru mata pelajaran Akaun masih tidak muncul. Aku masih khusyuk menatap telefon aku.

Ada lagi seminggu sebelum hari lahir aku. Dan juga seminggu sebelum tarik aku berpindah sekolah. Aku nak beritahu Aden dan Fahmi secepat mungkin.

Tiba-tiba suasana kelas senyap serta-merta. Aku menyimpan telefon untuk melihat apa yang terjadi. Oh cikgu dah masuk.

Semua pelajar bangun. Dibelakang cikgu diikuti seorang pelajar perempuan yang belum pernah dia nampak. Pelajarbahari mungkin.

"Duduk. Okay, Ina boleh perkenalkan diri" Kata cikgu Shida.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Afrina Najiha. Saya merupakan pelajar baru disini dan saya harap kawan kawan yang lain dapat memberi kerja sama yang baik kepada saya" katanya lalu menunduk 90 darjah. Cantik orangnya. Bertudung.

Dia mengambil tempat disebelahku.

"Hai! Boleh kenal?" Tegur Ina.

"B-boleh. Nama s-saya Izreena Arsha. Panggil Iz je." Balas aku.

Dia mengangguk lalu memfokuskan diri semasa cikgu Shida mengajar.

*****************
"Rehat dah. Awak nak makan apa?" Tanya Ina.

"Makanan ringan je." Gugup aku sudah hilang kerana sudah selesa dengan Ina.

Kami berjalan seiring ke Kafeteria.

"Iz" tegur seseorang dari belakang.  Kami menoleh.

Oh Aden. Lama tak jumpa.

"Kau nak apa?" Tanya aku.

"Uih lek ah. Nah, aku buat Nasi Goreng Pataya untuk kau" kata Aden sambil menghulur plastik berisi bekas makanan.

"Wahhh thanks do. Kau memang memahami aku" kata aku.

"Eh siapa ni, Iz? Hensem!" Ina mencelah.

Muka Aden terus merona merah namun tersenyum kecil.

Kejap. Senyum? Dia tak pernah senyum kat aku pun.

"Oh. Ina, ni Raid Ramadhan. Panggil dia Aden je. Aden, ni Afrina Najiha. Panggil Ina" kata aku panjang lebar.

Mereka berdua tersenyum. Aku mula panas. Siapa je tak panas? Masa dia kenal aku nak senyum pun susah. Ni baru jumpa dah tersengih-sengih. Okay aku over. Sorry.

"Nak nombor awak boleh?" Tanya Ina sambil menghulurkan telefonnya.

Aku ingin menghalang kerana setiap kali ada perempuan yang ingin nombor telefon Aden, mesti dia tolak mentah mentah. Malu woi. Tetapi niat aku terbatal bila Aden ambil. Aku tercengang.

Serious ke tu Aden. Tapi tak mustahil. Mungkin Aden jatuh cinta pandang pertama dengan Ina ni.

Aku sebenarnya... sedikit... cemburu...

mungkin sebab..

Aku suka Aden?

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now