- 2 7 -

955 76 18
                                    

Ini merupakan hari pertama aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama Shah Alam. Selalunya kalau ada orang mahu belajar memakai tudung, mereka akan pakai dari yang pendek dahulu. Aku tup tap terus labuh! Contohi Izreena. Kekekekeke.

Sebelum menapak ke kelas, akan diadakan bacaan Yaasin. Orang melihat aku hairan. Mungkin sebab aku budak baru. Haih, dah biasa lah kena bisik ni.

Usai sahaja membaca Yaasin, aku bergerak ke kelas mengikut barisan. Kelas aku merupakan 4 Ibn Sina. Kelas ketiga.

Apabila aku menapak masuk, mata-mata melihat aku. Aku menyibukkan diri mencari tempat kosong. Sudah 2 kali bertawaf mengelilingi kelas aku, memang sah tiada tempat kosong.

Aku meletakkan beg dibelakang lalu menapak keluar dari kelas untuk mencari meja dan kerusi.

Dari jauh kelihatan seorang budak lelaki bertungkus-lumus mengangkat sebuah meja. Aku mengerutkan dahi. Muka tu macam pernah nampak.

Wazif?

"Assalamualaikum, kau Wazif ke?" Tegur aku.

Dia menoleh melihat aku sebelum menjawab salam "Waalaikumussalam. Ya, itu aku. Awak Iz kan?" Tanya dia pula.

Aku mengangguk. "Mana kau dapat meja ni? Kau nak buat apa?" Tanya aku pula.

"Kelas hujung sana. Cikgu arah saya untuk ambil satu meja dan kerusi sebab ada budak baru kat kelas saya. Awak ke pelajar tu?" Tanya Wazif ingin kepastian.

"Haah aku lah tu. Kerusinya mana? Biar aku angkat" pelawa aku. Dia menjuih bibir ke arah kerusi yang tidak jauh dari kami. Segera aku mengambil kerusi tersebut lalu membontoti Wazif dari belakang.

Selesai menyusun meja, aku mengucapkan terima kasih.

Semua meja disusun dua-dua orang tetapi meja aku disusun tiga orang. Wazif enggan menyusun meja dibelakang kerana tidak mahu aku keseorangan.

"Assalamualaikum" tegur seorang perempuan di sebelah aku lalu diukir senyuman.

"Waalaikumussalam" balas aku dan turut mengukir senyuman.

"Nama awak siapa? Saya Yasmin Arysha. Panggil Yasmin jer. Sebelah saya ni Syaza Aryuna. Panggil dia Syaz je" terang Yasmin panjang lebar. Mereka berdua turut mengukir senyuman.

"Saya Izreena Arsha. Panggil Iz" kata aku lalu menjabat tangan.

Sesi perkenalan tidak lama mana apabila cikgu sudah masuk ke dalam kelas.

**************************

Aku duduk di bangku yang agak jauh dari kantin. Syaza dan Yasmin tidak dapat meneman aku makan kerana mereka perlu menghadiri mensyuarat pengawas. Maka aku rehat berseorangan.

Tiba-tiba ada seseorang mencangkung di hadapan aku. Terkejut aku dengan tingkah lakunya. Oh Wazif rupanya.

"Kenapa awak sekolah sini?" Tanya Wazif.

"Saya nak belajar agama. Sebelum ni kan saya jahil. Tak pakai tudung." Jelas aku lalu mengunyah roti yang aku beli di kantin.

"Oooh." Balas dia pendek.

"Bila kau balik sini? Haritu bukan kau kat Muar ke?" Tanya aku musykil.

"Lepas awak dengan Aden tinggalkan saya je saya balik terus"

Aku mengangguk.

"Awak dengan Aden ada apa-apa hubungan ke?" Tanya Wazif.

Aku menggeleng. " Kitorang tak mungkin akan jumpa dah. Kitorang dah buang contact masing-masing" jelas aku.

"Oh baguslah" balasnya pendek.

Aku mengangkat sebelah kening. Apa yang bagus?

"Sebenarnya saya suka awak masa awak makan cendol tu. Since awak kata awak dah tak ada apa-apa dengan Aden, bagilah saya peluang. Saya akan gembirakan awak sepanjaaaaang persekolahan ni" jelasnya.

Aku terpempan. Aku mengaku Wazif ada rupa yang baik. Walaupun tidak boleh kalahkan Aden, tapi dia masih tampan. Cuma hati aku dah memang dekat Aden. Apa boleh aku buat?

Sejak pada hari itu dia selalu menegur aku. Memberi aku hadiah walaupun bukan hari jadi aku.
Menolong aku ketika aku sakit.
Raya ke rumah aku.
Bercuti dengan keluarga aku.

Makin lama..

Perasaan aku menjadi suka kepadanya.















Tetapi sebagai kawan rapat.

**********************

Aden P.O.V

Sudah genap 10 hari aku bersekolah di tahfiz muar ini. Ramai juga kaum perempuan yang selalu ganggu aku. Tetapi hati aku tetap untuk Izreena Arsha. Walaupun aku dapat fokuskan diri terhadap pelajaran, tetapi apabila balik sekolah tentu fikiran aku melayang ke padanya.

Ini mungkin kerana aku tumpang di rumah Tom Ma. Membuatkan kenangan aku dengan dia bersepah di rumah ini.

Paling aku tidak boleh lupa semasa dia tertidur sebab terdengar bacaan Al-quran yang dibaca oleh aku.

Kadang-kadang aku ingin ke pasar bersama Hanim juga mesti teringat akan dia.

Iz, kau memang istimewa dekat hati aku. Istimewa sangat.

Tapi satu hari.. ada seorang perempuan ni. Wajahnya mirip dengan engkau Iz. Tapi lain dari segi mata. Matanya mungkin sepet sedikit. Dia juga selalu menganggu aku.

Tapi aku tak boleh nak tolak dia. Sebab dia seakan-akan engkau.

Walaupun aku sudah tolak dia banyak kali pun dia tetap mencuba. Macam kau lah, Iz.

Makin lama perasaan suka itu timbul.








Tapi sebagai kawan. Iz, kau jaga hati kau untuk aku tau.

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now