Aku melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu. Abang Izwan duduk di sebelah ku.
"Abang Izzul mana?" Tanya aku.
"Dia keluar sekejap. Pergi mana entah. Ditanya tak dijawab." Balas Abang Izwan.
"Abang naik bilik dulu lah. Bilik hujung tu kosong kan?" Tanya Abang Izwan.
"Ha, haah." Balas aku.
Abang Izwan bangun lalu memanjat tangga yang berada di sebelah dapur.
Aku mengambil telefon di dalam beg. Sudah pukul 11.00 pagi.
Tarikh hari ini merupakan 9/7. Hari lahir aku. Sepatutnya menjadi hari bahagia aku. Tapi aku tak rasa bahagia pun. Tidak walau sedikit. Aku nak pindah dah.. esok..
Tok Tok Tok!
Siapa pula? Abang Izzul kut.
Aku bergegas ke pintu masuk.
"Abang dah bal..ik?" Mata aku membuntang terkejut apabila ianya bukan Abang izzul. Tetapi Ina. Ina? Macam mana dia tahu ni rumah aku?
"I-Ina kau nak apa? Macam mana kau tahu ni rumah aku?" Tanya aku gagap.
Dia perlahan-lahan menapak ke arah aku. Dibelakang dia memegang sesuatu. Apa benda..? Pistol aku berada dengan Abang. Aduh.
"Kau.. musnahkan hidup aku! Aden tinggalkan aku! Tinggalkan aku!!" Tengking dia sambil mengeluarkan pisau dibelakangnya.
Jantung aku mengepam darah dengan laju. Takut! Takut! Takkan lah aku nak mati waktu hari lahir aku! Kebetulan apa.
"Balik lah Ina! Kau dah gila ke?! Abang Izwan!! Tolong Iz!!" Jerit aku takut.
Ina tersenyum sinis. "Panggil siapa, Iz? Dia tak dengar sayang.. Hahahahaha!!" Kata Ina lalu menapak ke arah aku lagi. Tangannya dijuang ke atas.
Air mata aku mengalir laju. Aku terus berlari ke dapur untuk mengambil pisau.
Ina mengejar aku. Tolong!! Tolonglah! Abang Izzul mana??
"Abang Izwan! Tolong Iz!!" Jerit aku sambil menangis.
Sampai sahaja di dapur aku bergegas ke laci dimana alatan tajam disimpan. Terkejut aku bila ada rantai besi mengikat laci tersebut. Siapa buat? Kenapa tiba-tiba??
Aku sudah pasrah. Tak boleh nak buat apa dah. Kalau dah memang ajal aku relakan.
Aku terduduk. Air mata masih mengalir. Aku takut.
"Berserah dah Iz? Sedih betul.. Lemah! Mati je lah kau!" Kata Ina lalu mengangkat pisau. Bila-bila sahaja pisau itu boleh terbenam dalam badan aku.
Aku tutup mata dengan rapat.
3
2
1
"Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi Iz! Selamat hari jadi..." Beberapa suara menyanyikan lagu hari lahir. Hari lahir aku? Mana Ina gila tadi?
Aku membuka mata. Kelihatan Aden memegang kek. Abang Izzul, Aunty Marry, Fahmi, Rita dan Abang Izwan turut menyanyikan lagu tadi.
Ina juga sama. Apa ni? Aku kena prank?
Danial pun ada? Apa ni??
Aku tiba-tiba menjadi sebak.
"Tiup lilin Iz!" Sokong Ina.
Aku bergerak ke arah Aden lalu meniup lilin seperti yang disuruh.
Yang lain menepuk tangan setelah aku meniup lilin. Otak aku masih loading.
"Ina, kau.."
"Nanti lah, Iz. Jom makan dulu.
Aku mengangguk walaupun hati aku kuat katakan aku ingin jawapan disebalik semua perkara yang terjadi.
****************
Aku duduk di pondok luar rumah bersama dengan Latte. Bagi yang tak tahu siapa Latte, dia merupakan kucing gebu aku!"Latte.. Manusia ni hipokrit kan?"
"Meow.."
"Latte.. Manusia ni suka menipu kan?"
"Meow.."
Aku tergelak kecil.
"Mana ada. Tak semua manusia macam tu." Tegur Aden dari tepi. Aku menoleh.
"Explain yourself, Aden." Kata aku.
"Okay so sebenarnya. Semua orang yang layan kau jahat tu, rancangan aku okay. Ya, aku tahu kau marah. Sorry. Ina pun baik je lah. Itu semua prank." Jelas Aden
Aku mengerlingnya.
"Abang Izzul pun join?" Tanya aku.
Aden mengangguk.
"Kau tolak aku pun sebahagian dari rancangan?" Tanya aku ingin kepastian.
"Hey mana ada. Serius yang tu tak sengaja. Sumpah nillah." Kata Aden lalu mengangkat tangan seperti bersumpah.
Aku diam. Tak rasa nak marah. Sikit pun tak.
" Nasib baik tak sengaja. Sakit tau" kata aku lalu memandang Latte.
"Okay aku mintak maaf. Prank tu agak menyakitkan. Serius masa kau jatuh tu aku nak je rawat kau. Tapi aku tahan. Lepas tu masa kau duduk kat tepi koridor tu. Makanan tu aku yang suruh Danial bagi. Dia pun sebahagian dari rancangan aku. Aku suruh dia teman kau. Tak sanggup aku nak tengok kau rehat sorang-sorang. Fahmi pun tak dingin sebenarnya. Rita manalah nak jeles dengan korang. Dia pun tahu korang ni kawan." Terang Aden lebar.
Aku termenung. Patut lah aku pelik. Tak pernah pula si Rita tu nak jeles.
"Iz." Panggil Aden.
"Hm"
"Betul kau suka aku?"
Aku memandang ke tempat lain. Ya Allah kalau lah aku tahu semua tu prank, aku tak confess woo..
"Jadi betul lah?" Tanya Aden lagi ingin kepastian.
Aku membisu lagi.
"Malu eh?"
Eh dia ni. Memang lah malu gila.
"Aku pun suka kau"
Aku memandang dia. Serius apa yang aku dengar ni? Jadi aku tak bertepuk sebelah tangan lah. Wahhhh.
"Suka la tu."
Aku pandang Latte. Muka aku sudah merona merah.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "