First Day ( pagi )
"Jaga diri baik-baik kat rumah orang" pesan Abang Izwan.
"Jaga batas dengan lelaki" pesan Abang izzul pula.
Ceh ni nak sindir ke apa ni.
"Iye. Iz pandai jaga diri." Kata aku lalu bersalaman dengan kedua-dua abang aku.
"Barang dah masuk dalam teksi. Jom Iz." Ajak Aden.
Aku mengangguk.
"Iz pergi dulu bang. Minta diri" kata aku lalu meninggalkan rumah banglo yang tersergam indah itu.
Sempat aku melambai kedua-dua abang aku sebelum masuk ke dalam badan kereta.
"Dah boleh gerak bang." Kata Aden.
Pakcik yang ditugaskan membawa kereta mengangguk kecil.
Suasana senyap.
"Aden. Aku tak pernah kenal mak dan ayah kau." Kata aku tiba-tiba.
"Nak masuk meminang eh?" Usik Aden.
"Esh mana ada" kata aku lalu berpaling ke cermin kereta.
"Memang ingat nak kau tengok diorang dulu. Tapi mak aku kerja pagi ini. Ayah outstation." Terang Aden.
"Ooooh. Kau anak tunggal ke?" Tanya aku.
"Iye." Balasnya pendek.
Aku sambung melihat pemandangan di luar kereta. Seumur hidup aku tak pernah pergi kampung. Aku memang dibesarkan di Kuala Lumpur. Saudara yang ada di kampung pun aku tidak kenal.
"Kampung kau kat mana?" Tanya aku.
Mestilah kena tanya. Apa benda lah pergi holiday tidak tahu arah tuju.
"Johor. Tapi nanti kita stop dekat TBS. Tiket aku dah tempah semalam lepas aku balik dari rumah kau." Terang Aden panjang lebar. Sekali-sekala dia akan melihat telefon.
Aku mengangguk. Excited betul dia nak pergi bercuti.
Tidak lama kemudian, kami tiba di TBS. Aku keluar dari perut kereta lalu mencapai dua buah beg kepunyaan aku iaitu beg pikul dan lagi satu beg sandang sebelah. Manakala Aden hanya membawa satu beg kerana bajunya terlalu banyak di kampung.
"Terima kasih cik." Kata aku sebelum kereta itu meluncur keluar dari TBS.
"Meh la aku bawakkan beg tu" Pelawa Aden sambil menunjuk ke arah beg sandang sebelah aku. Lalu aku menghulur beg itu kepadanya.
Hehe hilang sikit beban.
"Kau nak makan ke?" Tanya Aden.
"Aku dah sarapan. Kau?" Tanya aku pula.
"Samalah. Kita beli makanan ringan lah untuk dalam bas nanti. Bas gerak pukul 2.00, sekarang baru 1.15. Banyak masa lagi" Ajak Aden.
Aku mengikut Aden dari belakang.
Sungguh, walaupun Aden seorang budak bandar, namun dia pandai berdikari. Selalunya kalau nak pergi kampung atau mana-mana aku akan suruh Abang Izzul hantarkan.
Rambut aku diselak rapi ke belakang.
Setelah selesai membeli makanan, kami bergerak ke kerusi menunggu.
Kami memilih kerusi di hadapan sekali supaya senang mendapat maklumat dari pekerja TBS. Bas kami masih belum tiba.
"Nah, tiket kau." Aden menghulurkan dua tiket bas.
"Dua?" Aku musykil.
"Aku book empat tiket. So dua tempat aku punya, dua tempat engkau punya. Seat kita sebaris." Jelas Aden.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
عاطفية" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "