Third Day / Last Day ( malam / pagi )
Aku mengikat rambut ke belakang. Sempat juga aku mengerling jam dinding. Baru pukul 4.30 pagi. Aku berjalan menuju ke dapur.
Segera aku mengambil cawan lalu dituang air mineral. Hilang kehausan, segera aku beredar dari situ. Sempat juga aku berlalu depan bilik Aden.
Langkah aku terhenti apabila aku terdengar alunan ayat al-quran.
"الرَّحْمَٰنُ. عَلَّمَ الْقُرْآنَ. خَلَقَ الْإِنسَانَ "
Alunan suara Aden sangat menyentuh kalbu. Kaki seakan-akan terpaku. Akhirnya aku duduk di tepi pintu bilik Aden.
Bacaan Al-quran itu meneman aku.
Akhirnya aku terlelap.
***********************
"Iz? Iz bangun" kejut seseorang. Badan aku bergerak-gerak akibat digoyangkan.
Aku cepat-cepat tersedar. Takut jika dipukul dengan bantal oleh Aden lagi. Lengan laju mengilap air liur yang kemungkinan ada di tepi bibir.
Fuh tak de. Aku cepat-cepat melihat punca suara. Oh Aden.
Eh kejap!
"Iz kenapa kau tidur sini?" Tanya Aden. Riak wajahnya agak terkejut.
"Eh-eh tak, tak, ta-tadi ada lipas dalam bilik. Ha.. tu yang tertidur sini.. ha." Kata aku gagap. Malu kalau dia tahu aku terlelap dibuai ayat Al-quran yang dibaca oleh dia.
"Aku masuk bilik dulu" kata aku lalu bangun berlari masuk ke dalam bilik meninggalkan Aden yang masih terpinga-pinga.
Tu lah kau. Sibuk nak dengar. Kan dah malu.
Rasa ingin tidur sudah hilang. Aku mengerling jam dinding. 5.30? Fuh nasib baik tak ramai yang dah bangun kalau tak malu woi. Kalau Hanim yang kejut aku tadi mesti dia gelakkan aku kaw kaw punya.
Aku mengambil tuala mandi dan terus menuju ke bilik air.
*****************
Aku mengambil 6 buah cawan lalu dihidangkan di atas meja.Tiga hari menumpang, hari ini baru ingat nak tolong Tok Ma. Sebelum ni tidur memanjang. Astaghfirullah. Apa lah tanggapan Tok Ma terhadap aku kan?
"Lah baru terhegeh-hegeh nak tolong ke?" Sindir Hanim yang baru masuk dapur.
Aku hanya mendiam diri.
"Tak apa lah, Hanim. Dia kan tetamu. Biar lah dia" back up Tok Ma.
"Hanim pun tetamu juga. Elok je tolong" Hanim masih tidak mahu mengalah.
"Kau memang lah. Setiap bulan datang rumah Tok Ma. Dah anggap rumah Tok Ma ni dah macam rumah kau juga. Kau pun cucu aku juga. Lain lah Iz. Darah daging, apa tak dak. Tolong juga Tok Ma ni" balas Tok Ma.
Fuhh sayang Tok Ma cenggini!!
Hanim mendengus. Lalu diambil penyapu dan menyapu ruang dapur.
"Morning Tok Ma, Hanim dan... Iz.." Terus senyuman sinis diukir di bibir Aden setelah melihat aku. Terus dia menapak ke arah aku.
Senyuman sinis masih tidak terpadam.Aduhh.
"Iz sakit perut lah Tok Ma. Iz pergi tandas dulu ya" kata aku lalu beredar dari situ.
Namun hampa, Aden lebih pantas mencapai belakang baju aku. Haih. Aden!! Lepaskan aku!!!!
"Iz, apa kata explain dulu?" Usik Aden. Saje lah tu!
"Explain apa Iz?" Tanya Tok Ma pula. Muka Tok Ma sudah bertukar menjadi wajah ingin tahu.
Aduhhh! Aden lepaskan!!!!
"Tulah Iz. Apakata explain kenapa kau tidur kat sebelah pintu bilik aku?" Senyuman sinis masih tidak hilang.
Aaaahhhhh!! Mata Hanim sudah membulat.
"Lah iya ke Iz? Lah kenapa?" Tanya Tok Ma ingin tahu.
"Eeee! Lepaslah! Kan aku dah kata ada lipas kat bilik aku! Tu yang aku tertidur situ!" Kata aku sambil mencuba melepaskan pegangan.
"Ya ke? Kenapa kau tak tidur ruang tamu?" Tanya Aden.
Wajah aku sudah merah akibat menahan malu.
"Lah, terus terang je lah Iz. Tok Ma pun nak tahu juga kenapa." Tanya Tok Ma pula.
"Se-sebenarnya Iz haus.. Iz pergi la dapur nak minum air.." kata aku gagap. Malu la bangang! Lepas!!!!
"Lepas tu?" Tanya Aden sambil mengangkat sebelah kening. Senyumannya masih tidak hilang.
"Iz lalu bilik Aden.. terdengar dia baca al-quran.." kata aku. Eeei malu la nak sambung!
Aden mengangkat lagi kening menyuruh aku sambung cerita.
"Suara Aden sedap.. Iz terlelap." Kata aku lalu menutup wajah dengan tangan.
Senyuman sinis Aden bertukar menjadi senyuman ikhlas sampai ke telinga. Bangga la tu! Eeei!
"Lahh.. Anak dara cair rupanya" kata Tok Ma lalu tergelak kecil.
"Nanti kita kahwin. Hari-hari dapat dengar" usik Aden.
Aku menjelingnya. Gila ke?
Hanim membuat muka menyampah.
"Bukan ke Aden dah janji dengan Hanim kita kahwin dulu" rungut Hanim.
"Haih. Hanim. Tu kan masa Aden enam tahun. Hanim pun masa tu baru lima tahun. Otak tak berfungsi dengan betul lagi lah" nafi Aden.
Hanim mendengus lalu keluar dari dapur.
Tok Ma menggeleng melihat tingkah laku Hanim.
Aku segera melepaskan pegangan Aden dan menolong Tok Ma menghidang makanan.
"Kata sakit perut?" Aden sempat menyakat.
"Dah hilang. Orang tu kacau" perli aku.
Aden ketawa kecil.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "