Aku mengilap rambut yang basah berkali-kali sehingga ia kering. Apabila sudah lembap, aku gantung di atas kepala.
Langkah aku diatur ke dapur. Sekarang sudah pukul 10.00 malam. Keluarga Hanim, Tok Ma dan Aden semua sudah terlelap.
Aku mengambil secawan air kosong lalu diminum. Tekak aku yang kering sudah menjadi basah. Setelah dua teguk aku habiskan, aku kembali ke bilik.
Tiba-tiba aku ternampak susuk tubuh seseorang di sofa ruang tamu. Pencuri ke? gumam aku. Perlahan-lahan aku mendekati pencuri tersebut.
Makin lama makin jelas wajahnya. Lah, Aden ke. Tak tidur lagi dia ni.
"Aden? Tak sleep yet ?" Tanya aku lalu dusuk selang satu ruang disebelahnya.
Aden tidak menjawab sebaliknya termenung.
"Hey, what's wrong?" Tanya aku lagi.
"Petang tadi. Kan aku dah kata aku tak nak ada apa-apa berlaku sepanjang hari buat kenangan kita. Tiba-tiba ada hal pulak. Rosak plan aku." Balas Aden lalu meraup wajahnya.
Aku termenung. Sebab tu je ke.
"Aden. Plan buat kenangan kita ni memang nak sempurna semuanya ke? Kau tahu tak sebenarnya benda yang tak sempurna tu is the best memories I had. " Kata aku lalu tersenyum ikhlas.
Aden memandang aku. Otak nya ligat memikirkan hujah aku. Ada betulnya juga.
"Rasa menyesal pula bagi 4 hari. Terasa sekejap. Know know dah last day" kata aku lalu bersandar ke belakang.
"Kau tak puas?" Tanya Aden.
" Puas. Tapi nak lagi. Tapi kalau tak dapat pun tak apa" kata aku.
Aden membisu. Sesungguhnya dia pun berat hati ingin pulang. Ingin meninggalkan insan yang dia suka. Tapi masa tidak boleh diulang.
"Pergilah tidur. Esok Abang Izzul sampai jemput kau. Assalamualaikum" kata Aden lalu meninggalkan aku seorang diri.
Aku terpinga-pinga. Lah kenapa dengan dia ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sempat juga aku mengeluh. Perlahan-lahan aku bangun lalu bergerak ke bilik.
*******************
"Assalamualaikum!" Laung Abang Izzul dari luar rumah.
"Waalaikumussalam!" Balas aku lalu segera bergerak ke pintu masuk.
Nampak sahaja susuk tubuh orang yang aku betul-betul rindu, terus aku meluru ke arahnya untuk dipeluk.
"Iz rindu abang!"
"Abang pun rindu Iz hahah. Eh, Aden mana?" Tanya Abang.
"Aden pergi berniaga"
"Iz tak ikut?"
"Iz tak pandai berniaga"
"Siapa tu, Iz" tanya Tok Ma yang baru tiba di muka pintu.
"Tok Ma, ni abang Iz. Abang Izzul namanya." Kata aku lalu menunding jari ke arah abang.
"Oh.. Lupa pula. Iz nak balik hari ini kan?" Tanya Tok Ma inginkan kepastian.
"Betul lah tu. Eh, Iz. Abang kena balik cepat ni. Malam ni abang syiff kerja." Jelas abang.
Aku mengangguk lalu masuk ke dalam bilik untuk mengangkat beg-beg yang aku sudah kemas subuh tadi.
Dua buah beg itu aku angkat lalu dimasukkan ke dalam perut kereta.
"Lah.. Awal nya.. Jujur Tok Ma kata Tok Ma dah sayang Iz macam Tok Ma sayang Aden dengan Hanim tau. Baik-baik ya belajar, sayang. Jangan lupa Tok Ma. Kalau ada masa singgah lah sini ya. Iz dah sebahagian dari keluarga ni dah" kata Tok Ma lalu memeluk aku. Aku membalas pelukannya dengan erat. Lalu bersalaman orang tua itu.
"Iz pergi dulu ya, kirim salam dekat keluarga Hanim" Aku memasuki perut kereta. Cermin diturunkan supaya dapat melambai tangan ke arah Tok Ma.
Apabila kereta keluar dari perkarangan rumah Tok Ma, aku segera bersuara.
"Abang. Berhenti kat warung parit Tengah. Iz nak bagi speech kat Aden" kata aku.
"Okay" balas Abang pendek.
Perjalanan ke warung parit tengah tidak mengambil masa yang lama dengan kelajuan kereta abang. Tidak sempat aku nak melelapkan mata.
Sesudah tiba, aku segera keluar dari kereta. Kelibat Aden aku cari.
"Iz cari Aden eh? Dia pergi tandas sekejap" kata Hanim yang ternampak aku.
"Oh ya ke. Okay. Iz tunggu" balas aku kekok. Hanim tidak cepat melenting seperti selalu.
"Iz..." Panggil Hanim meleret.
"Ya?"
"Hanim minta maaf. Hanim annoying. Hanim sebenarnya cemburu bila Aden rapat dengan Iz sebab dia selalunya rapat dengan Hanim. Sebelum ni dia tak pernah marah atau tolak pelawaan Hanim. Tapi bila Iz ada, dia buat macam tu. Hanim tau Hanim salah. Maafkan Hanim, ya?" terang Hanim sambil menarik-narik lengan baju aku.
"Iz tahu Hanim budak baik. Tak apa, Iz faham. Iz maafkan Hanim" kata aku lalu tersenyum ikhlas melihatkan Hanim yang sudah menangis.
"Iz? Macam mana kau datang sini" Tegur Aden yang mungkin baru balik dari tandas.
"Aku? Oh aku naik abang aku. Tu ha kereta dia." Kata aku lalu menjuih bibir ke arah kereta milik Abang Izzul
"Eh, dah sampai? Eh kejap kau balik dah ke?" Tanya Aden dengan riak wajah bercampur baur. Sedih, terkejut, marah. Semua dalam satu reaksi.
"Aden, jom duduk kat sana" tunjuk aku ke arah meja bulat yang agak jauh dari warung.
**************
Sudah 3 minit kami berdiam.
"May I start my speech?" Tanya aku.
Dia mengangguk. Padangan dia ditumpukan ke jalan raya. Aku mengeluh kecil.
"Raid Ramadhan. You are special. A really special ones. I really enjoy these four days, really. Doesn't realize it's already our last day. Thank you for exist in my life" ucap aku. Otak aku memang tidak boleh memikirkan ayat lagi.
Aden membisu. Kedengaran dia menarik nafas.
Kemudian dia menoleh ke arah aku.
Dengan baki air mata..
Dia menangis?
"Izreena Arsha. Terima kasih juga sebab hadir di dalam hidup aku. Kehadiran kau ibarat mimpi. Mimpi yang aku tak nak bangun. Aku harap ini bukan pertemuan akhir kita. Kau jangan risau, aku takkan lupa kau. Kau akan selalu ada dalam doa aku." Balas Aden pula.
Aku tersenyum kecil mendengarkan ayatnya.
Dia mengeluarkan telefon miliknya. Aku mengerling apa yang dia sedang lakukan. Kelihatan dia pergi ke contact aku lalu memadam nama aku. Haih..
"Do the same" kata Aden.
Aku mengeluh berat. Telefon aku dikeluarkan lalu memadam nama Aden.
Kemudian kami senyap lagi.
"Aden, lead me."
Aden tergelak kecil "Waktu macam ni pun kau masih nak buat-"
"Shhh" tegah aku.
"I repeat" Kata aku.
"Lead Me, Aden"
"Where to?"
"Right path"
"Until when?"
"Until Jannah"
"But how?"
Aku membisu sementara.
"Put me in your doa" kata aku lalu meninggalkan Aden bersendirian.
Melihatkan aku sudah meninggalkan dia jauh, dia muka menangis semahu-mahunya.
Kau percaya takdir kan, Aden?
Begitu juga aku.
Insyaallah, kita jumpa lagi.
Assalamualaikum.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romans" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "