Third Day ( tengah hari / petang )
"Kita nak pergi mana ni Aden?" Tanya aku. Kaki sudah lenguh mengayuh.
"Memancing"
"Hah? Memancing? Pancing apa?"
"Pancing hati kau" usik Aden.
Allahu Aden. Saya cair.
"Pancing ikan lah cik kak" kata Aden lagi.
Akhirnya kami berhenti di sebelah parit.
Kelihatan ramai juga orang yang turut memancing disini.
"Kat sini memang laku gila" kata Aden laku meletakkan bakul disebelah. Selesai, mereka dua duduk.
"Kau buat apa dengan Wazif tadi?" Tanya Aden. Mukanya kelihatan tegang.
"Aku mula-mula duduk dekat batu tak jauh dari warung kau berniaga. Lepastu dia datang tegur. Aku memang nak blah aku cari alasan nak minum cendol. Memang nak minum cendol pun hehe. Lepastu rupanya dia ikut aku." Teranf aku panjang lebar.
"Lepasni aku tak suka kau dengan dia" kata Aden dengan nada merajuk.
"Kau dengan Hanim boleh.." kata aku dengan nada perlahan tetapi masih boleh didengari.
"Apa dia? Tak dengarlah." Usik Aden sambil tersengih. Mengada!
"Kuat cemburu juga kau ni" kata Aden lagi
"Kau pun sama" balas aku
"Hey mana ada. Kalau kau Hanim pun aku akan buat benda yang sama"
Aku merengus.
"Hahaha jangan lah marah lagi. Muka merah-merah tu kenapa? Nak cendol?" Usik Aden sambil menayangkan senyuman. Hensem!
"Nak!" Kata aku tersengih.
Aden bangun lalu mengambil plastik cendol di dalam bakul tadi. Aww.. aku boleh je ambil sendiri tadi.
Dia meletakkan dua straw ke dalam lalu dihulurkan ke arah aku. Aku ingin mengambil tapi ditegah.
"Tak apa aku pegang."
Aku minum dalam tiga teguk lalu berhenti.
Terasa kayu pancing aku bergetar. Segera aku pegang.
"Eh! Aden! Aden! Kenapa ni? Ada ikan ke?" Tanya aku cemas. Kedudukan aku ditukar dengan cara mencangkung.
Aden yang terdengar tadi terus meluru ke arah aku untuk membantu.
"Tarik kuat kuat Iz!"
Aku cuba sedaya upaya menarik kayu pancing. Tiba-tiba aku ternampak kayu pancing milik Aden juga bergetar. Terus aku meluru ke arah kayu pancing Aden lalu menarik sekuat hati.
Aden yang perasan terus memberi semangat kepada aku.
"Tarik Iz! You can do it! Go! Go!" Jerit Aden.
Aku menjelingnya dengan muka menjengkilkan. Orang tengok la bangang. Kau pun tarik la juga!
Akhirnya aku dapat juga tarik kayu pancing ke darat.
Selepas Aden juga bersusah payah menarik kayu pancing aku ke atas, dia segera mendapatkan aku.
"Fuyo Iz! Dua ekor kau sailang!" Kata Aden lalu menepuk tangan.
Aku menayang muka menyampah tetapi dalam hati bangga. First try dapat dua ekor terus.
"Ikan apa tu?" Tanya aku.
"Ikan Haruan. Yang tu pun Haruan juga" katanya lalu pergi ke kayu pancing milik aku.
"Yang ni dapat ikan Toman! Besar doh! Untung kita hari ni" Kata Aden lalu mencabut ikan dari umpan.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "