Hari ini merupakan hari perkahwinan Aden dan Maryam. Aku tak nak keluar bilik. Aku nak nangis je satu hari ni. Baru aku faham perasaan orang yang aku reject sebelum ni.
Tok Tok Tok.
Kedengaran ketukan pintu sayup-sayup. Segera aku memasangkan lagi sebelah alat bantu pendengaran aku. Air mata dilap laju.
"Y-Ya?" Jerit aku.
"Iz tak nak makan ke?" Tanya Abang Izwan dari luar.
"Makanlah. Iz tak ada selera lah" balas aku.
"Hm ok. Kalau nak makan, makanan ada bawah tudung saji tau" pesan Abang izwan.
Aku tidak membalas namun sambung menangis.
Siapa tahu? Kenangan yang aku dan Aden bina semasa remaja tak bawa apa-apa makna langsung pun.
Aku bangun dan menuju ke balkoni.
Air mata aku dikesat.
Perut tiba-tiba berbunyi.
Eii kau ni kan.
Langkah aku dibawa keluar dari bilik. Aku mengintai ruang tamu. Fuh, nasib baik Abang Izwan tak ada.
Aku mengangkat tudung saji.
Ada lauk ayam masak kurma dan nasi di dalam mangkuk besar.
Segera aku mengambil pinggan. Nasi aku cedok ke dalam pinggan.
Selera aku menjamah nasi. Sudah dua kali aku tambah.
"Iz?" Tegur abang Izwan. Aku mendongak.
"Oh Abang. Ha keghapa?" Tanya aku dengan nasi yang masih penuh dalam mulut.
"Ada orang nak pinang Iz"
Tersembur nasi aku. Segera aku mengambil cawan kosong lalu diisi air. Selesai meneguk air, aku tanya pula.
"Siapa orangnya?" Tanya aku.
"Em, tak silap Wan nama dia Hafiz Haqiem." Kata Wan.
Punah harapan aku. Betullah yang Aden sudah kahwin dengan Maryam. Kalau tidak, mesti dia dah pinang aku.
"Aden kahwin hari ni kan?" Tanya aku tiba-tiba.
"Sudah lah tu Iz. Dia dah jadi milik orang. Bagi lah chance kat orang lain. Mungkin dia jauh lebih baik dari Aden. Siapa tahu?" Pujuk Abang Izwan.
Aku menggeleng.
"Iz tak terima" aku bangun ingin membasuh pinggan.
Abang Izwan mengeluh.
**************************
Perkarangan rumah Farisya penuh dengan tetamu."Cantiknya Farisya oi" puji aku. Dia baru sahaja lepas bersiap dan disolek.
"Dah ready ke tu?" Usik aku.
"Hm kalau nak keluar sekarang pun boleh" kata Farisya.
"Eiii gatal! Kau tunggu je lah malam ni kekekeke" aku ketawa.
Farisya memukul lembut peha aku. Aku mengambil kipas pengantin. Memang job aku huhu.
"Dah siap ke belum tu? Pengantin lelaki penat dah tunggu." Tegur Puan Faridah, ibu kepada Farisya.
"Ha, udah. Jom, Iz" ajak Farisya.
Aku ditanggungjawab memegang payung. Suasana agak meriah. Dengan persembahan silat dan adat-adat perkahwinan yang lain.
Setelah siap adat merenjis-renjis di atas pelamin, pengantin dibolehkan menjamu selera.
Disebabkan aku hanya lah pengapit, aku tidak boleh menyertai pengantin makan bersama. Jadi aku menapak masuk ke dalam rumah Farisya.
Di dalam rumah, suasana sunyi. Mungkin semua orang diluar.
"Iz?" Tegur seseorang. Aku menoleh.
"Tok Ma?!" Jerit aku keriangan. Cepat sahaja tangan aku menyalami tangan orang tua tersebut.
"Kenapa Tok Ma ada kat ...." Belum sempat aku menyambung, otak aku ligat berfikir. Wazif tu kan cucu Tok Ma. Alahai, bangang tu jangan tunjuk, Iz. Eh kejap, kalau Tok Ma ada, maksudnya Aden pun...?
"Iz?" Tegur Tok Ma apabila melihatkan aku mengelamun.
Aku segera menggeleng laju.
"Ha iya?" Tanya aku.
"Tak nak makan ke?" Tanya Tok Ma.
"Eh, Iz dah makan lah Tok Ma. Tok Ma makan lah" pelawa aku
"Tok Ma nak makan dengan Iz lah. Iz tunggu sini ek? Tok Ma ambil makanan. Nanti Tok Ma datang balik" kata Tok Ma kira-kira ingin memakai kasut.
"Eh, tak pe lah, Tok Ma. Iz ambil kan. Tok Ma tunggu sini" tegah aku. Orang muda kena lah bantu yang tua.
"Ha iyalah, terima kasih ya" kata Tok Ma.
Aku tersenyum ikhlas lalu keluar untuk mendapatkan Tok Ma makanan.
Setelah selesai mengambil makanan dan juga air, aku kembali ke dalam rumah.
Tok Ma sedang duduk di sofa dan tak tahu lah termenung apa.
"Tok Ma, ni ha" kata aku menyentakkan lamunan Tok Ma.
"Haa terima kasih eh" kata Tok Ma. Aku tersenyum lalu duduk di sebelah orang tua itu.
"Mak, makan apa tu?" Tegur seorang perempuan yang dalam lingkungan 50-an.
"Nasi dengan lauk yang ada kat luar tu ha" balas Tok Ma.
"Ni Iz ke?" Tanya perempuan itu pula. Aku mengangguk lalu tersenyum.
"Ohh.. Ini mak Ramadhan. Nama mak cik Raudah." Kata Puan Raudah. Aku segera menyalam tangan Puan Raudah. Ini lah pertama kali aku berjumpa dengan mak Aden.
"Oh.. Maaflah, tak pernah nak lawat Makcik.." kata aku. Malu juga.
"Eh tak apa. Mak cik tak ambik hati pun." Puan Raudah duduk di sofa hadapan aku.
"Suami makcik mana?" Tanya aku.
"Oh. Panggil dia Pakcik Syawal je. Ada tu ha kat luar. Tengah borak dengan Ramadhan kut" balas Puan Raudah.
Aku terkedu. Aden ada kat sini?
Aku mampu mengangguk je.
"Bukan korang rapat ke? Pelik makcik korang tak kahwin. Padahal Ramadhan selalu cerita kat makcik tentang kamu, Iz" kata Puan Raudah.
Aku terkedu.
"Esh, apa cakap macam tu." Tegur Tok Ma kepada Puan Raudah.
"Err.. Kenapa? Korang gaduh ke?" Tanya Puan Raudah.
Aku mendiamkan diri sahaja.
"Sebenarnya Ramadhan selalu juga cerita tentang kamu semasa zaman dia remaja. Makcik ingat nak jodohkan kamu berdua. Tapi tu lah, dia kahwin dengan Maryam pula." Kata Puan Raudah dengan nada sedih.
Aku hanya membisu. Aku tak nak jadi orang ketiga. Biar lah Aden gembira dengan Maryam. Aku tak nak hasut Puan Raudah supaya benci Maryam.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romansa" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "