Aku berjalan terus ke Blok D. Dimana makmal biologi ditempatkan. Beg sandang tepi aku yang terlurut dari bahu dibetulkan. Rambut yang ke depan aku betulkan ke belakang.
Baru sahaja ingin melangkah masuk makmal biologi ada suara memanggil nama aku.
"Iz!" jerit seorang lelaki.
Aku kenal suara tu. Harith? Kenapa dia panggil aku? Aku menghentikan langkah dan menunggu dia berlari anak ke arah aku. "Ya?" Tanya aku menggunakan suara yang lembut.
"Awak dah ada partner ke untuk Prom sekolah ahad ni?" Tanya dia. Ah, dia nak ajak aku ke? Ahhhh! "B-belum. Kenapa?" Tanya aku pula.
"Kalau saya ajak awak, awak nak?" Tanya dia sambil memandang aku. Eeeek! Kan aku dah cakap! "Eh mestilah nak" Balas aku sambil mengawal reaksi. Aku ada maruah juga tahu? Tak nak dicop desprate. Eh tapi asal dia ajak aku? Bukan ke dia couple dengan Sofea?\
"Kenapa awak tak pergi dengan Sofea?" Tanya aku tanpa segan silu.
"Awak tak tahu ke? Kitorang dah putus."Balasnya sambil membuat nada sedih.
Oh. Baguslah. Senang aku nak mengayat kau lepas ni, Harith.
"Oh ya ke.. Saya minta maaf sebab tanya" Kata aku pura pura. "Eh takpe, saya dah move on. Eh, Saya pergi dulu eh? Bye. Pakai lawa lawa tau nanti. Hehe" Katanya dan terus berlalu pergi.
Aku tersengih seperti kerang busuk. Siapa je yang happy crush ajak pergi prom. Haih.. Cita cita aku sampai jua. Baru sahaja aku ingin melangkah masuk, aku ternampak Aden berjalan menuju ke.. entahlah. Aku pun tak tau dia nak pergi mana. Segera aku menegur.
"Aden!" Panggil aku. Dia menoleh kemudian bergerak ke arah aku. Aku juga bergerak ke arahnya kerana jarak kami agak jauh. Kalau nak tunggu dia sampai sini hm tahun depan baru sampai.
"Kau nak apa?" Tanya Aden dingin. Uit lek ah. Tegur je pun.
"Ehehe, saje nak tanya, kau dah ada partner prom ke?" Tanya aku tanpa segan silu.
"Kenapa? Kau nak ajak aku ke? Heheheh" Usik Aden.
"Ish mana adalah. Aku tanya je pun. Ingatkan nak ajak kau pergi cari baju sekali" Kata aku terus terang.
Dia seperti mengelamun sekejap. "Okay, Rabu 3.00 petang." Kata Aden.
"Okey, cun!" Balas aku pula.
Dia mengukir senyuman. Ah, senyuman tu lagiii. Aipp , jangan cepat tergoda, Iz. Kau dengan Harith.
"Okay ah aku gerak dulu. pape roger." Katanya lalu meyambung langkah ke... Esh, kan aku dah kata aku tak tahu. Aku kemudian memasuki makmal biologi yang masih lenggang.
****************************************
"Oit Fahmi! Lama tak nampak kau!" Tegur aku dari belakang. Fahmi menoleh. "Oh, Iz. Ha aku memang busy lately." Balasnya sambil menghentikan langkah. "Hmm busy ape eh?" Usik aku sambil membuat senyuman sinis.
"Apa maksud kau?" Tanya Fahmi bingung. Lembab betul kau ni. "Busy ngorat Rita kan.." Kata aku tersenyum nakal. Terus muka Fahmi merona merah.
"Kau prom dengan dia ke?" Usik aku lagi. Fahmi mengangguk malu. Ececece.
"Fuyooo. Nice lah" Puji aku. "Eh kau prom dengan siapa pula?" Tanya Fahmi ingin mengelak diusik oleh aku lagi. "Kau rasa?" Saja nak test dia hehe.
"Aden?" Teka Fahmi. Aik kesitu pulak.
"Esh mana ada lah! Aku dengan dia tu macam anjing dengan kucing tau. Dia anjing, aku kucing. Hehe" Balas aku pula.
"La dah tu siapa? Aku tak suka la teka teki ni. Straight to the point please" Katanya dalam nada mengalah.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romantizm" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "