"Hahahahah aku saje je lah" usik Aden.
Aku menutup talian.
kau pikir kelakar? Dalam hati aku ni sikit je lagi nak berbunga.
Telefon berdering lagi. Aku melihat pemilik nama. Aden kambing lagi. Tapi aku mengendahkan panggilannya.
Tolonglah.. jangan bagi aku hope..
"Iz kau okay?" Tegur Farisya yang sedang berdiri di pintu pantry.
Aku segera mengilap air mata.
"Okay, okay je lah" balas aku sambil tergelak kecil.
"Kenapa ni..?"
"Mana ada apa-apa. Kan aku dah kata aku okay je lah" nafi aku.
"Hmm yelah. Iz, habis kerja ni kita shopping nak?" Ajak Farisya.
Aku termenung. Lalu perlahan-lahan mengangguk. Sekurang-kurangnya boleh aku lupakan sekejap tentang Aden.
Haih, Aden. Kenapa kau muncul kembali?
*******************
Aku dan Farisya bertawaf sekeliling pusat membeli-belah itu. Kaki aku juga sudah cramp kau tahu? Farisya ni tak penat ke?
"Iz, popular jom" ajak Farisya. Belum sempat aku menolak, dia sudah menarik lengan aku. Ya Allah kenapa member aku ni kuat shopping!
Setelah kaki kami menjejak kedai buku tersebut, dia terus melepaskan pegangan dan pergi ke bahagian novel. Aku membawa langkah ke bahagian komik. Haih memang dari dulu lah suka.
Aku lalu ke bahagian buku-buku islamik sebelum melangkah ke bahagian komik. Saje mahu mencuci mata. Tiba-tiba mata aku tertangkap pada sebuah buku bertajuk 'Imam Syafie'
Fikiran aku kembali melayang ke zaman remaja. Aku belikan buku itu untuk Aden sempena hari lahirnya.
Ish, Iz! Kemon! Kau nak move on! Dia dah ada orang lain dah pun. Langkah aku laju dibuai ke arah seksyen komik.
Wahh!! Banyak gila buku baru! Almaklumlah dah lama doh aku tak baca komik. Sibuk dengan universiti. Sekarang dah sibuk dengan kerja.
Tangan aku laju mencapai tiga buah buku yang belum pernah aku baca. Sempat juga aku membelek-belek buku itu.
Sedang sibuk membelek buku, bahu aku dilanggar seseorang.
"Ops! Maaf!" Kata seorang perempuan yang melanggar aku tadi.
Aku menoleh. Perempuan itu bertudung lilit dengan kaca mata. Putih! Memang comel! Untung siapa dapat dia ni
"Oh tak apa, tak apa" balas aku. Kemudian dia berlalu meninggalkan seksyen tersebut. Nak pergi bayar mungkin. Pandangan aku kembali pada buku tadi.
"Iz? Iz? Kau kat mana?" Laung Farisya dari jauh.
Dia ni memang tak boleh kawal suara eh? Bukan aku lari ke nigeria pun.
"Sini ha!" Balas aku tetapi masih dikawal suara.
Mendengarkan balasan aku, Farisya muka menapak ke arah punca suara.
"Iz, dah ke? Aku fikir kau masuk nak tengok-tengok je" kata Farisya.
"Niat memang macam tu. Tapi nafsu tak mengizinkan." Balas aku lalu tersengih kambing.
"Jom ah bayar" sambung aku lagi lalu memaut lengan Farisya ke kaunter.
***********************
"Yo kau beli buku apa tadi?" Tanya Farisya lalu menarik-narik plastik buku aku.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "