- 3 4 -

1K 73 2
                                    

Aku mengatur langkah ke sebuah butik baju. Aku perlukan baju yang baru untuk menghadiri majlis perkahwinan Wazif dan Farisya. Temanya pula berwarna coklat.

Kelihatan pekerja perempuan itu menyambut kedatanganku dengan senyuman.

Aku turut membalas senyumannya.

Aku memang suka dengan butik ini. Baju disusun mengikut warna. Cepat sahaja langkah aku diatur ke bahagian warna coklat.

Puas memilih design segera aku membayar baju tersebut.

"Datang lagi!" Tegur seorang pekerja lelaki yang turut menjaga butik ini selepas aku membayar. Aku hanya membalas dengan senyuman.

Langkah aku laju diatur ke Bank pula. Aku ingin memasukkan sedikit duit yang mungkin jumlahnya beratus ribu juga.

Tiba-tiba mata aku tertangkap susuk tubuh yang aku kenal.

Maryam? Dia dengan seorang lelaki. Cara percakapan mereka juga agak mesra.

Segera aku menyorok di belakang tiang berdekatan.

Langkah mereka diatur ke sebuah kereta. Mungkin kepunyaan lelaki itu. Tetapi kenapa Maryam berpeluk lengan dengan lelaki itu? Abang ke?

Segera aku berlari anak ke arah mereka.

"Maryam!" Jerit aku dari belakang.

Mereka menoleh.

Apabila Maryam melihat aku, segera pelukannya dileraikan.

"Siapa lelaki ni? Bukan awak dengan Aden dah nak kahwin ke" tanya aku musykil.

Maryam kelihatan gelabah. Lelaki itu juga turut kelihatan gelabah.

Lah dah kenapa? Yang tertangkap curangnya, Maryam. Yang nak kahwin dengan Aden, Maryam. Bukan lelaki ini. Kenapa dia yang over?

"Maryam?" Tanya aku lagi apabila tiada respons.

"Uhh Iz. Kitorang dah lambat lah. Lainkali lah borak. Jumpa lagi" kata Maryam lalu terus memasuki perut kereta dibelakang mereka.

Aku terpinga-pinga.

Apabila keretanya sudah bergerak ke luar, langkah aku kembali ke bank.

Jejak sahaja bank itu, angin sejuk terus menyapa badan aku. Aku duduk dikerusi sementara menunggu giliran.

"Iz?" Tegur seseorang dari belakang aku. Aku menoleh dengan dahi yang berkerut kerana aku tidak dapat mengesan empunya suara.

Mata aku membuntang. Harith?

"Oh. Hai?" Tanya aku lalu menatap skrin telefon.

"Wow, Iz. Tak sangka boleh jumpa kat sini" kata Harith lalu menyentuh bahu aku.

"Woi apa ni sentuh-sentuh?!" Marah aku lalu menarik badan aku dari tangannya. Suara dikawal la beb. Tempat awam ni.

"Eh sorry. Ye lah, dulu kan kau okay je sentuh-sentuh?" Balas Harith lalu duduk di sebelah aku. Aku menjauhkan sikit jarak aku dengan dia.

"Kau sihat?" Tanya Harith.

"Dah aku kat sini, sihat la. Lainlah aku kat hospital" balas aku dingin.

"Mana lah tahu kan.. kau marah aku lagi eh?" Tanya Harith.

"Benda dah lama lupa je la" bakas aku pula. Aku hanya memandang telefon semasa bercakap dengan Harith.

"Kalau kau masih jeles, jom kahwin. Aku pun single ni" kata Harith.

Aku membisu. Sah gila mamat ni. Tiba-tiba ajak kahwin.

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now