- 3 9 -

1.5K 85 2
                                    

N/A: sorry lah kalau bab ni macam hambar sikit. author takde pengalaman kahwin kekeke.


Tangan aku dari tadi menggigil sejak disolek. Mungkin sebab lepas ni aku sudah jadi isteri orang. Ya Allah. Kau permudahkan lah urusan ku. Kau hadirkan lah suami yang baik buat aku.

"Iz dah ready?" Tanya Tok Ma

Aku tersentak. Tok Ma, Wazif, Danial dan Hanim merupakan saudara Aden yang aku jemput. Aden aku je yang aku tidak jemput. Kesah apa aku? Kau tak ajak aku pun kan kat majlis kau. Haaa aku pun tak nak ajak kau.

"Ha, sudah." Balas aku.

Segera aku bangun. Baju pengantin aku agak lain daripada yang lain. Ini kerana ada kain yang menutup wajah aku.

Kalau Hafiz tak nak tengok muka aku selagi aku tidak sah, begitu juga aku. Pandangan aku kelihatan samar-samar dengan kain itu.

Aku berjalan keluar. Aku diapit Puan Raudah takut takut aku tersadung kerana tidak nampak dengan jelas. Dia juga aku jemput kekeke.

Aku duduk di atas kusyen bulat dibelakang pengantin lelaki. Aku tidak dapat melihat mukanya kerana dia membelakangi aku. Dia juga tidak menoleh kerana seperti yang dia minta, dia tidak mahu aku nampak muka dia selagi tak sah. Kenapa? Hodoh sangat ke?

Apabila aku melihatkan lafaz nikah akan dilafazkan, aku mencabut sebelah sahaja alat bantu pendengaran di celah tudung. Agak susah juga

Sepanjang lafaz akad nikah dilafazkan, suara mereka agak samar-samar. Yang aku dengar hanya lah berapa ringgit mas kahwin.

Melihatkan semua orang sudah menadah tangan, tahu lah aku bahawa aku sudah sah menjadi isteri Hafiz.

Segera aku membetulkan semula alat bantu pendengaran aku. Lalu aku menadah tangan. Tok Ma menyentuh bahu aku. Aku tersenyum kelat.

Apa ni Iz? Kau patut gembira kau dah kahwin!

Setelah mengaminkan doa, acara memasangkan cincin dan bersalaman dengan pengantin lelaki diadakan.

Serta merta tangan aku menggigil teruk. Seperti 3 jam bermandi di dalam bilik air.

Pengantin lelaki semakin dekat. Aku cuba menatap wajahnya namun terhalang kerana kain yang menutup wajah aku.

Aku menggigil menghulurkan tangan. Apabila tangan kami bersentuhan, terasa lain macam. Kerana aku sudah lama tidak bersentuhan dengan lelaki. Almaklumlah, saya sudah insaf.

Kini, giliran aku pula memakaikan pengantin lelaki cincin.

Siap memakaikan cincin, aku menyalam tangannya. Ya Allah, Hafiz. Aku nak tengok muka kau!!

Apabila giliran aku dicium di dahi, kain yang menutup wajah aku perlu di buka.

Yes! Yes!

Menggigil tangan Hafiz membuka kain yang meyorokkan wajah aku. Kenapa dia menggigil? Kenapa dia menggigil?

Setelah sepenuhnya kain dibuka. Aku mengangkat wajah aku untuk melihat wajah Hafiz

Mata kami bertautan.

Air mata aku meluncur laju.

Jantung aku seakan-akan berhenti mengepam darah.

Aden?!

Menggigil badan aku.

"K.. Kau jahat!!!" Jerit aku lalu memukul tubuh Aden yang sasa itu.

"Ahahahahaha! Sakit lah, Iz! Ahahah!" Terburai ketawa Aden.

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now