- 2 0 -

1K 78 1
                                    

Second Day ( petang/ malam )

Sudah 20 minit kami berkayuh akhirnya tiba juga di sawah padi. Agak susah untuk mengayuh di jalan sawah padi kerana jalannya yang agak sempit dan berlumpur.

Aku menongkat basikal di tepi basikal Aden.

"Nah bentang tikar ni" Aden menghulurkan aku tikar gulung yang diletakkan di dalam bakul basikal.

Selesai membentang, Aden menghidang makanan. Simple je makanan dia. Tak ada KFC. Tak ada McD. Tak ada Domino. Hanya baki nasi goreng pataya pagi tadi.

Kami berdua duduk melunjur kaki.

"Tenang doh" kata aku.

Aden membisu.

Melihatkan keadaan dia aku mengambil satu bekas makanan yang berisi nasi goreng pataya tadi.

Daripada dia tak layan aku baik nasi ni yang layan aku.

Segera aku menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Kchak!

Aku menoleh ke arah Aden dengan dahibyang berkerut.

"Kau tangkap gambar aku ke? Bak sini!" Kata aku ingin merampas telefon milik Aden namun hampa

"Ala rilek la. Muka kau okay je lah." Kata Aden lalu menunjuk gambar yang ditangkap tadi.

Bukan nak loyar buruk tapi memang comel lah aku. Hehe. Tak jadi nak marah.

"Motif?" Tanya aku.

"Nanti kan tak dapat jumpa. Salah ke aku nak simpan gambar kau?" Kata Aden sambil menatap gambar yang ditangkap. Eh eh main zoom zoom pulak dia.

"Apa susah? Nanti masa kita berdua cuti, kita decide la jumpa kat mana." Kata aku lalu menyuap lagi nasi goreng.

"Aku tak nak contact kau sepanjang kita berpisah." Kata dia selamba.

Aku berhenti mengunyah.

"Maksud kau?"

"Aku nak delete nombor kau. Aku nak kau pun delete nombor aku. Lepastu buat kita macam tak kenal each other." Jelas Aden.

"Maksud kau, kau tak nak jumpa aku dah? Tak nak kenal aku dah? Kau nak berhentikan persahabatan kita lepas habis buat kenangan ni? Macam tu?" Tanya aku bertubi-tubi.

"Aku tak kata nak berhentikan persahabatan kita. Aku cuma tak nak berhubung dengan kau je." Kata Aden pula.

"Kau tak nak jumpa aku?" Tanya aku lagi.

"Aku percaya pada takdir. Kalau ada jodoh kita jumpa." Katanya selamba. Tangannya masih gatal zoom hidung aku.

"Kenapa tak nak contact?"

"Aku takut setiap masa ingat kau. Nanti pelajaran pun terganggu. Aku pasti kau pun tak nak pelajaran kau terganggu ingat aku 24 jam"

"Eee perasan." Kata aku pula lalu menyambung kunyah makanan di dalam mulut.

Aden tergelak kecil. Tangannya zoom mata aku pula. Mamat ni dah kenapa?

"So macam mana? Setuju?" Tanya Aden.

"Hm ada point juga hujah kau tadi." Kata aku.

Dia mengangguk faham.

**********************

Aku mengilap rambut aku yang basah dengan tuala. Lalu melabuhkan punggung di atas kerusi malas di luar rumah. Tok Ma, Aden, Cik Jar, Cik Wan dan Hanim sedang rancak berborak di ruang tamu.

Tiba-tiba telefon aku berdering.

Aku melihat pemilik nama.

Abang Izzul! Aaaaaa! Dah lama tak borak! Ceh baru sehari. Segera aku mengangkat talian.

"Abang!!! Assalamualaikum!" Jerit aku riang.

"Haha Waalaikumussalam. Iz sihat?"

"Sihat aje. Abang pulak? Makan maggie je ke setiap hari? Hehehe"

"Eh mana ada. Sihat aje lah. Tiap masa ingat kat Iz je ni"

"Lah ye ke. Iz tak ingat kat abang pun" usik aku.

"Yeke ? Sampai hati. Kira bertepuk sebelah tangan la ni"

"Hahahahha Iz gurau je"

"Best tak kat sana?"

"Uish. Best la bang! Tak tahu pula Iz kampung best macam ni. Nak tinggal sini lah"

"Amboi.. Kesian abang sorang-sorang kat sini. Hahahaha"

"Hahaha padan lah muka. Abang kahwin lah dengan Kak Hani cepat-cepat. Tak ada lah bosan dah"

"Banyak cantik. Duit datang dari mana? Poket Iz? Poket Iz pun penuh dengan tisu je"

" Ish abang ni"

"Hahaha Abang gurau je la. Eh Abang off dulu lah ya? Tak solat maghrib lagi ni"

"Ish ish ish. Ye lah. Ada masa call Iz lagi ya. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Abang sudah menutup panggilan. Aku tergelak kecil. Rindu dengan insan itu.

"Apa tadi? Nak tinggal sini?" Tegur Aden dari belakang.

Bahu aku terhinjut sedikit.

"Eh sibuk je kat sini. Pergilah sambung borak dengan Hanim tu" kata aku sambil menekankan nama Hanim.

"Jeles lah tu" usik Aden. Bebola mata aku berguling ke atas. Tak ada masa nak jeles.
Kalau nak attention aku boleh beli lah.

"Kau tak ada sepupu lelaki ek? Bosan aku" kata aku pula.

Aden menjengilkan matanya.

"Buat apa nak sepupu lelaki? Menyusahkan" katanya lalu duduk di sebelah aku.

"Cara cakap macam ada jer" kata aku lalu tersenyum minat.

"Ada. Tapi aku benci dia. Ni kalau dia ada kat bawah tapak kasut aku ni aku pijak-pijak dia macam ni. Ha kau tengok" kata Aden lalu bangun nak memijak lantai dengan perasaan geram.

Ketawa aku meletus.

"Cuba bagi sebab kenapa kau benci dia?" Tanya aku dengan sedikit baki ketawa.

"Kau tahu? Dulu dia pernah sapu sabun dekat lantai. Bila turn aku nak mandi. Aku tergelincir woo. Dasar anak kambing!" Kata Aden dengan perasaan benci meluap-luap.

Aku ketawa lagi. Ahh kalau lah boleh tengok dia jatuh.

"Lagi? Lagi?"

"Dulu masa aku darjah 5, aku offer kat ayah aku kalau aku bersihkan ruang tamu, ayah aku kena bagi aku rm1.50. Penat-penat aku bersihkan, dia ambil pergi beli ais krim. Aku apa lagi belasah dia kat lorong belakang rumah. Tapi sempat tumbuk je. Tiba-tiba ada perempuan kambing mana tah sibuk masuk campur ugut call polis. Cis. Melepas rm1.50 aku." Cerita Aden.

Aku tercengang. Cerita tu macam pernah terjadi dalam kamus hidup dia.

"Perempuan tu freehair lepastu rambut paras bahu ke?" Tanya aku ingin kepastian.

"Haah"

"Lepastu dia ada acu pisau kat kau ke?"

"Eh betullah mana kau tahu?"

"Cis! Tu aku la bengap! Perempuan kambing kau panggil aku?!"

"Ha serius lah?!"

"Gila dayus kau dulu" usik aku.

"Zaman pre-mature lah" kata Aden lalu menyilang tangan di dada.

Ketawa aku meletus. Alahai Aden, kecil-kecil pun hensem!

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now