- 1 8 -

1K 66 2
                                    

Second Day ( pagi )

Terpisat-pisat aku membuka mata. Aku perlahan-lahan duduk di atas katil. Aku meraba-raba tilam untuk mencari telefon aku.
Baru 8.00 pagi. Aku menguap lagi.

Selepas puas termenung, aku mengambil getah rambut lalu mengikat rambut ku.

Pintu bilik dibuka perlahan lalu aku menuju ke dapur. Bunyi periuk riuh memenuhi ruang dapur.

"Tok Ma.. masak apa tu?" Tanya aku. Sekali-sekala aku menggosok mata.

"Nasi goreng pataya. Aden kata Iz suka nasi tu. Betul ke?" Tanya Tok Ma ingin kepastian.

Aku terus mengangguk laju.

"Betul nek! Wahh sarapan nasi goreng pataya!!" Jerit aku riang.

Tok Ma tergelak kecil.

"Aaa nek, Aden tak bangun lagi eh?"

"Dah bangun dah. Dia kat luar tu. Tak tau lah buat apa. Pergi lah jenguk-jenguk. Bawakkan air ni sekali" Kata Tok Ma lalu menjuih bibir ke arah secawan air.

Aku mengangguk lalu mengangkat cawan tersebut.

Langkah diatur keluar.

Bunyi besi memenuhi ruang. Aku menjenguk dari pintu. Dia sedang ralit membuat basikal.

Kejap, buat basikal? Fuyooo Aden ni bukan kaleng-kaleng ah! Sumpah tabik!

"Assalamualaikum kambing! Buat apa tu?" Tegur aku. Dia menoleh ke arah ku lalu sambung membuat kerja.

"Waalaikumussalam. Aku buat kapal terbang" balasnya selamba.

Ceh. Aku pergi ke meja bulat sebelah Aden.

"Ni air untuk kau" kata aku lalu duduk melihat dia membuat kerja.

"Oh ya ke? Terima kasih" Aden mengambil cawan tersebut lalu diminum.

"Betul-betullah kau buat apa?" Tanya aku. Walaupun aku dah tahu tu basikal tapi reka bentuk dia agak lain. Buat aku pening.

"Basikal tapi 2 in 1" balasnya sambil tersengih.

"2 in 1 macam mana tu?" Tanya aku lagi.

"Kita boleh bawak single dan boleh bawa taken. " Jelasnya.

Kepala otak dia single taken. Walaupun cara dia terangkan agak tersirat namun aku dapat menangkapnya. Maksudnya kita boleh cantumkan dua basikal dan bawa bersama dan boleh juga bawa dua basikal secara sendirian. Haa faham kan?

"Haa siap!" Kata Aden lalu menepuk seluar.

Aku menepuk tangan. Sokong la sikit member penat-penat buat.

"Tak sangka kau ada bakat eh" puji aku.

"Tak sangka kau pun ada bakat" puji Aden pula.

"Ha? Apa bakat aku?"

"Tidur. Kau tengok aku. Pukul 6.30 dah bangun" perli Aden.

"Memanglah kau boleh solat" kata aku lalu menjeling Aden.

"Memanglah tapi aku boleh je kan tidur balik? Aku rasa kalau kau boleh solat mesti kau sambung tidur." Jelasnya.

Aku hanya diam. Betul juga.

"Aden! Iz! Tok Ma dah siap masak ni. Meh makan!" Laung Tok Ma dari dalam.

Kami berdua mengorak langkah masuk ke dalam dapur.

Aku lah paling riang sebab dapat sarapan nasi goreng pataya!

*******************

Aku duduk di birai katil. Telefon aku, aku capai. Nasib kat sini ada wifi. Aden memang sangat memahami.

Tok tok tok.

Kedengaran pintu bilik aku diketuk.

"Ha apa dia?" Tanya aku. Aku tahu tu Aden. Aden je makhluk yang suka ketuk pintu macam JAIS nak tangkap orang berkhalwat.

"Sediakan barang kau. Baju, seluar, tuala, semua tu" kata Aden.

"Ha? Pasaipa?" Tanya aku lagi.

"Kita nak pergi kolam air panas" katanya.

"Wahhhh ya ke? Okay okay kau tunggu aku" kata aku lalu meletakkan telefon ke tepi.

Aden tergelak kecil lalu pergi.

Sudah siap sediakan barang, aku angkut keluar.

"Letak kat situ." Kata Aden lalu menunjuk ke arah bakul besar di sebelah motor. (Alah, yang Aden naik semalam tuh)

"Lah pikir naik basikal" rungut aku lalu meletakkan barang ditempat yang disuruh.

"Tempatnya jauh cik kak. Patah kaki kau nanti" kata Aden lalu mengambil kunci motor.

"Kau bawak ke?" Tanya aku sambil membulatkan mata.

"Yelah, kenapa? Rilek la. Aku jaguh tau bab bawa motor ni" katanya lalu menghidupkan enjin.

Aku menelan air liur. Terasa pahit.

****************

Aku duduk di dalam bakul besar yang Aden naik semalam. Akhirnya aku dapat juga merasa duduk sini. Yelah takkan aku nak duduk belakang dia kot.

Sepanjang perjalanan, aku menghirup udara segar. Amannya duduk kampung. Jalan yang kami lalui amat sempit dan hanya boleh memuat satu setengah kereta sahaja. Jadi bila ada kereta yang berlawanan arus, kami terpaksa berhenti di sebelah kiri dan memberi mereka jalan dahulu.

Kiri perjalanan penuh dengan pokok kelapa sawit. Setiap 10 meter akan ada rumah dan kemudian kepala sawit lagi. Disebelah kanan pula ada parit. Airnya keruh. Mestilah keruh. Ni parit, bukan sungai. Manakala sebelah kanan parit bula pokok kelapa sawit lagi.

Selepas 10 minit, akhirnya kami sampai di kolam air panas. Aden memakirkan motornya di tempat yang disediakan. Aku mengangkut barang aku.

"Tinggal je sini dulu. Dah habis mandi nanti kau ambil lah" kata Aden.

Aku agak was-was tapi mengangguk juga. Kami berdua memasuki kawasan mandian.

Terdapat satu bualatan besar. Ditengah bulatan itu ada satu bulatan kecil dimana orang merendam kaki di dalam air panas. Manakala bulatan kedua agak besar. Suhunya pula sederhana panas. Dan akhir sekali bulatan ketiga yang paling besar. Suhunya tidak panas macam air biasa.

Kawasan ketiga dan kedua panas dipenuhi kanak-kanak. Apa kelas main kat situ. Aku mengikut Aden mengorak langkah ke arah bulatan paling kecil.

Aku perlahan-lahan memasukkan kaki ke dalam kolam.

Aku perasan sepanjang perjalanan, ada ramai gadis-gadis membisik antara satu sama lain. Aku cantik kut. Hahahahah. Yalah, yalah, mesti lah sebab Aden hensem. Sebab apa lagi.

"Fuhh selesa la gila" kata aku. Aden menggeleng kecil tak pasal-pasal dia yang kena gila.

"Kau kalau balik kampung memang duduk dekat rumah Tok Ma ke?" Tanya aku supaya suasana tidak jadi awkward.

"Tak jugak. Kadang-kadang duduk rumah Pak Ngah dekat Parit Atap. Tak jauh dari sini. Kalau ada event aku duduk kat rumah Pak Long kat Parit Pulut. Tak jauh juga dari sini. Kalau aku rasa nak pergi laut, aku duduk rumah Mak Lang. Bahagian bandar. Kat sini kampung" jelas Aden panjang lebar.

"Wahh ada laut kat sana?" Mata aku bersinar-sinar dengar perkataan laut.

"Ada, tapi aku tak sarankan pergi. Tak ada lah cantik mana sampai ada pasir-pasir bagai. Tu tempat nelayan je selalu" kata Aden.

Aku mengangguk faham.

"Tok Ma walaupun dah dapat gelaran nenek masih kuat kan? Aku tabik betul lah"

"Haah. Sebab umur dia baru 60 lebih mungkin" kata Aden lalu memandang aku.

"Seronok?" Giliran Aden pula tanya aku.

"Seronok sangat!" Kata aku riang.

Aden tersenyum lebar. Menawan!

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now