- 1 1 -

1K 83 0
                                        

Aku berjalan menuju ke kelas. Keadaan di kelas agak renggang kerana dia awal seperti biasa. Apabila dia masuk, orang di dalam kelas mula berbisik. Aku bingung. Kenapa? Aku lawa erk? Kekekekeke

Aku mengeluarkan buku Biologi kemudian mengulang kaji.

"Kesian orang tu tak ada kawan" sindir seseorang. Aku menoleh. Oh, orang yang berbisik tadi.

Aku tak faham. Memang aku tak ada kawan. Tapi macam mana diorang tahu. Sebelum ni aku tak ada kawan pun tak ada pun sampai macam ni.

Aku mengeluh.

Tiba-tiba ada seseorang duduk sebelah aku. Ina. Siapa lagi kalau bukan dia? Sah sah tu tempat dia.

"Eh aku tak siap lagi lah kerja Biologi. Pinjam" katanya lalu merampas buku latihan aku.

Eh eh. Sedap sedap tangan kau je nak rampas. Eh pikir buku tu aku beli guna duit kau ke? Duit aku beb.

"Weh buat la kerja kau sendiri" kata aku sambil merampas balik buku aku.

Dia menjengilkan mata melihat tingkah laku aku. Apa ? Apa ? Jengil lah lagi. Biar terkeluar biji mata tu. Padan muka kau. Tak laku. Okay over.

"Bagi lah balik nerd" katanya ingin merampas balik buku aku namun sebab aku lebih tinggi darinya dia tidak dapat mencapainya.

Tiba-tiba buku aku terlepas dari pegangan. Aik siapa ambil? Weh mahal sangat ke do buku aku sampai semua nak.

Aku menoleh. Aden?

"Bagi lah balik buku aku, Aden" kata aku ingin mencapai buku aku.

"Bagi jelah dia pinjam Izreena Arsha. Jangan jadi childish boleh?" Balasnya dengan nada agak tinggi.

Excuse me?!! Ahhh sumpah nak tampar semua orang.

"Kau balik la kelas kau!" Tak boleh tahan dah marah aku ni. Aku ada hak aku la!

Dia tidak membalas sebaliknya memberikan buku aku kepada Ina.

Aku tak tahan sumpah tak tahan.

Aku mengeluarkan sepucuk pistol dari poket aku lalu diacukan ke arah Aden.

"Bagilah. Mati kau kat sini" ugut aku.

"Izreena Arsha. Suka sangat guna pistol untuk kepentingan sendiri dan tujuan yang salah" sindir Aden sambil menepuk tangan.

Aku tak terasa. Sedikit pun tidak. Sebaliknya aku tergelak kecil.

"Raid Ramadhan, tujuan saya salah ke untuk mempertahankan diri dari dibuli? Kesian kan. Allah kurniakan semua orang otak. Tapi korang tak nak guna. Bukan susah pun soalan Biologi ni. Buat lah sendiri." Balas aku. Bakal peguam ni.

Mereka terdiam. Ceh, buang masa aku.

Aku merampas semua buku latihan aku lalu duduk seperti tiada apa yang berlaku.

"Aden..." Rengek Ina.

"Awak pinjam lah buku orang lain. Saya nak balik kelas ni" katanya lalu pergi dari situ.

Orang nampak aku tenang. Tapi dalam hati ni aku sedih diperlakukan sebegini. Aden dah lain. Sangat lain.

Aku terfikir macam mana orang boleh tahu pasal tak ada kawan tu?

Jangan-jangan... Danial?

********************
Aku berjalan menyusuri Blok D dimana tingkatan 1 ditempatkan.

Celaka kau Danial. Allah bagai. Patu kau sebarkan rahsia aku ya? Sepanjang perjalanan aku, orang sekeliling berbisik. Ya! Ya! Bisik lah! Aku tak halang.

Kemudian aku ternampak susuk tubuh Danial. Segera aku berlari mendapatkannya.

"Danial! Berhenti! Akak ni!" Jerit aku sambil mengejar Danial.

Laju nya budak ni!

Tiba-tiba aku tersadung. Muka aku terseret dia atas pejalan kaki. Orang sekeliling mula tertawakan aku. Aku memandang Danial yang kian menjauh.

Kenapa buat akak macam ni Danial.. Air mata aku tumpah.

"Tak malunya, lari-lari. Tengok la sikit diri tu dah besar" sindir Ina.

Macam mana dia ada kat sini? Ya.. kalau ada Ina mesti ada Aden..

Aku sambung menangis. Selalunya bila aku sakit atau sedih, Aden yang bantu.

"Betul cakap awak. Dah lah, jom" ajak Aden berlalu dari situ.

"Aden..." Panggil aku dengan tangisan.

"Mana kau yang dulu..? Kenapa kau berubah..?" Tanya aku yang masih dalam tangisan. Luka aku biarkan. Aku nak Aden yang dulu!

Aden senyap. Aden yang membisu itu membuatkan tangisan aku lebih kuat. Tak apa. Aku faham.

Just like seasons... People change.

Aku berdiri perlahan-lahan lalu menuju ke arah pejabat. Aku nak balik.

Lead Me, Aden ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang