- 2 6 -

1K 76 2
                                    

"Hm, fikir lepas bercuti tinggal dengan abang balik" rungut Abang Izzul dalam nada merajuk.

"Lah, Iz tinggal rumah Aunty Marry je. Bukan sesiapa. Rumah Abang Izzul pun tak jauh dari sini. Singgah je lah. Mengada" kata aku lalu mencuit hidung Abang.

Abang memuncungkan mulutnya. Aku tergelak kecil. Diluar mungkin aku kelihatan gembira tetapi dalam hati kuat mengatakan aku rindu Aden.

Langkah aku diatur masuk ke dalam ruang tamu rumah Aunty Marry.

"Assalamualaikum, Aunty mana Abang?" Tanya aku kepada Abang Izwan

"Dia pergi pasar. Duduk lah dulu. Air ambil sendiri kat dapur. Kekekeke" balas Abang Izwan.

"Apalah punya tuan rumah" perli Abang izzul lalu beredar ke dapur untuk mengambil air.

"Iz, bilik Iz kat atas. Pintu kelabu tu." Kata Abang Izwan. Aku mengangguk. Beg-beg baju aku angkut sekali naik ke atas.

"Oh Iz, esok Iz belum boleh sekolah. Kita daftar dulu. Lusa baru boleh start. " Jelas Abang Izwan.

Aku mengangguk lagi. Mood hendak bercakap tiada langsung.

Aku manaiki tangga dan terus ke bilik yang mempunyai pintu kelabu seperti yang Abang Izwan katakan. Di hujung koridor rupanya.

Aku membuka pintu perlahan-lahan.

Beg-beg aku disusun ke tepi. Tema bilik itu berwarna peach . Cantik. Lengkap dengan perabot seperti katil, meja belajar, Tv, laptop, almari, tandas, rak buku dan macam-macam lagi.

Langkah aku bergerak ke balkoni. Pintu kaca itu aku slide ketepi kerana pintu itu merupakan sliding door. Pemandangan jalan raya luas terbentang.

Puas mencuci mata, aku kembali ke dalam. Pintu bilik ditutup. Aku membuka beg baju untuk menggantung baju ke dalam almari.

Sebaik sahaja dibuka, rupanya almari itu tidak kosong. Banyak baju yang saiz aku. Jubah dan blouse paling banyak.

Aku membuka laci di sebelah almari. Banyak tudung dilipat rapi.

Tangan aku mencapai tudung berwarna kuning. Kemudian aku mencari baju yang boleh disesuaikan dengan tudung. Sudah jumpa, aku gosok kemudian gantung. Esok aku akan pakai.

Tak sangka pada tanggal 14/9 Izreena Arsha akan memakai tudung. Sungguh tidak sangka.

*******************
"Iz cepat! Abang Izzul dah membebel dah tu!" Laung Abang Izwan dari bawah.

"Sebentar ya akhi!!" Balas aku.

Memang tidak tahu sabar. Ini dah lah kali pertama aku pakai tudung. Entah betul atau tidak. Sudah berpuas hati, aku turun ke bawah.

"Okay jom" kata aku sambil mamakai kasut.

Abang Izwan dan Abang Izzul berhenti membebel. Lah kenapa?

Oh ya, aku pakai tudung. Terpaku la tu.

So klise la my abang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So klise la my abang ni. Segera aku melompat masuk ke dalam kereta.

"Wah, Iz. Abang tak tahu nak cakap macam mana. Abang bangga sangat. Stay istiqamah ya?" Pesan abang Izzul.

Aku mengangguk perlahan. Selesa juga pakai tudung ni.

************************
Kereta diparkirkan di tempat yang disediakan. Setelah abang membuka lock kereta, aku segera membuka pintu. Bagunannya tersergam indah. Besar sekolah ini.

Warna bangunan juga cantik. Seperti baru cat. Melihatkan Abang Izzul dan Abang Izwan sudah melangkah pergi, segera aku mengejar mereka.

Sunyi sekolah ini disebabkan cuti sekolah.

Langkah diatur masuk ke dalam pejabat.

Abang diberikan borang daftar pelajar untuk di jelaskan.

Aku hanya mampu melihat. Selalunya kalau ada apa-apa memang abang yang buat. Selesai daftar, kerani menyuruh kami membeli buku dan barang sekolah di koperasi.

Abang terpaksa mengeluarkan banyak duit. Aku mula rasa bersalah. Tapi tak salah kan keluarkan duit untuk perkara baik? Aku takkan sia-sia kan duit abang. Aku akan belajar bersungguh-sungguh!

*******************
Badan dihempas ke atas katil. Ya Allah sumpah rindu Aden.

(Author pun bosan nak buat cerita tak ada Aden :(     )

Aku membuka kotak hadiah yang diberi Aden. Tudung itu aku tatap lama. Tudung kelabu bersama manik-manik yang menghiasi tudung itu.

Aku bangun lalu menggantung tudung itu. Aku takkan pakai.

Gelang di tangan aku tatap juga.

Aku dah kata aku tak nak buka.

Tapi peraturan sekolah aku kena patuh.

Perlahan-lahan gelang itu aku simpan di dalam kotak baldu yang bersaiz jauh lagi besar dari kotak baldu cincin. Kemudian kotak baldu itu aku simpan di dalam laci meja.

Aku menapak ke arah balkoni. Pandangan dicampak ke jalan raya. Aku termenung. Memikirkan tentang Aden.










N/A : ya allah. Maafkan author. Bila tak ada Aden ni otak cramp gile. Tak tau nak tulis apa. Kehilangan idea. Selalunya bila mandi mesti idea masuk. Tapi hari ni tak masuk pula. Maafkan author :(

Tapi jangan risau. Bab sebelum ni bukan lah penamat bagi shippers Aden dan Iz. Nanti mereka akan comeback. Stay tune!


Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now