Aku perlahan-lahan duduk di atas katil. Penat. Aku baru balik dari hospital. Aku membuka alat bantu pendengaran yang dari tadi terpasang di dalam telinga.
Tak dengar apa-apa walaupun bunyi kipas.
Air mata aku perlahan-lahan mengalir.
Macam mana aku nak teruskan hidup dengan keadaan macam ni?
Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka. Kelihatan Abang Izwan menjenguk.
Segera aku bangun dan mengilap air mata. Alat bantu pendengaran tadi aku pakai semula.
"Lah Wan rupanya. Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Tanya aku.
"Dah, Wan dah ketuk. Iz..." Belum sempat Abang Izwan menyambung ayatnya aku potong.
"Iz tak boleh dengar. Ya."
Muka Abang Izwan rasa bersalah. Bukan salah dia pun.
"Em kenapa Wan datang?" Tanya aku membuang jauh-jauh perasaan sedih tadi.
"Ni tadi ada kotak ni kat luar. Nama Iz atas ni. Nah" kata Abang Izwan lalu menapak ke arah aku untuk menghulurkan kotak tersebut.
"Oh okay, terima kasih" balas aku.
Abang Izwan keluar lalu menutup pintu.
Siapa bagi ni? Farisya kot?
Aku membuka pembalut hadiah itu perlahan-lahan.
Ada sampul surat tertampal di atas kotak. Segera aku capai.
Assalamualaikum Iz.
Ni aku Aden. Aku baru je dengar khabar kau. Sorry sebab mengada hantar kotak instead of mesej. Baru sweet, kan kan? Hehehe.
Kau jangan lah sedih-sedih dah. Macam Danial kata, Allah uji kau sebab dia tahu kau kuat. Kau ingat kan? Haa.. Kau jangan risau. Aku still terima kau walaupun kau cacat ke apa ke.
Aku ada hantar gambar-gambar aku kat mekah dalam kotak tu. Mana lah tahu kan bila kau tengok gambar kota mekah tu boleh lembutkan hati kau yang tengah sedih? Pergi lah tengok.Aku segera membuka kotak tersebut. Terdapat beberapa keping gambar. Aden sedang berselfie dengan kaa'bah. Tapi wajah Aden di kaburkan. Aku melihat belakang gambar.
' Nak tengok ka'bah ke aku? Hehehe '
Aku tergelak kecil. Aku memebelek lagi gambar-gambar yang dihantar oleh Aden. Puas meneliti, aku kembali membaca surat yang diberi.
Haaa.. dah okay tak? Nanti kan lepas kita kahwin kita pergi umrah sama sama. Nak? Hahahaha. Oh aku ada selit lagi satu hadiah dalam korak tu. Kau ingat tak masa tu kita ada lumba siapa sampai kat basikal dulu dia menang. Kau menang lepastu kau mintak hadiah kan? Haaa aku tak mungkir janji tahu? Pergi lah tengok.
Aku mengeluarkan lagi isi di dalam kotak itu.
Pendrive?Aku bangun lalu mencapai komputer riba aku yang ada di atas meja. Pendrive itu aku cucuk ke dalam komputer.
Ada satu audio. Segera aku menekan audio tersebut.
Alunan ayat al-quran yang dibaca Aden berkumandang di dalam bilik. Merdu. Aku tahu surah ni. Surah Ar-rahman tak silap aku. Aku mula suka dekat surah ni selepas dengar Aden baca.
Surat-surat tadi aku letak ke tepi. Aku menunggu sehingga ayat al-quran itu habis dibaca.
Apabila sudah tamat, aku ulang buat kaki ke dua. Merdu dia Allah sahaja yang tahu.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "