- 1 0 -

1.1K 86 1
                                    

Aku bergerak ke kelas 4 Ibn Rusyd. Hanya 4 orang baru sampai. Harini aku datang awal sikit kut.

Aku duduk di tempat aku. Buku Add Math aku keluarkan. Memang ini rutin aku bila datang awal. Mengulang kaji sedikit. Tapi bila dekat rumah malas gila. Ini lah yang dikatakan ilham.

"Assalamualaikum!" Tegur Ina disebelah.

"Eh waalaikumussalam. Baru sampai ek?" Tanya aku.

"Haah. Pikir dah lambat tadi." Kata Ina pula.

Aku mengangguk kecil. Kemudian aku melihat sekeliling. Tidak lagi nampak batang hidung Fahmi. Maka aku sambung mengulang kaji pelajaran.

"Iz. Harini aku tak boleh join kau makan waktu rehat tau." Kata Ina memecah suasana yang dari tadi sunyi.

"Erk kenapa?" Tanya aku.

"Aku nak rehat dengan Aden" katanya sambil tersengih-sengih.

"Oh aku join korang lah macam tu." Kata aku.

"Kau nak ambil Aden dari aku eh?" Tanya Ina dengan muka yang keruh.

Aku terkedu. Eh siapa yang kenal dia dulu ni?

"Ambil apa pula ni? Takkan kau tak kesian aku rehat sorang-sorang? Aden pun kawan aku juga. Tak salahkan aku join korang?" Kata aku untuk mengamankan keadaan setelah melihat muka keruh Ina.

Selalunya kalau orang cakap macam tu aku tembak je dia. Tapi sebab Ina bertudung hati aku jadi lembut.

"Boleh tak kau jangan masuk campur urusan aku dengan Aden? Korang cuma kawan. Ka. Wan." Balas Ina dengan nada yang agak tinggi. Semua orang melihat kami.

"Erk.. sorry sorry. Sorry Ina. Okay okay, aku tak join." Pujuk aku. Kalau bukan Ina siapa lagi nak jadi kawan aku? Fahmi dah tak rapat. Aden rapat dengan Ina. Haihh rumit lah.

Namun Ina tidak membalas malah menjeling aku lalu membuat hal sendiri.

Aku mengeluh kecil. Tiba-tiba aku ternampak Fahmi masuk ke dalam kelas. Segera aku meluru ke arahnya.

"Weh Fahmi! Lama tak jumpa." Tegur aku.

"Ha? Ha.. haah. Ha kau nak apa?" Balas Fahmi. Dia dah tak semesra dulu.

"Aku nak cakap yang minggu depan aku pindah." Kata aku.

"Oh ya eh? Ha ok lah. Aku tak boleh nak cakap lama-lama dengan kau. Nanti Rita marah. Aku pergi dulu" Kata Fahmi lalu bergerak ke tempatnya.

Aku mengeluh lagi. Segera aku duduk di tempat aku.

"Kesian, dah tak ada orang nak kawan dia" sindir Ina dalam nada berbisik namun masih boleh didengari.

Aku seakan akan mahu menangis tapi tahan. Sabar.. tahan.. Kau tak lama kat sekolah ni..

****************
Aku mempercepatkan langkah keluar dari kelas.

Tiba-tiba aku ternampak susuk tubuh yang aku kenal. Aden.

Aku segera bergerak ke arahnya ingin menyampaikan berita tetang pemindaham sekolah aku.

"Aden!" Tegur aku lalu berlari anak ke arah Aden.

"Ha, Iz. Kau nampak Ina?" Tanya Aden.

Erk.."Dalam kelas. Nanti keluar la tu" jawab aku

Aden mengangguk.

"Err Aden-" belum sempat aku menghabiskan ayat aku, suara Ina kedengaran.

"Aden!! Lama ke tunggu saya?"

"Hahaha tak lama mana pun. Sejam pun saya sanggup"

Tak tahu kenapa aku sakit hati mendengarnya. Mestilah sakit hati. Aku kan suka Aden.

"Dah jom" ajak Ina.

Mereka bergerak pergi. Tapi aku cepat-cepat mencelah.

"Er Aden aku nak cakap sikit" tegur aku.

"Ha apa dia?" Tanya Aden.

Muka Ina sudah masam mencuka. Sabar ek.

"Kau tak bawa ke nasi goreng pataya yang aku mintak?" Tanya aku. Bodoh Iz. Patutnya kau inform tentang kau nak pindah dulu! Sibuk nak utamakan nasi goreng dia.

Aden seperti merenung sekejap.

"Haah la. Maaf la Iz. Lainkali eh. Lupa" kata Aden.

"Oh ye ke.. takpe lah. Ah ni...." Kata aku.

"Dah lah tu Aden.. Ina lapar..." Rengek Ina.

"Err sorry ya, Iz. Nanti-nanti lah kau cerita. Jumpa lagi" kata Aden lalu mereka meninggalkan aku keseorangan.

Aku terkedu.. Betullah. Aku dah tak ada sesiapa kat sekolah ni. Patut je aku pindah. Abang Izzul... I kinda need you right now..

Aku bersila di tepi koridor.

Aden.. Mana kau yang dulu? Yang suka usik aku. Yang suka buat aku sakit hati tapi end up pujuk aku. Daripada kau sakit kan aku dengan nice words kau...

Tak semena-mena, air mata aku jatuh. Tanggapan baik aku terhadap perempuan bertudung terus lesap. Kini, aku akan melayan perempuan bertudung sama seperti aku melayan lelaki. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk aku bertudung.

Aku menglap air mata.

"Akak" tegur seseorang.

Aku mendongak.

"Saya kesian tengok akak. Nah. Saya dah kenyang. Akak makan la." Kata budak lelaki yang agaknya Form 1 lalu menghulurkan bekas makanan kepada aku.

Aku menyambut hulurannya.

"Terima kasih dik. Apa nama adik?" Tanya aku.

"Saya Danial." Katanya sambil tersengih lalu duduk bersila dihadapan aku. Aku agak terkejut.

"Eh kotorlah. Bangun!" Tegur aku namun dia tidak endahkan.

"Kenapa akak menangis?" Tanya dia.

"Masalah remaja.. Biasala tu. Adik tak payah tahu.. Remeh je benda tu" kata aku lembut.

"Ala cerita je lah akak. Saya simpan rahsia."

Aku merenung Danial. Muka dia innocent habis. Aku mula meletak kepercayaan kepadanya.

"Akak sebenarnya ada kawan. But lately, semua avoid akak. Akak pun tak tahu apa salah akak." Terang aku sambil mengunyah karipap yang ada dalam bekas makanan tadi.

"Akak kalau sedih ingat Allah. Sabar ya. Allah uji akak ni. Beruntung Allah pilih akak" pujuk Danial.

"Kenapa Danial cakap beruntung pula? Sakit tau" Bantah aku. Apa la budak ni. Mindset entah lari mana.

"Ya lah, akak beruntung. Tahu tak Allah pilih akak bersebab. Dia nak akak kuat dari akak sebelum ni. Masa akak gembira mungkin akak leka sikit dari Allah. Bila Allah bagi akak ujian, mesti akak akan ingat Allah. Jadi Allah tak nak akak terus melupakan dia. Lagipun kan kak, Allah pilih akak sebab dia tahu akak kuat. Dia takkan uji orang yang luar kemampuannya, kak. Dia maha adil" hujah Danial.

Aku terharu mendengarnya. Betul. Aku leka dengan tuhan yang mencipta aku. Sombongnya aku.

"Masa dah habis kak. Danial masuk kelas dulu ya" kata Danial.

"Okay, terima kasih untuk makanan ni. Ingat, jaga rahsia akak tau." Pesan aku.

Dia mengangguk lalu beredar dari situ.

' Maaf kak. Saya mungkir janji '

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now