- 1 7 -

1K 67 0
                                    

First Day ( malam )

"Okay dah sampai. Turun lah" Kata Pak Ngah.

Aku mencabut airpod dari telinga lalu disimpan di dalam poket. Aku keluar dari perut kereta.

Di belakang kereta ada jalan raya yang ditemani lampu malam. Disebelah kanan dan kiri kereta pula berderet restoran dan kedai runcit. Aku mengerling jam di tangan. Baru pukul 8.30.

"Iz sini" panggil Aden.

Aku menoleh ke arahnya.

Sebuah warung kayu terletak di sebelah kiri kereta. Ramai pelanggan.

"Kita makan dulu ek? Baguslah aku pun dah lapar." Kata aku sambil memegang perut. Memang dari dalam kereta berbunyi.

"Kau bila je kenyang? By the way ni warung Pak Ngah." Kata Aden pula.

Ohh.. Owner dia Pak Ngah.. Mesti best dapat saudara Owner warung. Hari-hari makan free.

Kami bergerak ke meja yang ada empat seat kosong.

Terdapat sebuah TV di depan kaunter. Bagus. Kerusi dia digantikan dengan kerusi kereta. Wow. Impressive. Boleh aku baring cenggini.

Aku dan Aden duduk bertentangan.

"Kau nak makan apa?" Tanya Aden.

"What's special? " Tanya aku sambil menayangkan muka minat.

"Mee bandung. Johor memang popular dengan Mee Bandung." Terang Aden dengan senyuman yang tidak lekang. Bangga mungkin.

"Alright then. Mee Bandung dan air Milo Ais" Kata aku lalu bersandar di kerusi.

Dia mengangguk lalu ke dapur. Pesan order mungkin.

Sudah 10 minit namun bayang Aden masih belum nampak. Lamanya buat order.

Aku bangun lalu masuk ke dalam dapur. Tak apa kan?

Leher aku dipanjangkan untuk mencari susuk tubuh Aden.

"Kawan Aden ke?" Tegur seorang gadis dari belakang. Aku menoleh lalu mengangguk. Bukan itu sahaja, aku salam juga tahu.

"Ohh. Nama saya Shahira. Panggil Yaya je. Saya sepupu dia. Yang tua-tua tu semua pak cik mak cik dia. Yang ada muka seri pengantin tu sepupu dia." Terang Yaya panjang lebar.

"Saya buat kerja dulu eh? Jumpa lagi" Kata Yaya lalu bergerak ke dalam sebuah bilik. Aku berpaling ke belakang.

Fuhh ramainya. Aku akan tinggal dengan semua ni ke? Erk. Dia kata dengan nenek dia..

" Iz! Buat apa kat situ?" Panggil Aden. Aku mencari punca suara.

Kelihatan dia sedang khusyuk memasak. Fuyoo.. Tak hairan lah. Nasi goreng Pataya dia pun sedap. Aku menapak ke arahnya.

"Bosan lah. Aku pikir kau buat order je." Balas aku.

"Niat memang macam tu. Tapi tengok semua sibuk. Aku pun memang nak asah skill memasak aku. Nak tolong?"

Aku segera mengangguk laju.

"Pergi basuh pinggan kat belakang tu" katanya selamba.

Wajah aku terus mencuka.

"Apa pulak layan tetamu macam tu Aden." Tegur seorang makcik disebelah Aden. Dia juga sedang memasak.

"Iz kan? Tunggu kejap lagi lah ya. Aden tengah masak tu" balasnya lagi.

Aku mengangguk lalu berlalu pergi. Sebelum keluar aku ternampak suatu bilik. Tak tau kenapa hati ni rasa nak masuk je. Jadi aku pergi ke dalam bilik tersebut.

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now