- 0 6 -

1.2K 83 2
                                    

Loceng berbunyi menandakan pelajar sudah boleh pulang. Hati aku berlonjak gembira. Esok merupakan majlis prom sekolah. Aku berjalan menuju ke Blok B. Sudah menjadi rutin aku untuk menyimpan buku sebelum pulang.

Setelah siap menyusun, aku melangkah untuk pulang. Baru sahaja ingin keluar dari Blok B, aku ternampak Harith. Segera aku melangkah ke arahnya untuk mengingatkan tentang majlis esok. Aku ternampak Sofea yang datang ke arahnya mematikan langkahnya.

Aku menyorok di belakang dinding untuk mendengar perbualan mereka.

"Hai Harith" Kata Sofea dengan riak wajah gembira.

Eik, bukan dah break ke diorang? Atau mungkin perkara ni lah yang Fahmi ingin beritahu aku. Esh, negative thinking lagi.

"Hai, babe. Pakai cantik cantik esok" Balas Harith pula.

Aku tercengang. Dah tu aku? Aku macam mana... ?

"Of course la, baby" Balas Sofea pula.

Kemudian mereka berdua berlalu pergi.

Aku perlahan lahan terduduk di tempat aku menyorok. Air mata aku gatal mahu keluar. Aku menutup mulut supaya tidak melakukan sebarang suara. Sakit.

Perut aku tiba-tiba sakit. Dari pagi tadi tidak makan. Bukan tak nak, tak ada selera. Senak perut aku dibuatnya. Dah lah aku ada gastrik.

Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku segera mengangkatnya tanpa melihat pemanggilnya. Hingus dan air mata aku dilap. Cuba beriak normal.

"H-Hello?" Tegur aku.

"Umm.. Iz..." Suara Harith rupanya. Terus menyampah.

"Ha, kau nak apa?" Kata aku memotong ayatnya. Aku tidak lagi menggunakan saya awak.

"Based on your voices, aku syak kau dah tahu " Balas Harith sambil mengguna aku kau juga.

"Kau nak cancel? Okay tak kisah. Tak hadap pun lah" Balas aku pula sambil mematikan talian.

Aku sambung menangis. Telefon berdering lagi. Aku mengangkatnya.

"Kau nak apa lagi mangkuk? Apa? Nak sakitkan hati aku lagi? Pergi je lah dengan Sofea tu! Aku tak hadap lah!!" Hambur aku lagi kemudian menutup talian sekali lagi.

Ya. Telefon berdering lagi.

"Eh kau nak apa ha setan-" Belum sempat aku nak menghabiskan ayat, dia memotong.

"Iz, ni aku. Aden"

Aku terkedu. Kemudian aku membisu. Aku boleh dengar tapak kakinya berjalan melalu talian. Makin lama makin kuat. Seperti dia memang disini. Aku melihat sekeliling. Oh dia datang sini.

Cepat-cepat aku mengelap air mata aku.

"Ka-Kau nak apa?" Tanya aku.

"Dah-dah lah tu nangis. Nah, makan ni. Kau tak makan lagi kan?" Kata Aden sambil menghulurkan plastik merah berisi tupperware. Aku menyambut huluran tersebut.

Lalu aku membuka tupperware tersebut. Wahhhh! Nasi Pataya!

"Wahh Terima kasih!" Kata aku sambil tergelak kecil.

"Bekal kau ke?" Tanya aku lagi. Kemudian dia mengangguk. Aku mula rasa bersalah.

"Kau tak nak..?" Pelawa aku sambil menghulurkan bekas itu kepada dia.

"Aku puasa" Balasnya pendek.

"O-Ohh S-sorry" Rasa bersalah pula. Eh kejap.

"Kau puasa tapi kau bawa bekal. Macam mana tu?" Tanya aku pelik.

Wajahnya mula menjadi merah.

"Memang niat aku nak bagi kau" Balasnya pula. Aku terkedu. Aden sebenarnya tak adalah jahat. Dia cuma tak suka tunjuk kebaikan dia je.

"Sedap lah! Kau beli kat mana ni?" Tanya aku lagi.

"Kau ni banyak tanya lah. Makan je lah" Balasnya pula.

"Ala, jawablah. Mana tahu lepas ni aku boleh singgah ke" Aku memang degil hehehehe.

Dia mula memandang ke tempat lain. La dah kenapa? "Aku masak sendiri" Balasnya.

Aku terpempan kuasa dua. Fuhhh. Sedapnya!

"Macam mana-" Belum sempat tanya lagi, Aden memotong.

"Kau ni banyak tanya lah. Makan je lah" Kata Aden mengulangi ayatnya.

Aku sambung menjamah selera.

"Kau esok pergi dengan siapa?" Tanya Aden. Aku termenung sekejap. Betul juga. Aku nak pergi dengan siapa? Baju semua dah beli.

"Tak pergi kut" Balas aku ringkas lalu menyuap nasi ke dalam mulut.

"Aku pergi dengan kau lah"

Aku terpempan kuasa lima. Serious lah? Aku?

"Partner kau macam mana?" Tanya aku.

"Aku mana ada partner"

"Dah tu kenapa beli baju?"

"Suka hati lah"

"Haha tak laku"

"Excuse me? Ramai je ajak eh. Aku je yang jual mahal" Kedengaran Aden mendengus. Hhehehehe. Comel kau ni sebenarnya.




N/A: OITTT SORRY this chapter sikit sangat. Sorry okay?

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now