Aku membuka ikatan rambut aku. Minyak wangi aku dipakai.
Aku duduk di birai katil. Menunggu Aden yang sedang mandi. Aku nak dia terangkan everything!
Kedengaran pintu bilik air dibuka. Aku mendongak.
Aden menjenguk dari dalam bilik air. Hanya kepalanya sahaja yang keluar.
"Iz. Ambilkan aku punya tuala tu" kata Aden lalu menjuih bibir ke arah tuala yang tergantung di kerusi.
Wajah aku terus merona merah. Eeii jangan fikir benda lain, Iz.
Aku bangun. Tuala putih itu aku capai lalu dihulurkan ke Aden. Pandangan aku dicampakkan ke cermin.
"Kenapa tak nak pandang depan?" Usik Aden.
"Eii kau ni kan! Ambil je lah" kata aku. Tangan ni dah penat hulur ni.
Akhirnya dia ambik juga. Pintu bilik air ditutup. Aku duduk kembali di birai katil.
Tidak lama kemudian, pintu bilik air terbuka semula. Aku mendongak.
Melihatkan badannya yang sasa itu, terus aku memandang tempat lain.
Aden yang nampak telatah aku tergelak.
"Tengok je la. Kita kan dah halal.." usik Aden.
"Ei cepat la pakai baju! Aku nak kau explain lepas ni! Tak kira!" Balas aku.
"Alo.. Ni kan malam pertama..." Kata Aden lalu tersenyum nakal.
Bantal dicapai untuk menutup muka. Aden tergelak besar.
Selepas 2 minit, Aden siap.
"Okay dah" kata Aden. Aku mendongak.
Aden berjalan lalu duduk di sebelah aku.
"Okay, kau nak tahu pasal apa?" Tanya Aden.
"Maryam mana? Kau jadikan aku isteri kedua kau ek?"
Meletus tawa Aden
"Ahahahahah! Kelakar lah engkau ni. Tak kan lah aku nak dua kan kau" Aden tersenyum kambing.
"Okay then, how's she doing?" Tanya aku.
"Hmm she's doing just fine. Okay sebenarnya aku ambil dia as plan aku je. Kitorang tak kahwin pun. Tergelak aku dengar khabar dari Abang Izwan kau nangis sebab aku kahwin. Ahahahahaha!" Terang Aden dengan gelak tawa.
Muka aku sudah merah menahan malu.
"Okay, what's up with Wazif ajak aku kahwin?"
"Saje aku suruh dia act macam tu. Masa zaman remaja memanglah dia suka kat kau. Tapi sebab kau asyik reject dia je, dia move on. Aku suruh dia sebab nak uji kau." Jelas Aden.
"Dan kalau aku terima dia masa tu, macam mana?"
Bebola mata Aden melihat ke atas seperti sedang berfikir.
"Em, yang tu aku tak terfikir pula sebab aku tahu kau tak akan terima. Instead, kau terima aku!" Katanya dengan nada ceria. Aku tergelak kecil.
"Okay, then kenapa kau tak datang? Penat aku tunggu kau tahu? Dua jam!" Marah aku lalu berpeluk tubuh.
"Okay, sorry. Aku nak buat suprise. Baru sweet. Lagipun memang aku suruh Wazif cakap macam tu. Aku risau tengok kau tunggu aku lama-lama."
"So kedatangan Wazif hari tu bukan kebetulan?" Tanya aku ingin kepastian.
Aden mengangguk.
Aku juga mengangguk faham
"Jadi punca aku dah tak dapat dengar pun kau juga ke?"
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "