Aku menuju ke kereta jenama Polo Volkswagen milik aku yang dibeli semasa hari jadi aku yang ke 21. Pistol aku digenggam erat di dalam poket.
Kereta aku meluncur laju keluar dari perkarangan rumah Abang Izwan pada pukul 7.00 tepat.
Selepas Hanim memberi tahu bahawa Aden berada di KL, aku mengutuskan untuk menjenguk Tok Ma. Rindu weh! Kalau aku tahu si Aden tu dah lama kat KL, dah lama aku ulang alik johor ke KL.
Selepas 3 jam memandu, akhirnya aku tiba di warung Pak Ngah. Kelihatan warung itu tutup. Memang warunf itu tidak dibuka pada waktu pagi. Kalau warung Parit Bulat, mungkin ia akan bukak pada waktu pagi dan tutup pada waktu malam kecuali malam Selasa kerana malam Selasa terdapat pasar malam.
Aku memarkirkan kereta di tepi bengkel kayu milik Tok Ma. Rumah Tok Ma makin besar. Sudah banyak renovation mungkin.
Melihatkan Tok Ma sedang sibuk menyapu halaman rumah, segera aku keluar dan memeluk erat tubuh orang tua itu.
"Tok Ma! Iz rinduuuuuuuuu sangat kat Tok Ma! Tok Ma ingat Iz tak? Iz minta maaf tak lawat Tok Ma!" Jerit aku sambil menangis.
Tok Ma kelihatan terkejut dengan tingkah laku aku yang tiba-tiba meluru ke arahnya lalu merangkul tubuhnya itu.
"Iz? Iz kawan Aden ke? Ya Allah! Tok Ma setiap hari doakan Iz balik tau! Kau pergi mana, nak? Tak sayang Tok Ma ke?" Tok Ma memegang pipi aku dan dihalakan ke mukanya.
"Iz bukan tak nak lawat la Tok Ma. Iz takut rumah Tok Ma ramai tetamu je" balas aku.
"Ramai tetamu celah mana nya? Tok Ma dengan Aden je kat rumah tau. Tu pun sekarang dia dah balik KL" Sempat Tok Ma mengilap air mata di pipi kedutnya itu.
"Ha tetamu tu lah Iz tak nak jumpa"
Tok Ma mengerutkan dahi.
"Korang gaduh ea?" Tanya Tok Ma.
"Mana adalah Tok Ma."
"Habistu? Iz tau tak lepas Iz balik tu Aden senyap je. Tak bising macam selalu. Kadang dia selalu keluar bandar, pergi kolam air panas, dengan pergi memancing bila cuti sekolah sampai sekarang" cerita Tok Ma.
Aku tergamam. Sampai macam tu sekali?"
"Eh dah lah Tok Ma. Tak nak jemput Iz masuk ker?" Usik Aku.
"Ha iya lah. Meh masuk. Borak-borak sekejap ya"
***********************
"Nanti jangan lupa jenguk Tok Ma lagi ea" kata Tok Ma lalu aku bersalaman dengan orang tua itu.
"iyo, den janji. Kalau rindu Iz call ke tak pun mesej suh datang. Tadi nak bagi number kan?" Tanya aku ingin kepastian. Takut-takut Tok Ma tak save huhu. Melepas lagi.
"Ha ado ado. Drive elok-elok!" Laung Tok Ma yang sudah jauh. Aku hanya mengangkat tangan.
Aku memasuki perut kereta Polo Volkswagen aku. Baru sahaja aku ingin keluar dari perkarangan rumah Tok Ma, ada kereta lain yang masuk menyebabkan aku terpaksa menunggu dia masuk dahulu.
Cermin hitam pada keretanya menyusahkan aku untuk melihat pemilik kereta.
Tidak lama kemudian dia keluar dari kereta. Terpaku aku melihat pemilik kereta.
Aden...
Aden kelihatan berjalan ke arah kereta aku. Aku segera pecut keluar dari perkarangan rumah Tok Ma. Apabila sudah jauh, aku menghela nafas lega. Masa ni la kau nak balik, Aden!
Aku memukul stereng kereta. Nasib baik cermin kereta aku warna hitam. Tak ada lah dia nampak siapa aku.
***********************
Aden P.O.V"Ha Aden, baru ingat nak balik?" Tanya Tok Ma.
Aku menyalam tangan orang tua itu.
"Ala Tok Ma ni. Orang sibuk kerja tahu" bela aku.
Fikiran aku masih teringat kepada pemilik kereta Polo Volkswagen tadi. Tak mungkin itu kereta Hanim. Kaya betul minah tu? Setahu aku dia ada kancil je. Naik gaji kut.
"Hm tak apa lah, nasib baik ada juga orang bersimpati nak jenguk Tok Ma ni ha" kata Tok Ma lalu mengambil penyapu.
"Ye lah, Hanim je cucu terbaik" balas aku.
"Bila masa pula si Hanim yang jenguk Tok Ma? Nak harapkan dia? Dua bulan sekali datang" bebel Tok Ma.
"Lah dah tu siapa tadi? Bukan Hanim?" Tanya aku pelik.
"Tadi tu Iz..."kata Tok Ma lalu menekup mulut. 'Eee aku dah janji dengan Iz tak nak bagitahu Aden! Haih nyanyuk dah aku ni!' getus Tok Ma di dalam hati.
"Iz, tok?! Kenapa tak cakap awal-awal? Tahu tadi Aden suruh dia turun. Patutlah bila Aden pergi kat kereta tu dia terus pecut." Getus aku panjang lebar.
"Itu masalah kamu. Bukan masalah Tok. Dah lah, dari layan kamu baik mesej Iz" kata Tok Ma lalu menapak masuk ke dalam rumah.
"Tok Ma ada nombor Iz, tok? Nakk!!" Jerit aku lalu mengikuti Tok Ma dari belakang.
"Tak boleh! Iz dah kata jangan bagi sesiapa nombor ni termasuk kucing rumah sebelah!" Tegas Tok Ma.
"Lah kenapa?" Tanya aku pula
"Dia makin cantik sekarang! Bekerjaya pula tu" puji Tok Ma.
Aku menggeleng. Walaupun aku terus menanyakan soalan, Tok Ma tetap akan memutar belitkan cerita. Baik aku mandi
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romantizm" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "