c o m e b a c k

984 75 0
                                    

Aku menggosok tudung kegemaran aku. Iaitu tudung pemberian Aden. Tudung yang berwarna kelabu dan dihiasi manik-manik.

Selesai menggosok tudung, aku memakainya. Kot aku dibetulkan sebelum turun ke bawah.

Aku melangkah ke peti ais.

Eh ada nota?


Dear Iz, 

Don't forget mesyuarat pagi ini ya? Sharp 9.00 pagi! Bye! Muah!

Your Dearest Abang,

Izwan


Aku terbatuk membaca nota tersebut. Macam mana aku boleh lupa? Ah! Tinggalkan sarapan! Segera aku mecapai barang keperluan seperti kunci kereta, dompet dan telefon. Langkah laju bergerak ke kereta Polo Volkswagen milik aku.

*************************************

Aku berlari ke bilik mesyuarat. Matilah aku! Matilah aku! Aku dah lambat! Pintu kaca itu aku buka sekuat hati. Farisya merenung aku pelik.

"Oi kenapa macam kena kejar hantu je ni?" Tanya Farisya.

Aku menghela nafas lega. Ramai juga yang belum sampai. Langkah diatur lalu aku duduk di sebelah Farisya.

"Aku fikir aku lambat tadi beb!" aku mengeluh.

"Siapa kata kau awal?" Tegur Wazif dari belakang.

Aku merenung tidak percaya. Kelihatan ahli-ahli mesyuarat sudah lama tunggu aku. Aku diperangkap ke ni??

"Maafkan saya. Saya bangun lambat" Kata aku lalu menunduk 90 darjah. 

"Apa nak jadi la pekerja kita ni. Fikir kerja ni bapak kau punya?!"Tengking Wazif lalu menggelengkan kepala.

Aku tergamam apabila perkataan 'bapak' disebut.

"Lek ah, weh. Ni pun first time kan Iz lewat." backup Abang Izwan.

"Enough. First time ke, Last time ke, ada aku kesah?" Kata Wazif dalam nada sinis.

Aku merenung geram ke arah Wazif. Dia saje je! Mentang-mentang aku tolak mentah-mentah lamaran dia, dia ambil kesempatan. Ya, Wazif bos aku. Macam mana aku boleh tidak takut nak tolak lamaran dia, sebab aku tak suka mencampurkan hal personal dengan kerja. Kalau ya pun kau marah dengan aku perlu ke nak bawak masuk sini? Ugh.

"Kau balik je la Iz. Mesyuarat dah lama habis" kata Wazif lalu menyilangkan tangannya.

Cis. Kau sengaja je! Lepas ni kau ugut aku keluar dari syarikat ni kan? Macam aku tak tahu.

Langkah aku diatur keluar.

**********************************

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30. Lunch time!

Aku berjalan menuju ke lift.

"Iz"tegur Wazif dari belakang.

Aku menoleh malas.

"Kau nak apa? Boleh tak jadi professional sikit? Jangan campur hal personal dengan kerja"

"Kalau aku tunggu habis kerja nanti kau lari."

"Hah cepat la kau nak apa?"tanya aku malas.

"Kahwin dengan aku"

AKu tergelak kecil. "Kalau aku tak nak kau nak buat apa?" Tanya aku.

"Ayah kau aku bunuh" ugut Wazif.

Aku termenung. Namun tidak menunjukkan reaksi takut.

"Oh. Ayah aku masih hidup? Aku tak kisah lah. Bunuh lah. Dia tak bermakna pun dalam hidup aku" kata aku lalu ingin beredar.

Wazif menggenggam penumbuk.

"Abang kau. Aku bunuh abang kau" ugut Wazif lagi.

"Abang aku? Wazif..."Kata aku lalu menapak ke arahnya.

"Kau tahu kan aku ni peguam cemerlang? Tak pernah sekali pun aku gagal dalam mana-mana kes? Aku pun mungkin boleh kalahkan kau. Masih nak ugut?"

Melihatkan dia berdiam diri, aku segera melangkah pergi.

Kang dia ugut nak bunuh Tok Ma la, Aden la, Hanim la, Menyusahkan aku je.

******************************

Tudung aku dibetulkan sebelum masuk ke dalam kereta. Kenyangnya!

Aku memandu menyusuri Jalan Raya. Apabila ada lampu merah, aku berhenti.

Selepas 1 minit, ia kembali hijau.

Baru ingin menggerakkan gear, enjin tiba-tiba off. Aku gelabah. Esh! Masa ni lah kau nak tertutup! Dah lah aku depan sekali!! 

Tangan aku menggigil membuka kembali enjin. Apabila sudah kembali seperti biasa, aku cepat-cepat beredar dari situ. Banyak kereta yang mengangkat tangan apabila ia sudah melepasi aku.

Ish kereta aku ni rosak ke? Lambat semacam je! Gear 4 pun lembab lagi.

Gedebuk!

Badan aku kedepan sedikit apabila ada kereta yang melanggar aku dari belakang. Okay aku tak tahu nak salahkan siapa. Salah aku juga kereta buat masalah.

Kelihatan kereta yang melanggar aku mengeluarkan tangan dan memberi isyarat supaya kereta aku diparkir ke tepi. Aduh dia nak soal siasat la tu! Namun aku turut memarkirkan kereta ke tepi.

Perlahan-lahan aku keluar dari kereta dan menunduk. Nak maki la tu! Nak maki la tu!

"Macam mana kau bawa kereta hah?! Kau guna lesen apa?! Lesen kereta beca eh?!"Tengking pemilik kereta yang melanggar aku.

Mendengarkan suara dia, aku tergamam sebentar. Seperti pernah dengar ya. Tapi di mana?

Segera aku mengangkat kepala.

Aden..

Riak wajah Aden yang bengis bertukar terkejut. Aku lebih terkejut melihat hoodie yang dipakainya. Pemberian aku! Ya Allah kebetulan betul!

Riak wajah aku segera di kawal.

"M-Maaf, encik. S-Saya bayar ganti rugi" Kata aku gagap. Pandangan diturunkan semula

"Iz.."belum sempat Aden menghabiskan ayatnya, aku memotong.

"Berapa encik nak?"

"Iz.."

"Cik jangan marah tau saya tak sengaja"

"Iz!" 

Bahu aku terhinjut apabila dia menengking aku. 

"Boleh kita cakap sekejap dekat restoran tu?" Tanya Aden lalu menunjuk ke arah Restoran tidak jauh dari sini.

"Tapi ni..." 

"Tak pe, kalau kau pergi, kau tak payah bayar"

Aku bersetuju juga. Siapa tak nak kan?

Dapat 2 in 1. 

Dapat jumpa orang yang kau sayang tanpa membayar apa-apa.

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now