PROLOG [BMLV]

6.4K 289 11
                                    

"Awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak...Hana kan?"

"Tak...saya bukan Hana encik dah salah orang." Ujar Hana cuba untuk menafikan kebenaran. Apa dia buat dekat sini?

Tatapan anak mata Noah mula tertumpu ke arah anak kecil yang sedang lena tertidur di dalam stroller.

Lantas jejaka itu tersenyum sinis. Hana pula menjadi takut jika Noah membuat rancangan untuk mengambil anaknya.

Ketika itu juga Noah memandang Hana lama sehingga tidak keruan wanita itu dibuatnya.

"Encik boleh bagi saya lalu ke?saya nak pergi check up anak saya ni." Pinta Hana dan berharap agar lelaki di hadapannya berganjak ke tepi.

Lelaki itu segera memberi laluan kepada Hana masuk namun dia mengikuti langkah Hana dari arah belakang yang membuatkan Hana mengetap giginya dengan penuh geram.

"Kenapa encik ikut saya?" Tanya Hana sedikit kasar.

"Salah ke kalau saya ikut isteri saya sendiri?" Balas Noah sambil tangannya disilangkan di dada.

"Encik salah orang saya tak pernah pun jadi isteri encik!" Sedaya upaya Hana cuba mengelak dari memberitahu perkara yang sebenar.

"Tapi hati saya kuat mengatakan yang awak pernah hadir dalam hidup saya." Lembut suara itu berkata.

"Apa-apa jelah! Encik ni memang tak faham bahasa melayu kan? Kalau encik nak sangat ikut, saya tak kisah pun!" Bentak Hana, yang akhirnya mengalah.

Kalau diikutkan hati, Hana teringin sangat Noah mengikutinya ketika itu namun dia cuma takut jika ibu Noah tahu yang dia mungkir janji. Dia takut kalau dia dicaci atau dimaki hamun itulah apa yang dia selalu fikirkan.

"Sure. Sebenarnya saya lebih suka bila bersama awak. Jom biar saya tolong tolak stroller ni."

"Tak apa encik. Saya cuma benarkan encik ikut saya bukan bantu tolak stroller ni! Saya tahu dah bermacam-macam teknik penipuan untuk menculik anak zaman sekarang jadi encik tak payah baik hati sangat tolong orang yang encik tak kenal."

"Muka saya sebiji macam penculik ke? Saya tak ada niat pun nak culik anak secomel ni. Dan awak rasa saya sedang tolong orang yang saya tak kenal ke sekarang ni?"

"Saya malas nak bercakap dengan encik sebenarnya."

"Itu maksudnya awak memang tahu siapa saya cuma awak sahaja yang menafikan."

Walaupun hakikatnya apa yang dikatakan Noah itu betul tapi Hana masih tetap tidak mahu mengaku.

Pada masa yang sama telefon Noah berbunyi dan dia segera menyambut panggilan itu. Kedengaran keluhan kecil sebaik sahaja dia menamatkan panggilan.

"Im sorry sebab saya tak jadi ikut awak. Ada hal mungkin lepas ni saya akan teman awak dengan Niel. Sorry sayang."

"Saya tak kisah pun memang saya lebih gembira bila encik tak muncul di depan mata saya. Lebih baik encik pergi uruskan hal encik tu daripada sibuk melayan orang yang encik tak kenal."

Hana menahan perasaan sedih di dalam hatinya. Dia cuma berlakon seperti dia tidak mengenali Noah walhal dalam hatinya dia mahu sangat suaminya itu mengenali siapa dirinya kerana anak mereka, Niel perlukan ayahnya.

"Jangan nafikan perkara yang benar. Awak tak rasa Niel perlukan papanya ke?"

Hana amat terkejut apabila Noah bertanya soalan itu. Macam mana dia tahu? Dia dah ingat siapa saya ke?

Noah perasaan akan wajah Hana yang berubah. Walau macam mana sekali pun dia tetap tidak boleh ditipu kerana ingatannya sudah pulih separuh.

Hana tidak membalas soalan Noah sebaliknya dia terus melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Tak mungkin dia dah ingat siapa aku?



🍀🍀🍀

[CAUSE IM THE DREAMER,
AND YOU'RE THE DREAM]

[CAUSE IM THE DREAMER,AND YOU'RE THE DREAM]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Hope ada yang sudi baca karya kedua [TheZainOfficial]

Siapa yang jumpa buku ni bolehlah share dekat kawan kawan korang. Saya perlukan sokongan dari korang untuk terus mengupdate cerita ini.

Vote comment juga amat dialu-alukan. Saya tak kisah pun kalau korang nak jadi silent readers sebab tu hak kamu dan saya tak suka paksa nak suruh vote lah comment ke apa yang penting korang ikhlas untuk baca cerita ni dah cukup untuk saya.❤

Lagi satu segala kekurangan pada buku ni saya akan cuba
untuk perbaiki.

Dah tekan butang read baca sampai habis kalau nak tahu kisah lebih lanjut.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now