Bab 6

2.3K 203 10
                                    

Datin Kylie bergegas menuju ke bilik Noah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Datin Kylie bergegas menuju ke bilik Noah. Dia hampir sahaja terlupa untuk membuka gambar-gambar perkahwinan Noah dan Hana di dalam bilik anaknya itu.

Datin Kylie mengambil semua gambar perkahwinan itu lalu dimasukkan ke dalam satu kotak besar dan dia menyorokkan kotak itu di bawah katil Noah. Dalam hati dia sudah berharap agar perbuatannya itu tidak dihidu oleh Noah suatu hari nanti.

Datin Kylie berpura-pura mengemaskan bilik tidur anakya itu tatkala mendengar suara Noah dan Davika yang baru sahaja sampai.

"Davika...I have something to tell you. Noah kamu naik atas dulu," arah dato Vincent, iaitu ayah Noah.

Noah sekadar mengangguk dan sempat memberikan Davika senyuman sebelum dia naik ke tingkat atas.

"Ada apa dato panggil Davika?" tanya Davika. Muka dato Vincent yang begitu serius itu membuatkan dia berasa berdebar.

"Panggil uncle je. Uncle panggil ni cuma nak ingatkan Davika yang Davika hanyalah isteri palsu kepada Noah dan itu bermaksud Davika tidak mempunyai sebarang ikatan yang SAH dengan Noah. Jadi, uncle nak Davika berasingan bilik tidur dengan Noah. Peraturan tetap peraturan sebab uncle tak nak ada masalah yang lebih teruk terjadi. Lagipun Noah belum lagi lafazkan cerai kepada Hana dan itu bermakna mereka masih mempunyai status sebagai suami isteri. Tentang apa yang Davika beritahu uncle dan mama Noah tempoh hari perangai sebenar Hana tu, uncle nak bukti yang kukuh," serius sahaja dato Vincent berkata ketika itu.

Bagaikan kaca yang terhempas sebaik sahaja Davika mendengar apa yang diungkapkan oleh dato Vincent itu. Tidak sangka tidak semudah begitu dato Vincent mempercayai kata-katanya.

Davika berasa dirinya bagaikan kaku untuk seketika. Lidahnya juga terasa keluh untuk berkata. Otaknya pun ligat memikirkan apa jawapan yang patut dia berikan kepada ayah Noah.

"Err...baiklah uncle. Saya akan patuhi peraturan itu," kata Davika namun dia tidak berani memandang wajah dato Vincent yang garang bak seperti singa.

Dato Vincent hanya menganggukkan kepalanya sebagai balasan lalu dia pun melangkah menuju ke bilik kerjanya.

Davika mulai berasa resah. Macam mana dia nak buktikan kepada dato Vincent yang Hana tu sebenarnya ingin menumpang kekayaan keluarga mereka. Adakah dia yang sendiri terjerat dengan permainannya itu?

"Davika kamu kenapa masih tercegat di sana?" panggil datin Kylie dari tingkat atas.

Davika lantas memberikan senyuman nipis dan terus melangkah menuju ke arah datin Kylie.

"Kamu tolong tengokkan Noah ya. Dia sedang berehat di dalam bilik. Sementara tu mama nak masak dahulu kalau Davika nak bantu mama pun boleh juga," kata datin Kylie.

"Davika pergi temankan Noah sekejap lepas tu nanti Davika turun bantu mama sediakan makanan ya," balas Davika penuh lembut seraya tersenyum.

Noah menyandarkan tubuhnya di kerusi. Kepalanya yang mulai berdenyut diurut perlahan. Segera dia menoleh ke arah pintu apabila terdengar tapak kaki melangkah masuk ke dalam biliknya.

"You okey ke ni?mari sini biar I urut kepala you tu. Kesian hubby I,"

"Its okey. Tak sakit mana pun lagipun saya boleh buat sendiri. Awak pun mesti penat kan sebab temankan saya di hospital setiap hari pergilah rehat dulu," balas Noah dengan lembut. Tangan Davika digosoknya perlahan.

"Betul you tak nak I tolong urut?" tanya Davika lagi.

Noah sekadar mengangguk sambil tersenyum.

"Okeylah kalau macam tu. I pergi tolong mama dulu dekat dapur. Kalau you nak apa- apa panggil I je,"

Davika pun berlalu keluar dari bilik Noah. Matanya memandang disekeliling manalah tahu ternampak dato Vincent yang orangnya tegas. Mujurlah tak ada kalau tak habis aku kena soal siasat untuk kali kedua lagi.

Noah berdiri dari tempat duduknya lalu menuju ke katil. Telefonnya diambil untuk menghilangkan rasa bosan sementara.

Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya dan dalam masa yang sama dia berasa pelik apabila memandang wallpaper telefonnya. Gambar dia bersama dengan seorang perempuan tetapi yang peliknya perempuan yang bersama dengannya itu bukan Davika.

Berkerut dahi Noah ketika itu.
Siapa pula perempuan ni?aku ni playboy ke apa?

Noah terus sahaja menukar gambar wallpaper telefonnya. Selepas itu gallery telefonnya pula dibuka.

Bukan main terkejut dia bila gallery dia dipenuhi dengan gambar dia bersama dengan perempuan di wallpapernya tadi.

Satu per satu gambar dilihat sehinggalah dia terhenti apabila ternampak gambar dia bersama dengan perempuan itu memakai baju pengantin.

Dia memandang lama wajah perempuan di dalam gambar itu yang tersenyum manis. Dia pula memeluk pinggang perempuan itu dengan senyuman yang manis.

Apasal pula muka isteri aku tak ada tapi gambar perempuan yang aku tak kenal pula yang ada dalam gallery aku ni. Pelik.

Dua hati sama ada ingin memadam gambar tersebut ataupun tidak.Nak padam atau pun tak?kalau isteri aku nampak ni memang aku yang kena tapi aku nak tahu siapa sebenarnya perempuan ni.

Noah memilih untuk tidak memadam gambar itu.Telefon ditutup dan disorokkan ke satu tempat supaya Davika tidak meminta untuk melihat telefonnya itu pada bila-bila masa sahaja.

Aku nak tahu siapa sebenarnya perempuan tu?

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now