Bab 57

1.3K 76 1
                                    

Wajah Hana berubah tatkala melihat kehadiran ibu mentuanya di villa keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wajah Hana berubah tatkala melihat kehadiran ibu mentuanya di villa keluarganya.

"Sayang...sembanglah dengan mama dulu. Dont worry everything will gonna be fine," bahu Hana diusap lembut oleh Noah.

Hana tersenyum kecil seraya menggangguk walhal dalam hati dia sudah berdebar-debar apabila berhadapan dengan datin Kylie.

Datin Kylie yang baru ingin membuka mulut terhenti apabila Davika terus sahaja memeluk tubuh wanita separuh abad itu.

"Auntie...how are you?Davika rindu sangat auntie," rengek Davika. Datin Kylie menahan geram dalam hati. Badan Davika ditolaknya perlahan supaya menjauhkan dirinya.

"Davika buat apa dekat sini?" ujar datin Kylie penuh kehairanan. Takkan nak buat plan pula?sudah-sudahlah dulu dia fitnah Hana macam-macam. Nasib baik saja Theo jumpa aku hari tu dan ceritakan semuanya. Kalau tak mungkin keadaan akan bertambah semakin buruk.

"Sepatutnya Davika yang tanya soalan ni dekat auntie?kenapa Davika tengok auntie macam dah berubah?is it because of me?" ujar Davika.

"Davika please stop. Auntie tak ada masa nak berbual dengan Davika. Kalau dulu Davika selalu gunakan auntie supaya plan Davika tu berjaya tapi maaf untuk kali ini auntie tak akan tertipu lagi," nada serius datin Kylie itu membuatkan Davika rasa tercabar.

Namun Davika pandai menyembunyikan kemarahannya di hadapan orang. Dia harus mengawal tingkah lakunya sehingga rancangannya itu berjaya. Tidak kiralah mengambil masa yang lama atau cepat dia tetap menunggu.

"Argh!" jerit Davika seraya memegang perutnya. Semua yang berada di villa itu terkejut.

"Davika. Are you okey" tanya Hana kehairanan. Tadi okey je tetiba pula menjerit.

"Pe-perut aku sakit. Aku nak pergi tandas kejap," Davika segera berlari meninggalkan kawasan luar villa. Itu sahaja cara yang dia ada untuk tidak berlama-lama berdiri di hadapan datin Kylie.

Kurang ajar!mulut siapalah yang jalang sangat pergi buka rahsia yang aku sembunyikan hampir setahun. Pelakunya mesti orang yang ada dalam villa ni juga!jangan sampai peristiwa di hotel tempoh hari pun diketahui malang nasib aku nanti.

Davika menggepal buku lima dengan erat. Kemarahannya semakin membuak-buak apabila satu per satu rahsianya terbongkar. Aku akan cari orang tu sampai di lubang cacing. Tunggu!

Dahi Hana berkerut. Apa yang Davika dah buat selama ini?kenapa mereka seperti menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan aku?

"Hana jangan lupa datang di rumah malam ni ya. Mama nak beritahu banyak perkara pada Hana. Tapi sebelum tu mama nak minta maaf apa yang mama dah buat selama ini pada Hana. Im really sorry,"

Hana memandang raut wajah datin Kylie. Senyuman nipis diberikan kepada ibu mentuanya. Memang susah untuk dia lupakan apa yang terjadi selama ini namun dia tetap memaafkan orang yang sudah berulang kali melukai hatinya.

"Tak apa mama. Hana maafkan," balas Hana ringkas namun kata-kata itu diungkapkannya dengan penuh keikhlasan di dalam hati.

Tubuh Hana lantas didakap oleh datin Kylie. Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Walaupun Hana sudah memaafkan dia namun perasaan rasa bersalah tetap menyelubungi dirinya.

Memang mudah untuk seseorang memaafkan kesalahan orang lain namun kesalahan itu sukar untuk dilupakan sampai bila-bila.

"Mama harap sangat Hana dapat datang di rumah malam ni. Bawa baby Niel sekali ye. Mama nak luangkan masa dengan cucu mama. Terima kasih Hana dah maafkan mama walaupun mama tahu kesalahan mama dulu tu amat berat untuk Hana lupakan," Datin Kylie hanya mampu tersenyum nipis.

"Its okey. Lagi pun perkara tu dah lama berlaku. Mama jangan risau ya malam ni Hana datang di rumah," ujar Hana.

"Kalau macam tu mama minta diri dulu. Malam ni kita sembang lama-lama. Mama dah rindu sebenarnya dekat menantu mama ni," datin Kylie mengukir senyum. Dalam hatinya gembira tak terkata kerana dapat berbaik semula dengan Hana.

Sementara menunggu isterinya yang berbual dengan ibunya Noah menemankan Niel yang sedang menonton rancangan kartun di ruang tamu villa.

Davika yang turut menuju ke ruang tamu berpura-pura mengambil tempat duduk di sebelah Noah.

"Noah. You tak penat ke?jaga Niel lepas tu you pergi kerja lagi?hari-hari I nampak you lebih banyak bersama dengan Niel berbanding isteri tercinta you tu," ujar Davika lalu menjeling Niel sekilas.
Perasaan bencinya terhadap anak kecil itu semakin membuak-buak.

"Kau tak payah nak menyibuk dengan hal keluarga aku Davika. Aku nak tanya apa sebenarnya motif kau berada di villa ni?" soalan dari Noah itu membuatkan Davika tersenyum sinis dalam diam.

"Motif?kenapa pula you tanya I soalan macam ni?tapi I rasakan I happy sangat sebab nampak muka you setiap hari. Noah
awak ingat lagi tak janji kita masa di Eiffel Tower dulu?awak kata awak tak akan pernah tinggalkan saya. Saya pegang tau janji tu," ujar Davika.

Noah tersenyum sinis. Ecewah janji bagai ya. Kepala otak kau janji.

"Kalau macam tu aku pun pegang tau penipuan kau hari tu. Selama ini aku tak pernah pun berjanji dengan kau kalau kau tak gunakan mulut kau tu untuk memfitnah orang. You got it?"

Wajah Davika terus berubah. Kurang ajar!macam mana semua orang tahu tentang fitnah tu?

"Sorry, I tak faham maksud you Noah,"

"Just talk with your own mouth. Buang masa aku je layan kau," Noah yang baru ingin berdiri dari tempat duduk terhenti apabila Davika bersuara.

"Awak yakin ke Hana sayang awak?awak yakin ke dia tak akan tinggalkan awak?sebab dia ada beritahu saya dulu yang dia akan pergi jauh dari awak selepas sahaja anak korang lahir. And now dia hanya perlu cari masa yang sesuai untuk pergi dari hidup awak. You want yo know why?sebab dia nak kawan dia bahagia,"

Noah terdiam sejenak. Tak mungkin!

"Kalau awak tak percaya dengan apa yang saya cakap awak tengok sendiri seminggu selepas ini," usai berkata Davika pun terus berlalu meninggalkan Noah bersama satu senyuman penuh kejahatan.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now