Noah menatap lama wajah Davika sehingga membuatkan gadis itu menjadi tak keruan.
Dari tadi dia asyik pandang muka aku. Ada something ke yang tak kena dekat wajah aku ni. Bisik dalam hati Davika dengan pelik."Err...you..." panggil Davika perlahan.
Terus Noah mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia sebenarnya tengah berfikir siapa sebenarnya Davika ni. Kalau dia memang isteri aku kenapa dia tak tidur sebilik dengan aku?malah tak ada satu pun gambar perkahwinan aku dan dia di dalam bilik.
Pelik. Ya memang pelik apatah lagi bila dia melihat gallery di dalam telefonnya yang kebanyakannya gambar dia bersama dengan perempuan lain. Siap ada gambar wedding lagi. Membuatkan banyak persoalan yang menganggu fikirannya dari hari ke hari.
"You okey tak ni?I nampak macam you tak sihat?I tolong ambilkan air dulu ya," kata Davika lalu mengusap lembut bahu Noah.
"Its okey. Im fine," balas Noah ringkas. Dia kemudian berlalu meninggalkan Davika di ruang tamu.
Saat ini dia merasakan kepalanya mulai berdenyut namun dia cuba mengawal dirinya ketika itu. Segala masalah yang difikirnya saat ini dilupakan buat seketika.
Noah kemudian membaringkan badannya di atas katil lalu cuba untuk melelapkan matanya.
Davika mengerutkan dahinya. Apa yang tak kena pada Noah pun dia sendiri tidak tahu.
Takkan kot dia dah sembuh arh mustahil begitu cepat!Davika cepat-cepat menyembunyikan perasaan risaunya apabila melihat dato Vincent dan datin Kylie yang baru balik dari kerja.
"Noah di mana?" tanya dato Vincent tanpa senyuman. Selama ini tidak pernah lagi Davika melihat ayah Noah tersenyum ke arahnya malah wajah serius itu sahaja yang dilihatnya setiap hari. Nampak sangat dato Vincent tidak begitu senang dengan kehadiran Davika di dalam villa itu.
"Dia ada kat bilik," balas Davika.
"Lah kenapa tak temankan dia di sana?" kata datin Kylie.
"Tak payah!saya tengok Noah perlukan masa untuk pulih seperti sedia kala. Saya rasa fikiran dia tengah bercelaru ketika ini dan tolong jangan buat dia semakin sakit untuk mengingati sesuatu," tegas sahaja dato Vincent berkata.
"Apa masalahnya kalau Davika temankan Noah. Kalau Noah rasa dia seperti diabaikan oleh isteri sendiri apa kita nak jawab nanti?" kata datin Kylie seraya menjeling tajam ke arah suaminya.
"Davika hanyalah isteri palsu Noah!tak ada kena mengena dengan isteri kedua Noah atau sebaliknya dan yang saya tahu hanya Hana yang pernah menjadi isteri Noah. Itupun belum cerai lagi!" balas dato Vincent dengan geram. Perangai isteri dia ni pula makin menjadi-jadi sejak adanya Davika di villa mereka.
Datin Kylie semakin bengang dengan perangai suaminya.
"Kau tak ingat ke apa yang Davika kata pada kita tempoh hari. Hana tu hanya berpura pura baik di depan kita dan dia hanya menumpang kekayaan kita. Tak ke kesian anak kita tu hanya dipermainkan oleh Hana?think it properly!" bentak datin Kylie lagi.
Davika hanya mendiamkan dirinya. Sungguh kejamnya dia kerana sudah memfitnah Hana, kawan baiknya sendiri. Tapi dia buat semua ini kerana dia inginkan kebahagiaan seperti yang Hana lalui. Dia cemburu melihat kawan baiknya itu yang membesar dengan kasih sayang yang secukupnya.
Dia pula membesar dengan kata cacian dan deraan. Tak pernah diberikan kasih sayang dari seorang ibu sejak dia dilahirkan.
Apakah dosanya?"Hana tetap menantu saya dan dia tetap isteri kepada Noah. Saya bukan orang yang mudah tertipu atau mudah mempercayai apa yang orang kata sebab saya dah berulang kali pernah lalui keadaan seperti ini dan saya TAK AKAN mahu perkara seperti ini berulang lagi!" suara dato Vincent semakin meninggi.
Datin Kylie terdiam. Tak mungkin apa yang dikatakan Davika tempoh hari itu hanyalah satu penipuan. Kenapa suaminya seakan akan tidak suka akan kehadiran Davika dalam keluarga mereka.
Setelah dato Vincent berlalu pergi barulah Davika bersuara.
"Erm mama Davika pulang dahulu ya. Kalau Noah cari Davika nanti cakap je yang Davika ada hal nak buat," pinta Davika.
"Davika nak pulang?kan tidur dalam rumah ni pun boleh. Tak payah susah susah," kata datin Kylie. Davika menggelengkan kepalanya.
"Tak apalah mama, Davika ada sedikit hal nak buat esok Davika datang lagi ye,"
"Kalau macam tu okeylah. Hati-hati dalam perjalanan ya. Bawa kereta tu jangan laju sangat," pesan datin Kylie dengan lembut.
Davika tersenyum. Dalam hatinya dia gembira kerana dapat menumpang kasih sayang pada datin Kylie. Akhirnya terasa juga dia layanan yang baik dari seorang ibu.
"Baiklah mama. Davika pulang dulu ya,"
Dalam perjalanan pulang ke rumah Davika asyik terfikir akan kata-kata dato Vincent yang sedikit sebanyak membuatkan dia berasa gelisah.
Dia mengetap bibirnya dengan geram. Apasal aku terlalu bodoh buat hal dengan keluarga tu?betullah apa yang Rayden kata tempoh hari keluarga Noah tidak semudah begitu untuk diperbodohkan.
Tapi kenapa datin Kylie senang mempercayai kata katanya?
Davika mendapat satu idea. Dia tersenyum dalam hati. Harap harap dia berjaya dengan rancangan seterusnya. Aku akan buat apa sahaja untuk kekalkan kebahagiaan ini.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...