Bab 26

2K 123 2
                                    

Hana hanya diam sepanjang dalam perjalanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hana hanya diam sepanjang dalam perjalanan. Nick pula tidak berani berbual dengan Hana. Dia pun ikut diam sehinggalah sampai di perkarangan villa keluarga Livingston.

"Nick...Daniella pulang pukul berapa hari ini?" tanya Hana. Kalau Theo rasanya mungkin lambat sebab perlu uruskan T&N hospital.

"Dia pulang lewat sedikit. Mungkin sekitar pukul 8 malam begitu," balas Nick.

Hana mengangguk. Dia bertanya sebab dia ingin merancang masanya untuk pergi ke airport seperti yang diminta oleh datin Kylie.

Hana secara senyap berjalan di sekitar villa kerana dia perlu mencari jalan bagaimana dia hendak keluar nanti. Kalau guna pagar depan memang bahaya namanya. Matanya tertancap pada satu gate kecil di bahagian belakang rumah. Mungkin aku boleh guna jalan ni. Fikirnya dalamhati.

Maafkan aku Daniella aku terpaksa pergi dari sini tanpa pengetahuan kau. Mungkin juga aku tak boleh berlama lama di villa ni sebab aku yakin diri aku sangat menyusahkan. Lebih baik aku ke luar negara dan cuba mencari ketenangan yang lebih baik di sana. Itupun kalau aku dapat.

Semua peralatan penting terus dimasukkan ke dalam bagasi termasuklah pakaian.

Selesai sahaja dia membuat persediaan Hana pun mengemaskan tempat tidurnya. Semua almari dikosongkan sebab barang dia tak berapa banyak.

Setelah dia memastikan semuanya sudah selesai dia pun duduk di tepi katil sambil menunggu masa berlalu.

Datin Kylie menghubungi Hana apabila jam menunjukkan 6:30 p.m.

"So macam mana?dah sedia. Jangan cuba nak lari pula. Awas tau!" datin Kylie memberi arahan.

"Saya dah selesai datin. Tepat pukul 7 malam saya keluar dari rumah," balas Hana dengan rasa sedih yang teramat. Sungguh dia rindu sebenarnya dengan cara layanan datin Kylie terhadapnya dulu namun kini telah pun berubah sekelip mata.

Kedengaran tawa halus datin Kylie di corong telefon. Gembira tak terkata bila rancangannya menunjukkan hasil yang berkesan. Rancangan ini juga pasti memberikan manfaat kepada Davika dan dirinya sendiri.

"Baguslah kalau macam tu. Sekarang ni aku ada dekat airport. Jejak kau aku sentiasa perhatikan sampailah kau masuk ke dalam balai pelepasan!ingat jangan cuba nak lari pula!"

"Baiklah datin," balas Hana pasrah. Apa yang datin Kylie suruh dia hanya ikut kerana dia lakukan semua ini demi Noah dan anak mereka. Kalau dia ingkar arahan datin Kylie nanti Noah pula yang terkena. Jadi dia harus berkorban untuk seseorang yang penting dalam hidunya.

Masa pun terus berlalu dengan pantas. Hana menarik bagasinya perlahan. Nasib baik sahaja tak berapa berat sebab hanya keperluan yang sangat penting sahaja dibawanya memandangkan perutnya sudah mulai membesar jadi dia tidak boleh buat kerja berat.

Setelah memastikan keadaan sekeliling selamat barulah dia bergerak menggunakan pintu belakang villa.

Hana lantas menyorokkan dirinya di belakang pintu apabila ternampak beberapa orang pengawal yang sedang meronda di sekeliling villa. Itu sudah menjadi rutin seharian pengawal yang bertugas di villa ini.

Setelah keadaan kembali selamat dia pun membuka pintu perlahan dan ditutup semula. Langkah dilajukan menuju ke arah pagar belakang.

Maafkan aku Daniella. Aku terpaksa pergi. Hana sempat memandang villa yang didiaminya selama 2 bulan itu sebelum berlalu pergi dengan perasaan yang sungguh sebak dan hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia pergi untuk meninggalkan villa yang menjadi tempat dia berteduh buat sementara waktu.

***

Datin Kylie berpeluk tubuh. Dia memandang Hana yang sudah pun sampai di lapangan terbang.

"Good luck. Semoga dapat suami di sana nanti. Aku doakan supaya ada yang nak jadi bapa kepada anak dalam perut kau tu," sindir datin Kylie dengan sinisnya.

Hana menahan rasa dalam diam. Dimanakah datin Kylie yang dia kenal dahulu. Kenapa berubah sejauh ini. Setiap kali berjumpa hanya kata cacian dan hinaan yang dia dengar. Tak ada lagi suara lembut datin Kylie yang selalu dia dengari dahulu.
Semuanya telah berubah begitu saja.

Hana sudah tidak sanggup mendengar kata- kata yang akan keluar dari mulut datin Kylie jadi lebih baik dia pergi daripada berlama-lama berdiri di hadapan datin Kylie.

Harapan saya dah hancur. Mungkin kita berdua tidak ditakdirkan untuk bersama atau mungkin jodoh awak dan Davika kuat.
Tak mengapa saya harap awak dan Davika bahagia. Kalau saya bertahan pun tak akan dapat sama sekali. Mungkin saya tak berhak untuk bersama dengan awak.

The saddest part of life is saying goodbye to the one you wanted to spend the rest of yours day and its you Noah.

Datin Kylie mendail nombor Davika. Beberapa saat kemudiaan panggilannya disambut.

"Hye mama dah rindu ke. Awal sangat mama call Davika," suara Davika kedengaran begitu riang sekali

"Rindu tu memang lah. Tapi mama ada satu berita gembira. Mama yakin Davika pasti suka!nak tahu tak mama berjaya ugut Hana sekali lagi. Dan sekarang dia dah berlepas ke Thailand. Lepas ni Noah pasti tidak akan tertanya tanya lagi dan inilah kesempatan yang Davika harus guna untuk ambil hati Noah," kata datin Kylie bersungguh sungguh.

Davika tersenyum suka. Wow!datin Kylie memang amazing.

"Really?thanks ya mama. Hana tu tak patut berada di sini. Nanti banyak duit orang yang dia habiskan. Dia kan tukang kikis duit eloklah dia pergi jadi gold digger di Thailand," balas Davika sempat ketawa mengejak.

Betapa gembiranya dia saat ini. Kalau macam ni aku akan pulang selepas dua minggu berada di Sabah. Tak sabar nak bersama dengan Noah lagi.

"Memang sesuai sangat si Hana tu berada di sana.Kenyanglah dia duit dekat sana. Davika tak payah risau lagi selepas ini. Plan kita mesti diteruskan sebelum ingatan Noah pulih. Kalau dia dah pulih kita mungkin tak boleh buat apa-apa lagi," ujar datin Kylie.

"Baiklah mama. Davika akan sentiasa berusaha. Mama tak perlu risau,"

"Kalau macam tu mama nak off dah ni. Ada masa nanti mama call lagi. Jaga keselamatan dan kesihatan di sana selalu," datin Kylie sempat berpesan kepada Davika.

"Baiklah mama," balas Davika.

Setelah panggilan ditamatkan Davika bersorak keriangan. Aku rasa akulah orang yang paling happy di dunia sekarang ni. Hana walau macam mana sekali pun kau tetap akan jatuh di tangan aku.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now