Datin Marlinda menyilangkan kakinya. Dia kelihatan begitu tenang duduk di atas sofa sambil menunggu keputusan dari Rayden.
Tidak berapa lama kemudian Rayden bersama dengan datin Zara datang di rumah banglo mewah itu dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
"Jadi macam mana dengan keputusan tu?" soal datin Marlinda. Teh panas sempat dihirupnya perlahan.
"Semua dalam keadaan baik. Nampaknya dato Austin Livingston tu macam tinggal nyawa-nyawa ikan je. Alat bantuan pernafasan je yang membantu orang tua tu sekarang. Kita akan cari plan baru untuk bunuh terus dia. Menyusahkan je!disebabkan syarikat The Livingston Family lah kita tak boleh melabur dengan syarikat lain. Dari dulu hingga sekarang syarikat tu berdiri dengan gahnya. Nampaknya datin Evelyn masih berdendam!" ujar datin Zara.
Datin Marlinda menghempas kuat majalah yang dipegangnya. Bercakap mengenai musuh pertamanya iaitu datin Evelyn membuatkan api kemarahannya membuak-buak.
Suami datin Evelyn kini berada di ICU apakata lepas ni datin Evelyn juga masuk di tempat itu. Biar kedua-dua pasangan itu sakit dan mati bersama sama.
"Di mana hospital dato Austin Livingston ditempatkan?saya dengar hopsital dia ditukar. Betul kan?" ujar datin Marlinda.
"Dia berada di hospital T&N sekarang. Kita hanya dapat guna orang suruhan kita untuk masuk ke dalam wad ICU dato Austin Livingston sebab kalau kita yang pergi ke sana memang bahaya. Lagipun hospital tu milik menantu datin Eveleyn. Tapi jangan risau masih banyak rancangan yang kita boleh buat," kali ini Rayden pula yang membalas.
"Davika ada di villa tu sekarang. Saya yakin dia juga mesti ada rancangan tersendiri. Kita boleh gunakan Davika untuk buatkan plan kita berhasil," kata Rayden lagi.
Datin Marlinda menatap tepat ke arah anak mata milik Rayden. Datin Zara cepat-cepat memberi anaknya itu isyarat supaya jangan libatkan Davika dalam hal mereka. Mahu merana nanti datin Marlinda.
"Takdelah auntie. Rayden gurau je pun tadi tu. Tak anggap serius pun," kata Rayden cuba untuk mengawal perasaan datin Marlinda.
Datin Zara lantas bersuara cuba untuk mengawal keadaan kerana dia tahu kakaknya itu pasti berada dalam kemarahan. "Mar...macam mana dengan plan kita seterusnya?" ujarnya.
Datin Marlinda menjeling sekilas ke aran datin Zara sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. Rayden hanya diam malas sebenarnya dia nak masuk campur perbualan orang tua.
"Langgar je lah!apa susahnya?baguslah kalau dia masuk ICU dengan suami dia sekali kat sana tu. Selagi dia tak pupus dari muka bumi ni selagi tu lah syarikat kita meleset berterusan. Saya tak nak syarikat family kita ni jatuh begitu sahaja disebabkan orang yang bernama Evelyn!Rayden kau paksa Davika balik!auntie tak mahu dia ada kat situ!make sure hari ini juga dia ada kat depan mata aku ni,"
Rayden pula yang berasa geram tika ini. Anak kau tu juga musuh pertama aku. Hell no. Aku tak boleh kalau dia muncul semula di depan mata aku. Bisik dalam hatinya.
"Auntie...auntie pun bukannya tak tahu kan Davika tu ada plan kat sana. Mana tahu rancangan dia tu juga boleh membantu kita.
Kalau dia berdendam dengan Hana mestilah dia juga akan berdendam dengan datin Evelyn atau pun satu keluarga The Livingston tu dia akan musnahkan. Boleh jadi juga," ujar Rayden.Datin Marlinda tersenyum penuh sinis. "Betul juga tu. Baguslah!biarkan je si Davika tu di sana. Saya tak berharap sangat pun dia akan balik ke sini. Buat semak je ada anak macam tu!sama je perangai dengan ayah tak guna dia!"
Datin Zara dan anaknya berpandangan antara satu sama lain."Kak tak perlu lagilah fikir tentang Davika tu. Kalau dah memang dia nak stay dekat villa Livingston biarkan jelah. Buat otak serabut je fikir perempuan tu. Memang dari dulu tak pernah lepas dari menyusahkan keluarganya," tambah datin Zara pula.
"Sudah!tidak perlu lagi bercakap tentang dia. Apa yang penting sekarang ni kita perlu fokus pada datin Evelyn. Kalau kita tak boleh lumpuhkan dia dalam masa terdekat ini syarikat kita yang akan jatuh. Jadi Rayden kau kena bertindak cepat!"
"Tak ada masalah. Aku boleh selesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. You know me well right auntie?aku boleh buat semuanya," terasa bangga pula dengan dirinya sendiri ketika itu mujur sahaja tidak ada pelempang yang datin Marlinda berikan kepadanya.
"Auntie tak nak mulut banyak bicara tapi no action!"
"Simple je tu. Rayden boleh mulakan game sekarang. Watch me," sejurus berkata Rayden terus keluar dari banglo mewah milik keluarga datin Marlinda.
Rayden sudah tersenyum seorang diri memikirkan wang yang akan diberikan kepadanya sebagai ganjaran jika dia dapat membuatkan rancangan datin Marlinda berhasil.
Fuh!memang kayalah aku dengan duit sebanyak RM10,0000 tu nanti. Ah!tak sabar rasanya nak cepatkan misi aku.
Rayden terus masuk ke dalam keretanya sambil bersiul-siul. Enjin kereta dihidupkan dan tidak berapa lama kemudian kereta BMW itu mula meluncur jauh membelah jalan.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
Storie d'amoreHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...