Bab 4

2.5K 194 1
                                    

Rayden mengambil botol wine di dalam peti sejuk lalu di teguknya rakus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rayden mengambil botol wine di dalam peti sejuk lalu di teguknya rakus. Matanya pula mencerlung tajam ke arah Davika, iaitu saudaranya.

"Kau bukannya tak tahu kan yang keluarga kita benci keluarga lelaki tu!kau pula yang terhegeh-hegeh ambil kesempatan dekat lelaki tu. Kau ingat dia mudah diperbodohkan walaupun dia hilang ingatan ke atau kau ni memang tak ada otak ke apa?" bentak Rayden dengan penuh geram. Sudah hilang kesabarannya apabila melayan Davika yang keras kepala tahap dewa.

Davika menundukkan kepalanya. Sakit hatinya kerana setiap yang dia inginkan mesti dihalang oleh keluarga dan saudaranya kecuali ayahnya, iaitu dato Wilson Emerson.

Ayahnya satu satunya yang selalu memberikannya sokongan dan menjaga makan dan minumnya setiap hari. Sejak kecil ayahnya jugalah yang banyak mengambil berat akan dirinya. Ibunya?kalau sehari mesti layanan yang diberikan kepadanya tak tumpah seperti sampah yang dipijak sana sini. Tak pernah langsung dia dianggap anak oleh ibu kandung sendiri.

"Aku tak akan sesekali tinggalkan keluarga sebaik mereka sebab aku yakin keluarga tu mampu membahagiakan Davika. Kalau Rayden nak halang sekali pun Davika tetap tak akan dengar," balas Davika yang tetap dengan pendiriannya.

Ini hidup aku. Mereka tak boleh kawal apa yang aku nak buat dengan sesuka hati. Kalau mereka bencikan keluarga Noah sekali pun at least aku tak pernah benci keluarga tu.

Rayden mendengus geram mendengar setipa balasan dari Davika itu. Kalau boleh nak juga dia bagi saudaranya itu makan penampar biar dia sedar sikit.

"Ceh!kau yakin diorang mampu bahagiakan kau bila diorang dapat tahu penipuan kau tu!aku dah bagi peringatan dari awal lagi yang jangan buat hal dengan keluarga tu tapi kau ni keras kepala sangat!aku dah buat plan dekat keluarga mereka tapi kau ni pula yang terlalu sayang dekat musuh kita tu!" Rayden membuang botol wine yang sudah habis ke dalam tong sampah.

"Kau dah silap Rayden. Aku tak pernah anggap mereka musuh. Mereka adalah keluarga yang baik. Jangan butakan mata tu untuk melihat kebaikan mereka dan jangan sesekali pandang hanya menggunakan sebelah mata je. Aku nak keluar banyak lagi kerja yang aku nak buat. Kalau aku cakap pun kau sama sekali tak akan faham," kata Davika dengan nada suara yang semakin malas.

Davika pun mengatur langkah menuruni tangga rumah mewah itu. Apabila matanya bertembung dengan mata ibu Rayden, iaitu datin Zara Delilah terus sahaja Davika menjulingkan matanya keatas. Menyampah aku tengok muka orang tua ni. Dahlah tak sedar diri, gila harta pula tu.

"Ehem!" datin Zara Delilah berpura-pura berdehem. Dia yang tadinya duduk di atas sofa ala-ala bercorak design istana itu kini berdiri sambil berpeluk tubuh. Wajah Davika dipandang dengan penuh angkuh.

"Jangan pula datang di rumah ni saja nak bawa masalah. Kau tu kan anak malang tak sehari mesti menyusahkan mak kau yang bagi kau makan 24 jam!" sinis sahaja datin Zara bersuara.

Davika hanya buat buat tak dengar siap mengibas tangannya seperti gaya kepanasan. Sengaja dia ingin menyakitkan hati datin Zara.

"Well!mak aku tu as known as adik datin sebenarnya yang paling malang. Sia sia je dapat title ibu tapi tak pandai jaga anak sendiri. Dia tak pernah terfikir betapa peritnya dia lalui ketika melahirkan aku dan bila aku wujud di muka bumi ni boleh pula dia anggap aku ni bukan anak dia!" balas Davika tersenyum sinis.

Datin Zara menjeling geram ke arah Davika.
"Memang patut pun mak kau layan kau macam sampah dahlah mulut macam longkang busuk. Hormat ibu sendiri pun tak pandai. Kau ni memang anak kurang ajar!" datin Zara menuding jari tepat ke arah Davika.

"Anak kurang ajar?haha!memang aku anak kurang ajar disebabkan ada mak yang kurang ajar dan beruntunglah datin sebab masih dapat tahu macam mana nak jaga anak dengan kasih sayang yang secukupnya sampai tak dapat bezakan dimana yang betul dan salah!" sindir Davika dengan senyuman sinisnya.

Datin Zara ingin sahaja menampar mulut Davika saat ini. Tahap kesabarannya betul betul dicabar oleh gadis itu.

"Kau keluar sekarang!tak hamak aku nak tengok muka kau tu!pergi!" halau datin Zara dengan nafas yang turun naik menahan amarahnya.

"Excuse me, datin ingat aku pun nak sangat tengok muka datin tu?menyampah!" Davika terus mengorak langkah keluar dari rumah itu dengan hati yang penuh rasa kebencian.

Datin Zara Delilah dan datin Marlinda Lana. Dua adik beradik kandung yang sememangnya mempunyai perangai yang sama iaitu gila harta dan suka mementingkan diri sendiri.

Tak ada gunanya pun kalau aku asyik nak fikirkan dua orang tua tu. Bisik dalam hati Davika.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now