"Hana!" jerit Diana yang begitu teruja melihat kehadiran anak angkatnya dulu datang ke kampung semula.
"Hana rindu sangat mama. Mama macam mana sihat tak?" ujar Hana prihatin. Walaupun dia sudah bertemu dengan ibu kandungnya namun dia masih memanggil Diana dengan panggilan mama.
Diana tersenyum seraya mengangguk. "Mama sihat. Macam mana dengan Hana pula?Semakin cantik pula Hana sekarang," kepala Hana diusapnya perlahan.
Diana memandang Hana dengan perasaan yang sungguh sebak. Dulu masih segar lagi di dalam ingatannya Hana seorang budak kecil yang comel dan nakal. Hanalah yang menjadi penyeri di dalam hidupnya. Walaupun kehidupan di kampung susah namun Hana tidak sekali pun pernah merungut.
"Hana sihat mama. Mana ada makin cantik tapi makin gemuk yang ada. Kejap ya mama, Hana nak ambil Niel dalam kereta,"
"Ish kesitu pula dia ni. Mana ada gemuk. Mama tengok Hana maintain je pun. Tak adalah gemuk sangat. Niel?alamak mama dah tak sabar nak tengok budak kecil tu. Mesti comel macam mumy dia," ujar Diana lagi sambil tersenyum.
Hana membuka pintu kereta. Niel mengalihkan pandangan ke arah ibunya berserta satu senyuman.
"Niel. Tengok tu dah kotor mulut Niel ni. Kan mama dah kata jangan dulu makan coklet ni. Sini mumy nak bersihkan dulu," tisu di dalam beg diambil lalu dilap perlahan mulut anaknya yang sudah comot disebabkan coklet yang dimakan oleh anaknya itu tanpa pengetahuannya.
"Corry mumy." kata Niel lalu tersengih. Haiyaa bertuahlah dapat anak ni. Nasib baik comel. Betullah mama kata tu tadi.
"So come. Kita pergi di tempat grandma. Niel tak boleh makan coklet lagi dah cukup banyak Niel makan tadi nanti rosak gigi tu," Hana segera mendukung Niel lalu diciumnya pipi anaknya itu sehingga tertawa budak kecil itu dibuatnya.
"Alolo...comel betul ya. Mari sini dekat nenek," kata Diana mesra. Dia memang suka budak kerana baginya budaklah yang selalu membuatnya tertawa dengan tingkah mereka itu.
Niel tidak menangis apabika Diana mengambil Niel dari Hana. Sebaliknya anak kecil itu tersenyum sahaja malah sempat lagi diciumnya pipi Diana.
Hana hanya menahan tawa melihat gelagat anaknya. "Mama jaga Niel dulu. Hana nak ambil beg di dalam kereta," ujarnya.
Melihat kemesraan ibu angkatnya dengan Niel dia berasa gembira. Segala masalah yang dihadapinya dilupakan.Selesai mengambil semua beg dia pun mengunci keretanya. Satu per satu beg diangkat lalu dibawa masuk ke dalam rumah yang dibina daripada papan tetapi agik unik itu.
Hana tersenyum memandang rumah yang banyak meninggalkan memori masa lalunya ketika dia masih kecil sehinggalah dia remaja. Sewaktu umurnya menginjak ke angka 21 dia masih belum mendapat tawaran kerja dan itu membuatkan dia terpaksa mencari kerja sambilan buat sementara waktu untuk menampung perbelanjaan di kampung.
Dan sebaik sahaja diterima menjadi pembantu rumah di rumah mewah milik dato Vincent dan datin Kylie itu membuatkan kewangan di kampung bertambah baik kerana gaji yang diberi untuknya amat berbaloi walaupun kerja yang dibuatnya tidaklah memenatkan sangat.
"Hana apa yang kamu fikirkan?" tanya Diana.
"Tak ada apalah mama. Hana cuma terimbas semula memori Hana di rumah ni sewaktu Hana masih kecil dulu," kata Hana seraya tersenyum.
Diana pun turut tersenyum."Mama pun dah rindu sebenarnya kenangan masa lalu.
Tapi apakan daya masa berlalu begitu cepat. Sedar tak sedar sekarang Hana dah jadi ibu dan mama pula semakin meningkat umur. Tetapi selagi kita masih hidup dalam dunia ni kita kena cari kebaikan untuk diri supaya di akhirat nanti kita lebih senang,"Hana mengangguk. Benar kata ibu angkatnya. Umur kita tak akan tetap pada nombor yang sama. Masa berlalu begitu cepat dan tahun pula berganti tahun.
Semuanya akan berubah pada setiap masa. Jadi apa yang penting selagi kita masih hidup di dalam dunia ni selagi itulah kita kena cari kebaikan dan bukannya kenikmatan untuk tinggal di dunia kerana dunia akhirat tidak pernah lelah menunggu kita."Hana dan Niel dah makan belum?kebetulan mama ada masak makanan kegemaran Hana ni. Mungkin Niel juga akan suka," kata Diana lagi.
Hana cuba meneka. Oh ya!
"Mesti ni tak lain tak bukan ubi kan mama. Mungkin sudah hampir tiga tahun Hana tak makan makanan kegemaran Hana ni. Akhirnya dapat rasa semula. Terima kasih mama!"
"Ubi...Mumy I want." Niel menayangkan muka comelnya seperti yang selalu dibuat budak kalau nak minta sesuatu.
Terus meletus tawa Hana dan Diana.
"Niel nak makan ubi?kejap lagi nenek bagi Niel ya," ujar Diana.
Hana memandang anaknya itu. Dia juga tidak mahu kalau anaknya terus membesar dengan makanan yang tidak berapa bagus untuk kesihatan. Dia mahu anaknya tahu makan makanan orang kampung. Dia juga kena ajar anaknya belajar kehidupan yang sederhana. Mungkin inilah waktu yang terbaik.
"Mari mama bantu Hana letak beg tu dekat bilik Hana dulu. Mama sentiasa bersihkan bilik tu semenjak Hana tak ada di sini,"
ujar Diana."Eh tak apa. Menyusahkan mama je. Biar Hana yang pergi letak. Terima kasih mama,"
"Betul ni?kalau macam tu mama pergi sediakan makanan dulu nanti kita makan sama sama ya,"
"Okey mama."
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...