Bab 80

1.6K 71 0
                                    

Hana dan Noah bersalaman dengan auntie Diana sebelum masuk ke dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hana dan Noah bersalaman dengan auntie Diana sebelum masuk ke dalam kereta. Auntie Diana mengusap kepala Hana penuh lembut. Sedih rasanya apabila terpaksa berpisah dengan anak angkatnya buat kali kedua. Walau bagaimanapun dia tetap mendoakan agar dia masih boleh berjumpa dengan Hana suatu hari nanti.

"Hana jaga diri baik baik tau. Noah, auntie dah letakkan kepercayaan auntie dekat kamu untuk jaga Hana sehingga ajal maut datang memisahkan. Auntie doakan agar hubungan kamu berkekalan sehingga di akhirat. Kalau ada masa lagi Hana jenguklah mama di kampung ni ya. Terima kasih kerana sudah temankan mama beberapa minggu ini. Niel mari sini dekat auntie dulu," ujar Diana.

Anak kecil itu segera berlari ke arah auntie Diana dengan senyuman penuh lebar.

"Niel ni budak baik. Selalu dengar cakap mama. Dah besar nanti ikut jejak macam papa kamu ya. Jadi doktor supaya boleh rawat mama dan papa," kata auntie Diana lalu mengucup pipi anak kecil itu.

Hana dan Noah saling berpandangan. Bagus  idea auntie Diana yang bernas tu. Tak ada masalah pun bila Niel dah besar nanti dia nak tanam cita cita nak jadi doktor pun boleh juga.

Hana memeluk tubuh wanita separuh abad itu dengan erat."Hana sentiasa rindukan mama. Sampaikan pada Miya supaya jangan risau sebab Hana akan datang juga masa majlis perkahwinan dia yang tak lama lagi. Mama pun jaga diri di sini ya. Apa apa nanti call Hana je. Jangan lupa makan ubat tu dan jangan tangguh pula nanti doktor marah," ujar Hana.

Auntie Diana mengangguk faham."Hana tak perlu risaukan mama ya. Nanti mama sampaikan pada Miya tentang tu. Hati-hati dalam perjalanan. Noah pandu kereta jangan laju sangat ye," pesan auntie Diana lagi.

"Okey auntie dan terima kasih untuk makanan tengahari tadi. Memang sedap. Kalau ada majlis di rumah nanti bolehlah auntie masak sebab memang cun meletop masakan auntie. Boleh jadi chef terkemuka," kata Noah lalu memberi thumb up.

Auntie Diana tersenyum mendengar pujian dari Noah."Itu sebabnya masakan isteri kamu tu pun sedap meletop. Tengoklah siapa chef dia,"

Meletus terus tawa mereka bertiga. Memang Noah tak nafikan masakan isteri dia pun sedap. Untunglah seorang yang bernama Noah ni.

Usai bersembang mereka pun terpaksa bertolak kerana waktu sudah hampir menunjukkan ke pukul 6 petang.

Hana melambaikan tangannya ke arah auntie Diana begitu juga dengan Noah. Sungguh sedih rasanya apabila terpaksa meninggalkan ibu angkatnya begitu cepat.

"Sayang maaf sebab terpaksa bawa awak dan Niel pulang. Saya tahu awak masih nak luangkan masa dengan auntie. Tapi saya janji lepas ni hubby akan bawa sayang ke sini lagi. Dont be sad honey. Smile please," pujuk Noah penuh lembut.

Hana menggelengkan kepalanya seraya tersenyum."Isy dia ni nak minta maaf pula. Awak tak buat salah pun. Dahlah baik awak fokus di depan sekarang. Saya nak rest dulu. Nak tidur kejap,"

"Alright sayang. Nanti saya tolong bangunkan. Awak rehatlah dulu nampak penat sangat sayang ni," bahu isterinya sempat diurut perlahan sebelum pandangan kembali fokus ke hadapan.


***

Datin Evelyn mengurut perlahan kepalanya yang mula berdenyut kerana terlalu banyak tugasan yang perlu dia selesaikan berkaitan dengan syarikatnya ditambahkan pula masalah baru yang datang.

Davika mencuri pandang ke arah datin Evelyn dari luar pintu bilik kerja wanita itu.
Satu keluhan dilepaskan perlahan. Davika tidak mempunyai keberanian untuk masuk ke dalam memandangkan keadaan datin Evelyn amat sibuk.

Baru sahaja dia melangkah pergi namun Davika terhenti apabila datin Evelyn memanggil namanya. Bedegup terus jantung dibuatnya ketika itu.

"Masuklah kalau Davika ada nak cakap," pelawa datin Evelyn.

"Maaf auntie kalau Davika menganggu," Davika menundukkan sedikit badannya.

Datin Evelyn sudah mula berasa pelik dengan tingkah laku Davika ketika itu. Tidak pernah sekali pun dia mendengar gadis itu mengucapkan kata maaf sebelum ini membuatkan dia tertanya-tanya.

"Its okey. Teruskan apa yang Davika nak beritahu auntie," ujar datin Evelyn.

"Sebenarnya Davika cuma nak buat pembetulan yang selama ini auntie dah salah faham pasal hacker di syarikat auntie setahun yang lalu. Terpulang pada auntie nak percayakan Davika atau tidak tapi Davika cuma nak bantu. Orang itu adalah ibu Davika sendiri dan bukan datin Kylie. Rancangan itu dibuat oleh ibu Davika dan di dalam pendrive ini ada rakaman yang tersimpan sebagai bukti,"

Datin Evelyn tersenyum sinis. "Anak mana yang sanggup bongkarkan rahsia ibunya?Davika rasa auntie akan percaya ke apa yang Davika kata sekarang ni?" ujar datin Evelyn. Dia keliru ketika itu sama ada mahu mempercayai Davika atau pun tidak.

"Davika tak kisah pun. Kalau auntie rasa Davika berbohong mungkin pendrive ni tak berguna untuk auntie. So better I take it back right?"

"No need. Auntie tak cakap lagi yang auntie tak percayakan Davika. Tadi tu cuma soalan sahaja. Tapi sebelum tu auntie nak tanya sesuatu. Kenapa Davika beritahu semua ini?"

Davika berpeluk tubuh dan pandangan dialih ke tepi. "Tak ada pun. Saja nak bantu," balas Davika namun jawapannya itu tidak begitu memuaskan hati datin Evelyn.

"Tak. Auntie tak nak dengar jawapan macam ni cuba bagi jawapan yang lain lagi,"

Datin Evelyn yakin pasti ada sesuatu yang membuatkan Davika memberitahu semua ini. Yang peliknya kenapa dia nak hulur pertolongan secara tiba tiba?bukankah gadis itu punya misi sendiri?

"Kalau Davika beritahu sekarang, auntie percaya ke?tak kan?" balas Davika begitu yakin. Siapalah yang nak percaya diri ini lagi. Sedarlah diri sendiri Davika. Kau sudah tidak layak untuk dipercayai. Bisik dalam hati Davika.

Datin Evelyn mengeluh perlahan."Auntie baik hati tau sekarang..Sebab kenapa?Auntie suruh Davika beritahu auntie perkara yang sebenar. Itu bermaksud auntie sedia nak dengar apa apa yang Davika beritahu. Jadi terpulang juga pada Davika,"

"Okey kalau macam tu Davika anggap je auntie percaya apa yang keluar dari mulut Davika sekarang. Ibu Davika ada rancangan baru baru ini. Di mana dia ada niat untuk bunuh auntie. Auntie ingat lagi tak?semasa auntie nak jumpa client waktu malam tu tayar kereta auntie pancit?itu semua kerja Davika sebab pengawal ibu Davika semasa itu sudah bersedia di tempat persembunyian mereka untuk buat auntie kemalangan sebaik sahaja kereta auntie keluar dari pagar rumah,"

"Davika cuba untuk menggagalkan apa yang ibu Davika rancangkan. Disebabkan ibu selfish itu yang buat Davika nak belas dendam. Dan Rayden pula berniat untuk membunuh Noah. Jadi auntie kena berhati hati sekarang ini. Davika akan bantu auntie kalau auntie nak minta pertolongan," Ujar Davika sekali lagi.

Datin Evelyn terdiam sejenak. Bukan bermaksud sukar untuk dia mempercayai kata-kata Davika namun dia teringat kembali perbualan antara dia dengan pengawalnya minggu lalu.

Apa yang dikatakan pengawalnya ketika itu ada kaitan dengan apa yang disampaikan Davika sebentar tadi. Bermaksud keselamatan keluarganya kini dalam bahaya.







So Trial exam dah habis jadi author akan  try update/habiskan cerita ni secepat mungkin.Stay tuned next chapter love❤

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now