Bab 74

1.4K 62 4
                                    

Davika lantas mencari tempat persembunyian apabila ternampak pengawal ibunya yang sedang mengawal di sekitar syarikat keluarganya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Davika lantas mencari tempat persembunyian apabila ternampak pengawal ibunya yang sedang mengawal di sekitar syarikat keluarganya itu.

Dari jauh dia mengintip pergerakkan ibunya yang baru keluar dari kereta Vellfire, diikuti Rayden dan datin Zara.

Tangannya digenggam penuh erat. Musuh ketatnya bagaikan sangat dekat dengannya ketika itu membuatkan kebenciannya semakin menggunung.

Davika yang memakai hoodie untuk menutup wajahnya membuatkan tiada seorang pun yang sedar akan kehadirannya. Dia segera menyuruh dua orang suruhannya untuk menyamar menjadi pekerja di syarikat ibunya.

"Kalau korang dapat buat kerja seperti apa yang aku suruh. Aku akan bayar korang dua kali ganda. So how?" Davika mengukir senyuman sinis. Easy untuk dia. Sebab apa?just money semuanya dia akan dapat.

Dua orang suruhannya lantas mengangguk laju. Nampak sangat mereka tidak mahu melepaskan peluang yang amat menarik itu. Bayangkan dapat bayaran dua kali ganda memang bersinarlah mata jawabnya.

"Tak ada masalah miss. Kami boleh jalankan kerja seperti apa yang miss nak secepat mungkin,"

"Bagus. Itu yang aku nak dengar. Korang boleh bersiap sekarang. Ingat!ambil maklumat sebanyak yang mungkin dalam syarikat ni,"

"Baiklah."

Dua orang suruhannya itu pun berlalu pergi. Davika berpeluk tubuh dan sudah tidak sabar menunggu keputusan dari mereka.

Datin Marlinda. Yes, that name. Ibu kandung aku namun tidak pernah sekali pun menganggap aku darah dagingnya. Sampaikan aku sendiri pun tak tahu apa kesalahan yang aku buat sehinggakan diperlakukan sebegitu oleh ibu sendiri.

Mungkin dari kandungan lagi aku hanyalah anak tak berguna bagi ibu dan mungkin juga aku hanyalah banyak menyusahkan ibu. Tapi tak mengapa. Ibu masih tak berniat nak gugurkan kandungannya ketika melahirkan aku.

And now I will take my revenge mother.
Disebabkan ibulah aku jadi macam ni. Aku berubah sejauh ini. Pandangan orang terhadap aku hanyalah seorang gadis yang tak berguna. Adakah dunia ini begitu adil untuk aku wahai ibu?

Tapi!apa yang aku lalui selama ini aku nak ibu juga rasai semuanya. Selama beberapa bulan aku berdiam namun masa dah tiba untuk aku teruskan rancangan yang sudah lama aku sorokkan.

Dan Rayden. Kau tak perlu perbodohkan manusia yang memang dah bodoh pun macam aku. Tapi kali ni aku tak akan lepaskan kau. Itu janji aku.

Dendam di dalam hatinya membara tatkala memandang bangunan di hadapannya yang gah itu. Ops!correction. Bangunan yang tak lama lagi akan jatuh di tangan aku. Bisik dalam hati Davika.

Dia pun segera berlalu pergi sebelum ada sesiapa yang mengesyaki kehadirannya di tempat itu.

Datin Marlinda menghempas kasar fail yang baru sahaja dihantar oleh personal assistantnya. Muka bengisnya mula dipamerkan ketika itu membuatkan ramai pekerja yang sudah mula menunduk ketakutan.

"Manusia macam kamu ni memang tak reti nak buat kerja yang budak tadika pun boleh buat ke?kau!sini!Rina!buka mata kau seluas-luasnya dan tengok apa kesilapan yang kau dah buat. Setahu aku perkerja di syarikat ni semuanya pintar tetapi malangnya ada juga yang bodoh. Fail ni aku tak nak tengok. Just throw it away!you all are trash!" marah datin Marlinda dengan api kemarahan yang membuak buak.

Rina selaku personal assistant terpaksa menahan malu ketika itu. Dia mengambil fail yang bertimbun itu lalu dibawa keluar dari pejabat datin Marlinda.

"Kamu semua kena stayback hari ni. Selagi kerja belum siap jangan harap aku benarkan kamu pulang. Siapa yang giveup just go on. Kamu nak get out dari syarikat ni pun aku tak kisah. Tapi jangan menyesal sebab rekod kesalahan kamu semasa bekerja di syarikat ni akan sentiasa kamu bawa dimana sahaja kamu nak pergi mohon kerja dan jawabnya kamu jadi tukang kebun sahaja lepas tu,"

Semua pekerja di syarikat itu tersentak. Ada yang mulah tidak berpuas hati dengan tindakan datin Marlinda. Selama mereka bekerja di syarikat itu tidak pernah sekali pun datin Marlinda melayan mereka dengan baik sebaliknya yang ada hanyalah kata makian dan cacian.

"Patut pun anak sendiri pun tak pandai nak urus," ujar salah seorang pekerja di syarikat itu perlahan namun sempat ditangkap oleh datin Marlinda.

"Siapa cakap tu?pergi di depan sekarang!tak ada gunanya kalau kamu nak simpan dendam kamu tu dalam hati. Face to face dengan aku sekarang!" ujar datin Marlinda dengan nada yang tidak berpuas hati.

Semua hanya diam. Tiada seorang pun yang membuka mulut ketika itu. Datin Marlinda mendengus kasar. Pengecut rupanya!

"Start your work now!tak ada gunanya kalau aku nak membebel dengan pekerja tak berotak macam kamu ni,"

Datin Marlinda melangkah menuju ke arah Rayden dan datin Kylie yang sedang menunggunya.

Dua orang suruhan Davika mula bergerak mengikuti langkah datin Marlinda. Mereka yang menyamar dan memakai pakaian cleaner memudahkan sedikit kerja ketika itu.

"Macam mana?datin Evelyn di mana sekarang?" tanya datin Marlinda.

"Malam ni dia akan bertolak jumla client di Penang. Jadi kami sudah buat persediaan. Pengawal akan jalankan kerja mereka tepat pukul 7 malam. Tak payah risau auntie Mar sebab rancangan ni pasti akan berjaya dan berhasil," ujar Rayden dengan penuh keyakinan.

Datin Marlinda tersenyum sinis begitu juga datin Kylie."Duit tu pula macam mana?dah masukkan dalam akaun auntie?pastikan uncle kamu tu tak syak apa apa,"

"Oh lupa nak minta number account. Lepas ni Rayden selesaikan pemindahan duit tu,"

"Sekejap auntie nak tulis dulu. Pastikan berjaya,"

Datin Marlinda mengambil pen dan kertas. "Wait. Auntie nak tulis yang baru punya tolong buang kertas ni dulu,"

Rayden mengambik kertas yang sudah direnyuk itu lalu dibuangnya ke dalam tong sampah bersebelahan dengan dua orang suruhan Davika yang berpura pura menyapu lantai ketika itu.

Mereka berdua membuat isyarat mata lalu seorang dari mereka memungut semula kertas yang sudah direnyuk itu dan tidak lupa juga rakaman dibuat secara senyap sebagai bukti.

Dua orang suruhan Davika sempat mencuri dengar perbualan datin Marlinda untuk kali yang terakhir sebelum berlalu keluar dari syarikat itu.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now