Bab 34

2.3K 124 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rayden menunggu jawapan dari dua orang pengawalnya yang baru sahaja masuk ke dalam villanya.

"Bos. Kami dah siasat yang Hana memang adik kandung Daniella. Sekarang ni Hana berada di Thailand dan kami juga dapat tahu yang dia baru sahaja bersalin," ujar pengawal Rayden.

Rayden tersenyum sinis. Berita paling aku suka. Lepas ni bolehlah mulakan permainan.

"Good job!buat sementara ni kamu pergi urus kerjs lain bila dah sampai masanya aku panggil korang berdua semula untuk bantu aku dalam rancangan baru aku nanti. Now both of you can go," arah Rayden.

"Baik bos."

Dua orang pengawalnya itu pun segera keluar dari villa.

Rayden menepuk tangannya beberapa kali. Daniella lepas ni kau tak payah susah susah nak sorokkan aku hal penting ni sebab aku dah tahu pun. Bisik dalam hati Rayden dengan sinisnya.

***


Sudah sebulan lebih Chalida tinggal di villa keluarga Livingston disebabkan parents Chalida pergi ke oversea atas sebab urusan kerja. Jadi mereka terpaksa meminta bantuan dari datin Evelyn untuk menjaga Chalida buat sementara kerana takut akan keselamatan Chalida.

Tetapi sebulan lebih itu juga Daniella menahan sabar dengan perangai Chalida. Dekat mama bukan main baik je tapi bila dia layan orang lain macam tak ada je.

"Chalida at least bersihkanlah dulu lantai tu. Tengok dah bersepah makanan tu," ujar Daniella separuh geram.

Chalida menyilangkan kakinya dan hanya menghiraukan Daniella seperti tidak wujud berdiri di sebelahnya.

"Chalida kau dengar tak ni!" suara Daniella semakin meninggi.

"Kalau kau rajin sangat bersihkan je lah. Kenapa nak suruh aku pula?lagipun pembantu rumah kan berlambak," ujar Chalida selamba.

"Kalau nak makan tu jagalah adab ini tak. Makan ikut suka hati je sampai bertaburan makanan tu diatas lantai," ujar Daniella. Macam manalah mama tak perasan sikap sebenar Chalida ni. Aku sendiri pun tak tahu.

Chalida mendengus geram. Satu jelingan tajam diberikan kepada Daniella.

"Ok fine!I do it now!" balas Chalida terpaksa mengalah memandangkan dia dah malas nak dengar Daniella membebel mengalahkan ibunya.

Baguslah kalau dia dah dengar tak payah aku nak penatkan mulut aku ni nak bercakap. Bisik dalam hati Daniella.

Chalida memandang Daniella yang sudah pun berlalu keluar dari villa. Setelah melihat kereta Daniella bergerak keluar dari kawasan villa dia pun tergesa gesa mencari Theo.

"Kenapa tu?cari aku ke?"

Chalida hampir terkejut apabila disergah satu suara. Nasib tak sakit jantung.

"Theo. Kau boleh tak explain aku sesuatu. Kau kenal Noah ke sebab semalam aku tak sengaja dengar perbualan kau dengan Noah di telefon. Kalau aku tak silap suara tu memang Noah kan?" ujar Chalida.

"Chalida dalam dunia ni berjuta juta tau nama Noah. Cuba kau beritahu full name?" balas Theo.

"Noah Nathaniel Vincent. Kau kenal dia tak atau dia memang kawan kau?" tanya Chalida.

"Dia kawan baik aku. Eh kejap sorry aku tak ada masa ni aku kena pergi hospital sekarang juga. Aku pergi dulu," tanpa menunggu balasan dari Chalida Theo terus berlalu keluar dari villa. Sengaja dia ingin menjauh soalan seterus dari Chalida.

Chalida mendengus perlahan. Hm...kalau Theo tu kawan baik Noah mustahil tiada pekerja di dalam villa ni yang tahu tentang Noah. Mungkin aku boleh minta bantuan dari pengawal disini.

"Nick!" jeritan Chalida bergema di segenap ruang villa.

"Ya miss Chalida. Ada apa apa yang miss perlukan?" ujar Nick.

"Kau tahu tak apa apa tentang Noah Nathaniel Vincent?aku bukan apa just nak tahu dimana dia sekarang. Noah sebenarnya kawan aku since umur kami 9 tahun but then kami terpisah sehingga sekarang," ujar Chalida dengan penuh harapan agar Nick dapat membantunya.

"Tentang Noah saya tak boleh beritahu apa apa kepada miss Chalida sebab Noah tu dah berkhawin dengan adik Daniella. Maafkan saya," kata Nick berasa serba salah.

Terbuntang luas mata Chalida sebaik sahaja dia mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Nick. Dunianya seakan terhenti apabila mendapat tahu  lelaki yang ditunggunya selama 16 tahun kini telah pun berkhawin.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu," Nick menundukkan sedikit badannya sebelum berlalu pergi untuk menjalankan tugasnya.

Perlahan lahan Chalida terduduk di atas lantai. Air matanya mengalir keluar dengan derasnya.

"Awak penipu Noah!awak tak guna!saya sanggup tunggu awak selama 16 tahun tapi semua harapan saya awak hancurkan begitu sahaja!" Chalida menjerit bagaikan orang terkena histeria. Dia ingin melepaskan kemarahan di dalam hatinya sepuas puasnya.

Pengawal di villa itu pula sudah pelik melihat keadaan Chalida yang tak menentu. Ingin dibantu namun mereka takut kalau Chalida semakin menjerit silap hari bulan mereka pula yang kena.

"Awak sanggup hancurkan janji saya!!awak penipu!penipu!" jeritan Chalida semakin menjadi jadi berserta dengan tangisannya.

Tangan dikepal erat. Perasaan yang bercampur aduk didalam hatinya sudah tidak dapat ditahan. Dia perlu buat sesuatu supaya dia dan Noah bertemu semula sama ada dengan cara kasar atau tak terpulang pada rancangannya nanti memandangkan Noah dah mungkiri janjinya.






Chalida maafkan author😧

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now