Datin Kylie meluru masuk ke dalam office Noah. Dia sudah menghubungi Noah masuk kali yang ke lima namun masih tidak diangkat. Datin Kylie sudah tidak dapat menahan kemarahannya saat ini kerana selalunya Noah tidak pernah pun berperangai seperti ini sebelumnya.Noah mendongak memandang ke arah ibunya yang meluru masuk ke dalam officenya dengan wajah seperti harimau yang akan membaham mangsanya sebentar lagi.
"Noah!kamu sengaja nak uji tahap kesabaran mama kan?dari semalam sampai pagi ini kamu tak angkat call!kenapa?mesti sibuk sangat berkepit dengan Hana tu kan?mama nak bagi last warning kalau Noah tak pulang di villa petang ni Noah akan tahu apa akibatnya!" marah datin Kylie dengan suaranya yang sungguh lantang.
Noah hanya pekakkan telinganya. Inilah perkara yang paling dia tak suka. Hidupnya pula tak ubah seperti drama.
"Noah dengar tak ni haa!!" Semakin keras nada suara datin Kylie. Dia bengang dengan sikap Noah yang semakin berubah dari hari ke hari.
"Tak dengar," balas Noah dan sengaja menyibukkan dirinya ketika itu. Makin sakit hati datin Kylie dengan layanan Noah terhadapnya. Anaknya itu benar benar sudah berubah!
"Noah dah berani tak hormat pada mama ya!selama ini siapa yang besarkan kamu dan didik kamu?mama berkerja keras hanya untuk melihat Noah berjaya tapi kamu langsung tidak hargai semua itu!balas jasa pun tak. Mama kecewa dengan kamu Noah sangat kecewa,"
"Noah minta maaf kalau Noah sakitkan hati mama. Noah tahu Noah salah tapi Noah dah ada tanggungjawab sekarang ni dan rasanya mama tak perlu lagi suruh Noah buat itu ini dan ikut arahan mama macam Noah ni wajib ikut semua apa yang mama nak. Tapi Noah pun sedar yang Noah masih bertanggungjawab untuk jaga papa begitu juga dengan mama," balas Noah dengan penuh rasa kecewa.
"Noah dah pulihkan?beritahu mama secara jujur!"
"Dah lama sebenarnya Noah pulih cuma Noah sembunyikan perkara itu sebab Noah nak tahu sejauh mana orang tu nak tipu Noah hidup hidup dan buat Noah ni macam manusia yang tidak berperasaan," kata kata Noah yang berbaur sindiran itu sungguh menusuk di dalam hati datin Kylie.
Jelas terpampang di wajah datin Kylie amat terkejut ketika itu. Ini bermakna Noah sudah tahu akan penipuannya selama ini begitu juga dengan rancangannya.
Tanpa membalas apa apa datin Kylie terus melangkah keluar dari office Noah. Dia tidak boleh berbuat apa apa lagi kalau Noah sudah pun pulih kalau dia nak paksa Noah terima Davika pun tak ada gunanya juga. Semuanya sudah terlambat.
Hana yang sedang membeli barang keperluan di market tidak menyedari Rayden yang sudah lama memerhati gerak gerinya.
Nick pula berada di luar market kerana dia ingin menjawab panggilan Daniella.
Rayden melangkah ke arah Hana apabila kawasan membeli belah itu semakin sedikit orang yang lalu lalang.
"Nak saya bantu?" ujar Rayden.
Hana lantas memandang lelaki yang berdiri di belakangnya. Dahinya berkerut apabila melihat Rayden.
"Tak apalah...lagipun saya dah nak pergi kaunter ni," balas Hana yang tidak begitu berminat untuk berbual dengan Rayden.
"Kalau macam tu boleh tak teman saya pergi di cafe. Kat depan tu je. Saya ada perkara penting nak beritahu dekat Hana and it's really important,"
Hana menjadi pelik. Apa pula kena mengena dia dengan Rayden sehingga ada perkara penting yang lelaki itu perlu beritahukan sedangkan dia tidak begitu rapat dengan Rayden.
"Maaf. Saya tak dapat. Saya ada kerja yang perlu kena uruskan lepas ini," balas Hana dan dia berura ura mahu melangkah pergi namun pergerakannya terhenti sebaik sahaja Davika menghalang laluannya di hadapan.
"So, macam mana lepas kau dah langgar syarat tu?aku dah kata yang kau mesti tinggalkan Noah selepas kau dah bersalin tapi kau buat bodoh pula. But, dont worry lagipun aku ada kata yang kalau kau langgar syarat tu akan ada perkara lain yang terjadi!" sinis sahaja Davika berkata.
"Kalau aku tetap langgar syarat tu apa akan terjadi?" balas Hana.
"Anak kau akan jadi mangsa atau kakak kau. Senang cerita kedua duanya sekali. Kau jangan cabar aku!"
Kakak?bila masa pula aku ada kakak?
"Davika you are so funny. Aku tak ada kakak dan kau sendiri pun bukan tak tahu kan?kau merepek apa ni?"
"Untuk pengetahuan kau Daniella is your biological sister. Kamu berdua terpisah semasa umur kau genap setahun. Selepas ayah kamu disahkan menghidap penyakit jantung tahap dua ibu kamu nak minta bantuan dari sahabatnya di kampung untuk jaga kau sehingga ayah kamu boleh keluar dari hospital sebab kos rawatan sangat tinggi ketika itu. Pada masa yang sama syarikat ayah kamu digodam oleh kawan baik mama kau sendiri. Rasanya dah jelas penjelasan aku di sini dan kau kena berterima kasih kepada aku sebab beritahu kau tentang hal ini," ujar Davika.
Hana terdiam seketika.
"Jomlah Ray...bodyguard dia tu dah sampai. Ingat Hana!kalau kau tak nak ada apa apa yang berlaku selepas ini kau kena tinggalkan Noah,"
Davika dan Rayden pun berlalu pergi apabila melihat Nick dari jauh.
Susah sebenarnya Hana mempercayai kata kata Davika ketika itu. Otaknya sekarang hanya memikirkan tentang Daniella sebaliknya ugutan dari Davika tadi hanya diendahkan.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...