Bab 53

1.2K 80 6
                                    

"Good morning all," sapa Davika dengan ramahnya. Noah yang baru turun dari tangga dengan Hana dipandangnya dengan senyuman manis.

"Davika jomlah breakfast sama-sama," pelawa Hana. Davika hanya menurut berserta satu anggukkan. Matanya hampir sahaja tidak lepas memandang Noah yang begitu tampan mengenakan coat doktor.

"Sayang...awak breakfast lah dulu dengan diorang. Saya nak tengok Niel kejap," ujar Noah tetapi sebenarnya dia ingin menjauhkan diri dari Davika. Tak larat rasanya dia nak tengok muka yang pernah kacau rumah tangganya dulu.

Davika menahan geram dalam diam. Ish!aku dah bersiap sedia dengan plan aku tadi. Spoil betul lah dia ni!

"Dah jomlah..." Ujar Hana. Macam
lah dia tak perasan dengan pandangan Davika sebentar tadi. Jangan dia ada niat lain sudah!Aku pun ragu-ragu juga dengan Davika ni cuma aku just fikir yang positif je.

"Macam mana keadaan Niel sekarang?dia sihat ke?" tanya Davika.

"Sihat je. Tapi itulah kadang-kadang Niel demam sebab condition dalam villa ni," balas Hana.

Davika mengangguk faham.

"Selalunya jam berapa Noah bertolak ke tempat kerja?dan yang lain?" tanya Davika lagi.

"Jam 8 yang lain pun begitu juga,"

Davika lantas memandang jam di dinding.7:05 a.m. Sekejap lagi yang lain akan pergi ke tempat kerja. Apa aku nak buat ya?Cctv dalam villa ni semua dah Rayden hack. Makin senanglah kerja aku nanti.

Chalida sengaja melanggar bahu Davika ketika ingin melintas di hadapan gadis itu. Sempat dia memberikan smirk kepada Davika. Daniella yang sedang mengunyah roti bersalut peanut terus menyembunyikan senyuman mengejek.

Aku nak jadi partner membuli dengan Chalida kejap. Padan muka kau Davika!

Davika pula sudah menahan geram dalam diam namun tetap disabarkan dirinya ketika itu.

Sampai sahaja di meja makan Davika yang baru ingin duduk di kerusi hampir terjatuh apabila Chalida dengan pantas merebut kerusinya.

"Ops!sorry. Kau pergi cari tempat duduk yang lain ye," ujar Chalida seraya tersenyum. Davika hanya memaksakan bibirnya mengukir senyum. Kurang ajar pompuan ni. Bisik dalam hati Davika dengan rasa yang tidak berpuas hati. Sekali aku lempang kau arwah jadinya nanti!

Daniella memberikan isyarat kepada Hana supaya membiarkan Davika ketika itu. Hana mengerutkan dahinya. Aik!apa yang tak kena dengan diorang ni?

Davika mengambil tempat duduk berhadapan dengan Chalida. Saat dia ingin duduk dia sempat memijak kaki Chalida membuatkan Chalida mengaduh sakit.

"Sorry...sorry...aku tak sengaja," Davika lantas berpura-pura membuat muka seperti rasa bersalah. Chalida menjeling Davika dengan penuh rasa kebencian. Dah namanya pun musuh memang tak pernah berbaik lah jawabnya.

"Tak sangka kaki kau ni macam tapak kaki gajah kan?sekali hentak mungkin boleh buat orang tak dapat berjalan. Bahaya lah kaki kau ni," sindir Chalida.

"Sebab kaki kau kecil sangat itu yang tak tahan sakit. Kalau kau nak ubat kaki aku ada. Better kau gosok nanti takut pula tak dapat jalan lepas ni," balas Davika penuh lembut. Senyuman manis pula tetap diberikan kepada Chalida.

Hana dan Daniella saling berpandangan. Tak tahu nak komen apa dekat dua orang gadis di sebelah mereka. Masing-masing pun dirasakan tidak mahu mengalah.

"Tak payah susah-susah sebab ubat aku lebih superb daripada ubat kau. Kau punya ubat mungkin yang tiruan punya. So
aku reject awal-awal," balas chalida.

Nampaknya perang mulut dah mula antara mereka berdua. Entah apa pula yang akan jadi kalau Davika terus berlama-lama menetap di villa The Livingston Family mungkin sampai dunia berakhir pun belum berbaik lagi kot.

"Err...Chalida, Davika dahlah tu. Makan lah dulu nanti tak kenyang kalau asyik buka mulut masa makan ni," sampuk Hana.
Kalau nak teruskan berperang mulut boleh je tapi asalkan bukan masa makan. Dia pun rasa hilang selera nak makan kalau asyik dengar pergaduhan antara dua orang gadis itu.

Chalida dan Davika hanya berdiam diri selepas sahaja ditegur oleh Hana. Namun mata masing-masing saling memandang tajam antara satu sama lain.

Datin Kylie menatap gambar perkahwinan Hana dan Noah. Dia ingin sekali menatap wajah cucunya namun apabila teringat kembali dimana selama ini dia terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melukakan hati Hana terbit rasa bersalah dalam dirinya. Dia juga berasa malu untuk berhadapan dengan Hana selepas ini.

Ya Tuhan apa yang aku dah buat selama ini?

Air mata seorang ibu mengalir keluar membasahi pipi. Sungguh dia kesal dengan perbuatan dia selama ini!

Dia ingin sekali melihat Noah bahagia tetapi ternyata diri dia sendiri yang telah membuatkan rumah tangga anaknya itu porak-poranda dahulu dan mungkin sampai sekarang.

Dato Vincent memandang isterinya dari luar pintu bilik. Nasi dah menjadi bubur.
Menyesal pun tak ada gunanya juga kerana semua dah terlambat. Apa yang dah berlaku selama ini semoga boleh dijadikan satu kesedaran kepada diri isterinya itu dan dia berharap agar perkara yang baik akan datang lebih banyak selepas ini.





Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now