Theo perlahan-lahan membuka matanya. Kepalanya yang terasa berat itu diurut perlahan. Sesekali dia memandang ke arah sebelahnya lantas sahaja dia bangun.
Davika yang tersedar dari tidurnya amat terkejut apabila melihat Theo berada di sebelahnya.
Theo cuba mengingati apa yang terjadi tetapi dia cuma ingat dimana dia dan Davika makan malam di Cafe LA'Hotel selepas itu pandangannya terasa kabur dan dia tidak ingat apa yang terjadi selepas itu.
Theo sudah berasa pelik kenapa tiba-tiba dia bersama dengan Davika pagi ini.
"Theo. Saya yakin mesti ada seseorang yang cuba nak rancang sesuatu pada kita. Perkara ini kita kena jelaskan pada Daniella. Saya takut jika dia salah faham. I swear nothing happened with us. Saya yakin ini semua sudah dirancang dan kita kena cari siapa pelakunya!" ujar Davika yang menahan kemarahan dalam hatinya.
Theo meraup mukanya berkali kali. Apa yang dikatakan oleh Davika memang betul sebab dia sendiri pelik kenapa tiba-tiba dia bersama dengan Davika di room pagi ini sedangkan semalam mereka berada di cafe.
"Davika kau kena ikut aku sekarang juga. Aku tak nak Daniella salah faham," Theo sudah dilanda perasaan risau saat ini. Dia takut kalau satu perpisahan akan berlaku hanya disebabkan hal ini.
***
Hana lantas memeluk Daniella sebaik sahaja dia sampai di villa. Daniella membalas dengan pelukan erat.
"Hana. Kamu okey tak ni?akak risau tau bila dapat tahu Hana tak ada di villa. Macam mana dengan baby tu?is everything fine?" tanya Daniella.
"Hana okey kak. Hana minta maaf sebab tak beritahu akak yang Hana keluar dari villa. Hana minta maaf sangat. Baby okey je,"
balas Hana."Tak apa Hana. Saya faham perasaan kamu ketika itu dan saya dah tahu apa yang terjadi sebenarnya. Hana janganlah rasa bersalah pula akak tak marah pun,"
Hana tersenyum mendengar balasan Daniella. Pada masa yang sama dia tahu yang Daniella menyembunyikan rasa sakit di dalam hatinya ketika ini.
Gambar Theo dan Davika semalam sudah menunjukkan yang Daniella sedang menanggung sakit di dalam hati.
Isteri mana sahaja yang tidak sedih bila melihat suami sendiri bersama dengan perempuan lain. Hana faham apa yang dirasai oleh Daniella ketika ini.Noah keluar dari kereta sambil mendukung Niel.
Daniella tersenyum melihat Niel. "Awlolo...baby Niel comel sangat," ujar Daniella lalu pipi anak kecil itu dicubitnya lembut. Geram pula tengok baby ni dahlah comel tu yang kena cubit tu.
Beberapa minit kemudiaan kelihatan kereta Theo masuk ke dalam perkarangan villa.
Mereka bertiga serentak memandang ke arah Theo dan Davika yang baru keluar dari perut kereta.
"Sayang please..." panggil Theo apabila sedar yang Daniella baru sahaja ingin melangkah pergi.
Semua dalam fikiran Davika terus hilang apabila dia melihat Noah. Dia cuba mengawal dirinya apabila melihat Hana berdiri di sebelah Noah nanti rancangan tidak menjadi pula.
"Saya akan jelaskan apa yang berlaku. Ketika kami berada di Cafe LA'Hotel seseorang cuba merancang sesuatu dan seperti semuanya sudah dirancang awal lagi,"
"Untuk lebih jelas lagi. Saya sebenarnya nak jemput Noah dinner di Cafe LA'Hotel dengan Hana sebagai tanda maaf sebab saya tak nak terus rasa bersalah. Saya nak tebus kesalahan saya tetapi memandangkan mereka berada di Thailand saya nak Theo gantikan tempat mereka tetapi lain pula yang terjadi. Saya dapat merasakan ada sesuatu yang diletakkan di dalam makanan kami sebab selepas sahaja kami makan pandangan kami kabur dan saya tak ingat apa yang terjadi selepas itu,"
Panjang lebar Davika menjelaskan perkara yang sebenar.
Hana dan Noah memandang Davika dan mereka berdua seakan akan ragu apa yang dikatakan oleh Davika sebentar tadi.
Daniella tidak membalas apa apa sebaliknya dia terus masuk ke dalam villa. Berdiri di hadapan orang yang telah membuatkan hatinya sakit adalah perkara yang paling dibencinya.
Theo terus mengejar langkah isterinya. Walau macam mana sekali pun dia akan berusaha untuk memujuk Daniella kerana dia faham apa yang dirasakan oleh Daniella.
Davika pula mula panas hati melihat Noah yang sedang mendukung anak. Seolah olah anak itu akan menjadi penghalangnya untuk merampas kebahagiaan Hana.
"Davika. You can go home right now!" kata Noah dan ayat itu sungguh menyakitkan hati Davika.
"I nak minta maaf Noah sebab selama ini-"
"Aku suruh kau pulang bukan suruh kau minta maaf!" Noah memintas ayat Davika dengan laju.
"Sebenarnya ada perkara penting yang saya nak beritahu kamu berdua tolonglah dengar dulu," kata Davika separuh merayu.
"Davika berapa kali lagi aku nak cakap!apa apa pun perkara yang kau nak beritahu adalah tidak penting untuk aku tahu. So please just go!" keras sahaja suara Noah ketika ini.
Davika terus berlalu meninggalkan kawasan villa dengan hati yang membara kepanasan.
Fine!kamu berdua tunggu je apa rancangan aku selepas ini. Tak cukup dengan apa yang terjadi kelmarin aku akan buat lebih teruk lagi untuk kamu berdua dan Hana jangan ingat kau dah bahagia!
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
Storie d'amoreHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...