Datin Kylie tersenyum melihat anaknya yang sedang menikmati bubur. Entah siapa pula yang baik hati sangat sediakan bubur untuk anak aku pagi ni."Anak mama ni selera sangat makan. Siapa yang sediakan bubur ni?" ujar datin Kylie.
"Faith. Sedap dia masak. Bukan ini je tau tapi ada lagi. Davika macam mana?dah bertolak ke?" ujar Noah.
"Dah. Noah mesti rindu dia kan lepas ni. Its okey mama harap sangat urusan dia di sana cepat siap," kata datin Kylie.
Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja Hana melangkah masuk ke dalam wad Noah. Degupan jantungnya berdegup laju sebaik sahaja melihat datin Kylie.
Senyuman datin Kylie terus hilang apabila melihat Hana. Matanya dicerlung tajam memandang ke arah Hana yang tidak bersalah itu.
"Mama. Inilah Faith. Dia yang sediakan makanan untuk Noah," kata Noah sambil tersenyum. Datin Kylie terasa panas mendengar kata-kata anaknya itu.
"Kau buat apa kat sini?kau jangan nak ambil kesempatan dekat anak aku!siapa yang benarkan kau lawat dia?haa!!" datin Kylie yang hilang sabar terus menengking Hana.
Hana hanya diam tertunduk. Dia
tidak berani membalas kata kata datin Kylie. Kalau dia menjawab mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk."Ma. Kenapa ni?dia kan kawan Davika. Tak salah pun kalau dia lawat Noah. Kenapa orang lain boleh je mama benarkan mereka lawat Noah tapi dia pula tak boleh?" kata Noah. Rasa bersalah pula dia saat ini.
"Noah dia ni perempuan tak guna. Noah nampak je dia baik di depan tapi sebenarnya dia hanya ingin menumpang kekayaan kita. Noah bagi bekas makanan tu dan berhenti makan bubur tu!kita tak tahu kalau dia ada letak racun ke apa dalam makanan tu,"
Hana menahan sebak di dada. Betapa kejamnya datin Kylie menuduhnya tanpa bukti. Apa sebenarnya yang mereka rancang.
"Ma please stop it. Tak baik tuduh orang tanpa bukti. Dia kan kawan isteri Noah buat apa dia nak buat macam tu dekat Noah. Lagipun bukan baru hari ni Noah pernah terjumpa dia," kata Noah cuba menenangkan ibunya.
Datin Kylie mendengus geram. Bekas makanan yang dipegang oleh Noah diambil kasar lalu dibuang ke arah Hana. Tak cukup dengan itu bekas makanan kedua pula dibuang terus ke dalam tong sampah.
"Kau sini ikut aku!" tangan Hana direntap kasar lalu dibawa keluar dari hospital.
"Ma!!stop it!aduhh dah kenapa dengan ma aku ni. Orang yang tak salah pun dihentam," Noah berura ura hendak turun dari katil tetapi seorang jururawat menahannya.
"Doktor jangan pergi mana mana. Keadaan doktor belum pulih sepenuhnya," ujar jururawat itu.
Terpaksalah juga Noah mengikut arahan walaupun hospital ni milik dia tapi dia tetap ikut peraturan yang telah dia dan Theo tetapkan. Bukan ikut sembarangan je.
"Datin nak bawa Hana pergi mana ni. Tangan Hana dah sakit," Hana menahan rasa sakit pada pergelangan tangannya yang dicengkam kuat oleh datin Kylie.
Tiba di satu tempat yang jauh dari orang ramai datin Kylie pun memberhentikan langkahnya.
Kedua dua pipi Hana terus ditamparnya sehingga meninggalkan kesan merah.
"Mulai hari ini kau jangan berani dekat dengan anak aku dan untuk pengetahuan kau aku boleh buat apa sahaja selain gugurkan kandungan kau tu. Kau jangan mengaku yang anak dalam perut kau tu anak Noah. Aku yakin itu anak luar nikah!!ini last warning kau jangan cabar aku. Kau faham tak haa!?" pipi Hana ditepuk oleh datin Kylie beberapa kali.
"Fa...faham datin. Maafkan Hana," kepala ditundukkan sedikit. Air matanya pula mengalir deras membasahi pipinya.
"Lagi satu aku nak kau pergi jauh dari tempat ni!aku akan sediakan kau tiket penerbangan untuk ke Bangkok,Thailand dan malam ni juga kau kena pergi dari sini!kalau kau berani buka mulut pada orang lain tentang hal ini aku akan pastikan Noah tidak akan pulih selama-lamanya. Biarlah dia tak kenal kau dan tak ingat siapa kau," muka datin Kylie begitu tegang.
Hana begitu terkejut mendengar apa yang disampaikan oleh datin Kylie. Dia tidak boleh buat apa apa selain hanya mengikuti arahan datin Kylie.
"Baiklah kalau itu yang datin nak Hana akan pergi dari sini. Tapi Hana hanya ada satu permintaan. Tolong biarkan Noah pulih semula dan Hana janji Hana tak akan muncul di depan Noah lagi," kata Hana.
Dia tekad untuk pergi dan mungkin hanya ini jalan yang dia ada untuk tenangkan keperitan yang dilaluinya selama ini.
"Okey fine tapi kalau kau langgar janji kau tu. Anak kau akan jadi mangsa nanti. Ingat tu!"
Sejurus berkata datin Kylie pun terus berlalu pergi meninggalkan Hana yang ditemani dengan tangisan.
Mungkin kita ditakdirkan untuk tidak bersama lagi. Tapi saya harap awak tak akan pernah padam nama yang pernah hadir dalam hidup awak Noah. Saya janji akan jaga anak kita sehingga akhir nafas saya. Mungkin keputusan yang saya buat hari ini adalah yang terbaik.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...