"Awak...kata nak makan kat luar kan?Jomlah. Saya dah siap ni," ujar Hana yang sudah selesai bersiap. Noah menatap wajah isterinya berserta satu keluhan berat yang tercetus di bibirnya.
"Tak jadi. Kita makan kat rumah je. Lagipun malam ni mama suruh balik rumah. Saya penat," balas Noah tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Hana mengetap bibirnya. "Tadi awak tak cakap awal-awal kat saya?lepas saya dah siap baru awak cakap," walaupun Hana geram saat ini namun dia tetap mengawal nada suaranya.
"Kalau awak nak pergi. Pergi je. Come Niel daddy nak mandikan Niel," Noah berlalu menuju ke almari pakaian Niel. Tuala mandi diambil dan tubuh Niel didukung lalu masuk ke dalam bilik air tanpa memandang wajah isterinya.
"Awak ni kenapa tetiba moody?Saya ada buat something ke?please tell me," Hana berasa pelik dengan suaminya yang tiba-tiba sahaja berubah. Selama ini tak pernah pun dia layan aku macam ni. Bisik dalam hatinya.
Langkah Noah terhenti. "Tak ada," balas Noah pendek. Hana mengeluh lagi. Apa yang tak kena dengan dia sebenarnya?
Hana melabuhkan punggung di birai katil. Perasaan sebak terus menyelubungi dirinya. Siapa sahaja yang tak sedih bila dilayan macam kita ni tak wujud je.
Puas Hana mencari apa kesalahan yang dibuatnya hari ini namun dia yakin dia tidak ada pun buat sesuatu yang membuatkan Noah terasa hati atau sakit hati.
Kalau pasal balik di rumah mama malam ni aku bukannya tak setuju pun. Atau dia marah sebab tu?
Beberapa minit kemudian kedengaran suara anak kecilnya memanggilnya dari bilik air.
"Momyy..." panggil Niel berserta satu senyuman. Gembira lah tu sebab dah mandi. Almaklumlah papa dia yang mandikan.
Hana berlalu ke arah Niel dengan
satu senyuman manis diberikan kepada anaknya. Rambut Niel yang masih basah itu dilapnya perlahan. Noah yang sedang mengemas alat mandian dipandang oleh Hana sekilas.Kedengaran keluhan kecil tercetus dibibirnya.
"Awak nak gerak pergi rumah mama pukul berapa?"
Mahu tidak mahu terpaksa juga dia bercakap dengan suaminya yang tiba tiba sahaja berubah hari ini. Kalau senyap pun bosan juga. Baru je beberapa minit tak bercakap dah mulalah rindu dengan suara dia tu. Apatah lagi kalau berjam-jam memang tak sanggup!
"Jam 7," balas Noah ringkas.
Hana mengetap bibirnya. Dia ni tak sengaja ke atau memang sengaja?at least kalau dia ada marah sesuatu dekat aku tanya ajelah. Ini nak dera perasaan aku dulu lepas tu mesti akhir-akhir nanti baru nak minta maaf bagai menyesal sebab terlalu percaya
cakap orang lain dan blah...blah...blah."Awak marah saya ke?hottie pie saya minta maaf kalau saya ada buat salah dekat awak. Janganlah macam ni. Please..."
"Saya tak cakap pun yang saya marahkan awak. Ni nak dekat dah pukul 7 awak dah bersiap ke belum?kalau lambat 1 minit saya tinggalkan je," kali ini Noah bercakap sambil menatap wajah isterinya.
Hana tersenyum. "Oh sajalah tu nak kenakan saya kan?hubby awak tak marah kan dekat saya?Ye kan?"
"Saya suruh awak pergi bersiap
bukan bagi pertanyaan. Awak nak saya betul-betul jalan sekarang ke?" Noah berwajah serius. Tetapi terbit pula rasa kasihan dalam diri kerana melayan isterinya begitu namun ego mengusai dirinya ketika ini.Apa yang dikatakan Davika tadi masih lagi terbawa di dalam ruang ingatan. Dia bukannya nak percaya seratus peratus tetapi kenapa hati dia kuat mengatakan seperti ada kemungkinan isterinya akan pergi darinya suatu hari nanti.
"Yelah...saya pergi sekarang," dengan berat hati Hana melangkah ke arah meja solek.
Cukuplah apa yang dah berlaku beberapa bulan yang lalu janganlah perkara itu berulang kembali. Ya Tuhan, jauhkanlah perkara itu daripada berulang kembali.
Davika berpura-pura melanggar bahu Chalida apabila mereka bertembung. Hilai tawa sengaja didengarkan saja ingin menyakitkan hati Chalida.
Namun Chalida tidak mahu mengalah. Dia menyilangkan tangannya di dada lalu smirk padu diberikan kepada Davika.
"Excuse me, miss Diva boleh tak kau jangan langgar aku suka hati mak bapak kau je!mata tu dah tak berfungsi ke?atau kau nak aku cungkil biji mata kau tu tukar jadi mata robot,"
Davika menjeling ke arah Chalida. "Ops sorry!sakit ke?sorry lah mata aku ni tak sanggup nak tengok orang berlagak itu yang TERlanggar tadi," Davika mengibas tangannya buat gaya seperti kepanasan. Perkataan 'terlanggar' sengaja ditekan dengan kuat.
Chalida ketap bibir menahan geram. Amboi si diva ni macam nak je aku sepak muka dia yang tak berapa nak cantik tu sekarang. "Yeke?ingat dah buta tadi. Yelah depan mata pun boleh TERlanggar. Eh aku ada terhidu bau somethinglah kau ada terhidu ke?"
Davika mengerutkan dahinya. "Mana ada, tak ada pun!'' ujar Davika pelik.
"Yes thats it macam tu lah. Diri sendiri tak sedar apa yang dia buat sedangkan orang lain dah pun terhidu perlakuan dia. BERlagak?hm rasanya kau kena hati-hati dengan perkataan kau tadi," Chalida senyum sinis. Muka Davika dipandang dengan penuh kebencian.
"I know the whole story from A to Z. Start Hana kena halau dari rumah Noah lepas tu ada kawan yang lebih teruk dari babun. Jenis main tikam belakang. Lepas tu ambil kesempatan nak jadi isteri Noah bila lelaki tu disahkan hilang ingatan. Dan yang lebih teruk dia gunakan datin Kylie supaya plan dia berhasil. So kesimpulannya di sini perempuan tu memang tak laku ea?kalau dah tahu diri tu tak laku tak payahlah nak malukan diri sendiri lagi. Buang masa aje," kata Chalida lagi. Sengaja ingin mengungkit masa lalu Davika.
Wajah Davika kelihatan memerah akibat menahan marah. Tangannya bagaikan mahu sahaja menampar pipi Chalida. Dia marah disebabkan ada orang yang sudah tahu rancangan dia. Ini yang membuatkan dia berasa tercabar. Siapa sebenarnya yang berani sangat nak pergi buka mulut dan cerita hal ni kepada orang lain?kalau dia dapat tahu orang tu sudah tentu dia belasah habis-habisan.
"Eh kalau tak ada bukti yang kukuh kau jangan nak main sembarangan cakap!aku boleh masukkan kau dalam lokap sekarang ni juga tau!" keras sahaja nada suara Davika. Namun kalau diikutkan yang sebetulnya apa yang disampaikan Chalida tadi memang betul cuma dia yang menafikan kebenaran.
Chalida tersenyum sinis. "Yelah kan kalau dah buat kesalahan mana ada orang tu nak mengaku lagi," wajah Davika dijeling sekilas sebelum dia berlalu pergi membuatkan kemarahan Davika semakin menggunung.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...