Bab 23

2K 142 2
                                    

Rayden tersenyum sinis ke arah Davika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rayden tersenyum sinis ke arah Davika. Tahu nak buat masalah tapi pandai pula minta bantuan dekat aku.

Davika menjeling ke arah Rayden. Menyampah. Setakat minta tolong je pun nak marah bukan aku minta dia duit bejuta ribu pun.

"Yang kau pandang aku macam tu kenapa?kalau aku tak tolong kau cari alasan tadi memang dah kena kau dengan datin Kylie tu. Aku dah berulang kali cakap jangan cari hal dengan family diorang tapi kau ni gedik sangat nak ambil kesempatan dekat suami orang tu," kata Rayden.

Davika sengaja mengibas tangannya buat gaya seperti orang tengah kepanasan padahal dia sedang menyindir Rayden ketika itu.

"Excuse me ini urusan aku bukan urusan kau. Aku tahu apa aku nak buat dan kau tak payah nak menyibuk. Aku suruh kau bantu aku je bukan nak bebel aku. Kalau Noah dah kahwin ke dah ada anak ke apa aku kisah. This is me Davika I can do anything what I want!" kata Davika sambil berpeluk tubuh.

"Ceh!kaulah. Entah entah lepas kau balik dari Sabah nanti semua orang dah tahu penipuan bodoh kau tu. Dahlah bodoh nak menipu pun tak pandai,"

"Kau pun sama je bodoh tapi lebih teruk dari aku. Kau ingat aku tak tahu yang kau ni ada sisi gelap dan kau buat kerja kotor demi kekayaan yang kau ada sekarang ni. Tak ke itu namanya bodoh?mafia konon.Pui!" suara Davika semakin meninggi.

Berdesing telinga Rayden mendengar kata- kata Davika. Mungkin sekarang ni aku layan kau baik baik je tapi jangan pula sampai tahap kesabaran aku ni dah hilang baru kau nak menyesal. Bisik dalam hati Rayden.

"Kau tak payah nak cerita tentang sisi gelap aku. Macam yang kau kata tadi ini urusan aku bukan urusan kau dan kau tak payah nak menyibuk!aku buat kerja kotor ke apa ke bukan guna tangan kau juga," balas Rayden yang menahan kemarahannya dalam hati.

"Baguslah tak payah lah aku nak cakap banyak. Esok aku dah nak pergi kat Sabah. Spend time alone there until Hana giving her baby birth!tapi kalau aku bosan aku akan pergi kat syarikat kau manalah tahu datin Kylie tu pergi lawat aku kat sana ke apa," ujar Davika selamba.

"Hana tu siapa?" tanya Rayden.

"Perlukah kau tanya aku soalan macam tu?takkan kot kau tak kenal siapa Hana tu?" balas Davika geram.

"Kalau aku tanya jawab je lah aku ni bukan berminat sangat nak ambil tahu tentang family Noah tu!" bentak Rayden.

See!baru aku menjawab sedikit je dah naik baran. Entah dia ni jenis lelaki macam mana. Bisik dalam hati Davika.

"Hana tu isteri Noah and she is pregnant. Kalau kau nak tackle perempuan tu pun boleh juga. Lawa apa," kata Davika tersenyum sinis. Taulah perangai saudaranya itu sebiji macam buaya darat. Bukan lagi sebji memang sama pun.

"Oh ya lagi satu kalau kau tak puas hati. Kau boleh tengok gambar isteri Noah di phone aku. Kejap. Let me check it first," ujar Davika sekali lagi. Ada bagusnya juga kalau aku kenalkan Hana dekat buaya darat macam Rayden ni.

Davika menunjukkan gambar Hana kepada Rayden. Apa yang dia perasan akan reaksi Rayden ketika itu adalah seperti terkejut.

"Dari muka kau pun dah ketara sangat jatuh hati. Cantik kan Hana?Ray kau ambil je lah dia ni tak payah kisah dia dah mengandung ke apa asalkan kau yang untung," kata Davika separuh berbisik.

Bukan perempuan ni ke yang aku hampir nak culik dan hari tu aku tak sengaja terlanggar dia dekat T&N hospital. Bisik hati Rayden.

"Nice. Beautiful. Still young. Lagi satu isteri kepada musuh utama aku tu. Tak rugi kalau aku ambil," kata Rayden tersenyum penuh makna.

Davika mula membisikkan sesuatu kepada Rayden. Lelaki itu tersenyum seraya mengangguk setuju dengan rancangan Davika.

***

Noah menekup bantal di wajahnya sebaik sahaja mendengar tapak kasut seseorang masuk ke dalam bilik wadnya.

"Bro. Aku tahu kau tak tidur lagi. Buka bantal tu. Aku ada beli makanan ni," ujar Theo. Rasanya mungkin hanya dia dan Hana sahaja yang tahu Noah sangat manja kalau sakit. Perangai mengalahkan budak kecil nasib baik je dia ni kawan aku.

Noah lantas bangun apabila terhidu bau makanan yang dibawa oleh Theo. Dia sengaja menjuihkan bibirnya ke arah Theo sengaja nak kena puji comel gitu.

"Tak payah buat gaya begitu. Aku tahu aku lebih comel dari kau. Nah makan bubur ni. Aku tak nak suap. Kau jangan buat perangai nanti aku sumbat sekali bekas makanan ni dalam mulut kau," kata Theo yang tak tumpah seperti seorang abang kepada Noah.

"Comel apa aku. Kau je yang tak nak mengaku. Tolong suapkan aku bubur tu. Kau kan kawan aku yang paling baik di dunia," kata Noah yang sudah tersengih seperti kerang busuk.

Theo hanya menggelengkan kepalanya.
"Dont worry. Aku suruh Hana suap kau esok," kata Theo dan tanpa dia sedari ayatnya sudah terlanjur.

Noah mengerutkan dahinya. "Hana tu siapa?" tanya Noah. Giliran Theo pula yang mengerutkan dahinya.

Aik!bukan mereka pernah berjumpa ke. Takkan kot nama pun dia tak tahu?atau Hana sendiri yang tidak mahu Noah tahu nama depannya. Bisik dalam hati Theo.

"Tak adalah. Aku gurau je. Makanlah bubur tu nanti sejuk jangan salahkan aku pula," kata Noah sengaja menukarkan topik.

"Baiklah sahabatku. Thanks for this great food. Sedap!kalau kau pula yang sakit lepas ni kau tanya je apa yang kau nak makan aku belanja," Noah menjongketkan keningnya seraya ketawa.

"Kurang asam jawa kau ni. Aku pegang kata kata kau tu. Tunggu je aku sakit ya sabahat," balas Theo.

"No problem. Sebab kau sendiri pun pernah cakap. Ingat tak?haha!"

Theo menahan geram. Asal aku terlupa pula.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now