Bab 44

1.6K 96 1
                                    

Noah mendukung Niel yang sudah pun terbangun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Noah mendukung Niel yang sudah pun terbangun. Pipi anaknya itu dikucup beberapa kali. Kelihatan Niel tersenyum kecil apabila diperlakukan seperti itu.

Telatah anak itu sungguh comel sebaik sahaja Noah mencuit perlahan hidung Niel.

"Daddy nak bermanja dengan anak daddy ni sebab mumy tak sampai lagi. Come...kita pergi main anak patung,"

Noah menuju ke bilik permainan yang hanya terletak di sebelah officenya. Dua minggu yang lalu dia menyuruh beberapa pekerjanya membuat satu bilik permainan di dalam bangunan syarikatnya khas untuk Niel.

Noah hanya memerhati telatah Niel yang khusyuk bermain anak patung. Comel tak tumpah macam Hana. Hensem pula ikut macam papa dia...

"Hottie pie..."

Noah lantas memandang ke arah Hana yang melangkah masuk ke dalam bilik permainan.

"Niel dah makan ke?" tanya Hana. Sesekali dia tersenyum melihat Niel yang bagaikan teruja melihatnya. Awlolo nak mumy lah tu.

"Dah baru je tadi. Sayang dah makan ke?" tangan Hana ditarik lembut oleh Noah supaya duduk di sebelahnya.

"Belum. Tak lapar lagi," balas Hana. Wajah suaminya dipandang sekilas sebelum dialihkan ke arah Niel.

"Sayang fikir apa tu?are you okey honey?" Noah seperti dapat merasakan sesuatu pada wajah isterinya.

"Im okey dont worry. Hana nak tanya something tapi awak mesti jawab jujur boleh kan?" ujar Hana.

"Of course I will be honest sayang. What is it?"

"Betul ke Daniella tu kakak kandung saya?"

"Yes. Sorry sebab tak beritahu sayang tentang perkara ini lagipun Noah sendiri baru tahu beberapa minggu lepas itu pun Theo yang beritahu,"

Ini bermakan Davika tak tipu aku. Apa yang dia beritahu aku di market tadi memang betul.

"Its okey awak tak salah pun. Asalkan saya dah tahu," balas Hana.

"Sayang...smile please...dari tadi hubby awak ni tak banyak tengok sayang senyum hari ni," kedua dua pipi Hana dipegang oleh Noah.

"Yeke?okey Hana senyum puas puas untuk hottie pie hari ini," Hana lantas mengukir satu senyuman paling manis buat suaminya.

"Kan kalau begini sayang nampak manis. Tapi untuk hubby je kan?kan?" Noah menjongketkan keningnya beberapa kali berserta satu senyuman versi nakal gitu.

"Taklah tapi untuk favourite actor Hana juga. Bukan untuk hottie pie sorang je," ujar Hana sengaja mengenakan Noah.

Noah sudah memuncungkan mulutnya. Tengok tu!buat gaya itik pula. Nasib sayang.

"Hana gurau je lah...dah nak merajuk lah tu," Hana sengaja melentokkan kepalanya di atas bahu Noah.

Diam. Langsung tiada balasan.

Pulak dah?

"Hottie pie pleaselah jangan merajuk Hana gurau je lah tadi," kali ini tangan sasa Noah dipeluk erat. Minta simpati lah tu namanya.

Aku nak buat apa ya?kejap. I've got an idea!

"Niel sayang jom balik. Daddy tak nak mumy ada dekat sini daddy dah tak nak tengok muka mumy sebab mumy jahat. Jom sayang," Hana mencuri memandang ke arah Noah namun suaminya itu masih tidak berganjak.

Hana mencari jalan lain. Okey!aku yakin cara ini mampu mengalahkan rajuk dia yang memanjang ni!

Kini giliran Noah pula mencuri pandang ke arah Hana. Dia nak tengok sejauh mana isterinya itu boleh mencairkan dirinya yang tengah berpura pura merajuk ketika ini.

Apabila Hana kembali menatap ke arah Noah dengan lajunya lelaki itu mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Hubby..." panggil Hana dengan suara yang meleret. Okey aku terpaksa tau sebab aku nak lawan rajuk orang di depan aku sekarang ni. Macam gedik pula aku sekarang ni isy!

Noah menahan debaran di dadanya. Lagi bertambah laju degupan di dadanya apabila Hana mula merangkul lehernya.

"Sorry. Saya tak sengaja nak buat awak merajuk. Sorry..." tangan Hana sudah bermain di pipi suaminya. Sengaja dia berbuat demikian kerana ingin menambat hati encik suami yang sedang merajuk. Nasib baiklah Niel masih kecil lagi kalau tak padan muka aku tahan malu dekat sini.

"Sayang...awak sengaja nak goda hubby awak kan?" kata Noah.

Fuh!akhirnya bersuara juga. Tengok dah kena panahan maut dari isteri. Jangan main main dengan aku wahai encik suami!

"Bukan sengaja. Memang nak goda awak pun. Sekali sekala gitu tak apakan?" Hana mengenyitkan mata sebelahnya. Dia dengan beraninya duduk di atas riba Noah namun perasaan malu hanya ditanggung di dalam hati ketika itu.

Berkedip mata Noah ketika itu. Hambik kau Noah!siapa suruh buat pura pura merajuk.
Sekarang kan dah kena!

"Kenapa diam?" kata Hana. Terbit satu senyuman kemenangan di bibirnya.

"Okey...okey...saya kalah. Sayang menang,"

Hana pun berdiri semula. Fuh!lega akhirnya.

"Aip wait!memandangkan sayang dah berjaya cairkan hati hubby lepas ni giliran saya pula," senyuman nakal terbit di bibir Noah.

Hana menjeling sekilas suaminya.

"No way!" Hana terus menyilangkan tangannya ke dada.

Noah tidak membalas sebaliknya dia hanya tersenyum penuh makna. Wait me sayang!


Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now