Bab 47

1.4K 83 0
                                    

Hana tersengih apabila melihat Noah yang bercekak pinggang di hadapan pintu bilik.
Dia marah ke aku tidur dekat bilik mumy semalam?

"Sorry sebab tak bagitahu awak yang saya tidur kat bilik mumy. Lepas ni saya tak buat dah," kata Hana. Dia rasa bersalah pula kerana tidak meminta kebenaran dari suaminya terlebih dahulu.

"Kesian tau hubby sayang ni tidur sorang sorang. Nasib baik je ada teddy bear yang sudi temankan hubby awak ni. Tak apa saya tak marah sayang pun janji lepas ni dah tak buat,"

Rasa kosong je hidup ni bila bangun je dari tidur lepas tu tengok kat sebelah isteri tak ada. Patut pun semalam tidur tak best. Aduh ni mesti kena cepat pindah dekat rumah sendiri ni baru best. Getus dalam hati Noah.

"Yelah I promise. Saya cuma nak lepaskan rindu dekat mumy puas puas itu yang tidur di bilik mumy semalam. Hottie pie dah nak pergi kerja ke?sini kejap saya tolong pakaikan tali leher tu,"

Nasib baik je dia tak merajuk kalau tak payah aku nak pujuk.

Noah sudah tersenyum nakal. Butang baju yang sengaja dibiarkan tidak dibutang itu dibiarkan begitu sahaja. Ala tak salah kan kalau isteri sendiri tengok badan sasa suami haha.

"Kalau ye pun butang lah baju tu dulu. Hottie pie ni memang sengaja nak kenakan saya kan?" Hana sudah mengecilkan matanya memandang Noah. Isy taulah ada six-pack tapi tak payahlah sengaja nak bagi tunjuk.

Makin menjadi jadi pula senyuman Noah ketika itu dan tiba-tiba satu idea nakal muncul di otaknya. Hana pula sudah mula mengerutkan dahi, tidak faham kenapa suaminya berkelakuan pelik pagi ini.

Dengan selamba Noah membuka semula baju long sleeve berwarna putih yang elok tersarung ditubuhnya tadi.

"Why not kalau sayang tolong pakaikan hubby awak baju sekali?"

Terbuntang mata Hana memandang Noah. Amboi bukan kemain lagi ya nak show body fit dia ni kat depan aku. Sengaja lah tu nak kenakan aku. Bisik Hana di dalam hati.

Baju long sleeve bertukar tangan. "Awak saja nak kenakan saya awal pagi ni kan?" lengan sasa Noah terus dicubitnya perlahan.

"Aww...garangnya sayang ni. Nak bersweet dengan wife sebelum pergi kerja kan indah. Sayang senyum sikit please..." ujar Noah dan suaranya sengaja dibuat seperti nada menggoda.

Hana menayangkan senyuman semanis manis gula buat suaminya. "Nak sangat saya senyum kan?nah ambil senyuman paling mencairkan hati hottie pie ni,"

Pipi Hana lantas dicubit perlahan oleh Noah. "I like your smile sayang. Senyuman ni lah yang buat hubby awak ni angau walau berada di mana pun. Love you honey," lalu dahi Hana menjadi mangsa ciuman Noah.

"Dah...jangan sweet sangat pagi ni. Baby Niel nampak baru awak tahu," Hana menggelengkan kepalanya. Mesti perangai Niel nanti ikut macam daddy dia.

"Pipi sayang dah blushing. Malu ea?awlolo...comel je sayang ni,"

"Ish...mana ada malu. Awak nak pakai baju ke tak," kata Hana dan sengaja menukarkan topik. Dia menyembunyikan debaran di dadanya ketika ini. Ala suami aku kot takkan itu pun aku nak malu hisy...

"Of course lah nak pakai. Sayang tolong pakaikan ye,"

"Dah tu rapat sikit," tangan Noah ditarik supaya kedudukan mereka lebih dekat. Baju long sleeve terus disarung di tubuh Noah. Untunglahkan dapat suami manja habis macam ni.

Noah sudah tersenyum senyum. Suka betul dia nak kenakan isteri dia. Kalau sehari mesti tak pernah tak manja dekat Hana.
Itulah namanya makin sayang hahaha.

Selesai membutangkan baju long sleeve Noah dia pun memasangkan tali leher untuk Noah. Sumpah!perfume yang dia guna sekarang ni makin buat hati aku berdebar pula. Aish!

"Dah siap dah."

Lega rasanya. Siapa suruh awak Hana tu lah rajin sangat nak tolong pakaikan leher dekat encik suami free free kena suruh tolong pakaikan baju.

"Thanks honey. So macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Tengok body hubby tadi," Noah mengenyitkan matanya.

PAP!

Bahu Noah terus ditampar kuat oleh Hana. Nah ambik kau siapa suruh jadi nakal ee!

"Haa cuba lagi nak kenakan saya tahulah saya nak buat apa dekat awak lepas ni,"

"Ok janji tak buat dah lepas ni. Love you honey..."

"Bila nak jalan pergi kerja ni?tak takut roadblock ke?" tanya Hana. Tahulah bos tapi mesti kena datang tepat masa di syarikat tu supaya dapat dijadikan contoh kepada kakitangan yang lain.

"Yelah dah nak jalan dah ni. Bye sayang. Take care tau di rumah kalau ada apa apa call je hottie pie sayang ni. Baby Niel papa dah nak jalan dah dengar cakap mumy tahu...jangan nakal nakal,"

Hidung Niel dicuit oleh Noah lalu mencium kedua dua belah pipi anaknya itu. Niel pula sudah tersenyum geli hati.

"Say goodbye to papa Niel," ujar Hana..Tangan kecil Niel digoyang seperti gaya melambai tangan ke arah Noah.

Sekali lagi dahi Hana dicium oleh Noah. Baru nak pergi kerja pun feeling dia sekarang ni macam pergi oversea je.

"Bye hottie pie and take care too and drive safely,"

Noah mengangguk seraya tersenyu. Dia pun segera berlalu menuju ke arah keretanya. Hana menghantar pandang sehinggalah suaminya itu hilang dari pandangannya.






VOTE/COMMENT!💕💕💕💕

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now