Hana membawa dirinya tanpa haluan dalam keheningan malam ditambah pula dengan keadaan yang sejuk kerana jam sudah menganjak ke angka sebelas. Dua beg besar dan berat itu diangkatnya menggunakan separuh tenaganya.Dia buntu kerana tidak tahu dimana arah yang harus dia tuju. Tiada tempat untuk dia berteduh dan dia hanya mampu duduk di tepi jalan dengan hujan yang mulai turun membasahi bumi.
Hana memutuskan untuk tidak kembali ke kampungnya kerana dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak mahu menyusahkan ibu bapa angkatnya. Dia juga berjanji untuk berdikari dan rasanya dia tidak perlu lagi menyusahkan ibu bapa angkatnya yang nun jauh disana.
Sehingga pagi Hana masih lagi berjalan di sekitar bandar dengan keadaan yang sangat lemah disebabkan dia kelaparan dan dahaga sejak semalam.
Dia dibuang dari keluarga suaminya dan Hana sendiri tidak mengerti apa kesalahannya padahal semalam dia baru sahaja balik dari menjaga suaminya di hospital. Tetapi semua berlaku dalam sekelip mata sahaja dan masih lagi terngiang- ngiang di dalam benak otaknya kata-kata ibu mentuanya semalam.
"Kau bukan lagi isteri Noah dan kau tidak ada lagi hubungan dalam keluarga ini!"
Ya, betapa sedihnya dia mendengar setiap kata yang diungkapkan oleh ibu mertuanya itu. Besar sangatkah kesalahan dia sampaikan dibuang dari keluarga itu?
Dia sebenarnya sudah membuat rancangan untuk membuat kejutan kepada suaminya yang baru balik dari luar negara bahwa dia disahkan mengandung namun semuanya hanya terkubur dalam hati apabila mendengar berita suaminya terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan suaminya itu hilang ingatan disebabkan hentakan yang kuat pada bahagian kepala.
Apa yang dia mampu buat hanyalah berdoa pada yang maha esa agar suatu hari nanti suaminya mengingati siapa dirinya. Dia juga tidak mahu anak mereka tidak mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Demi anak dalam kandungannya, dia harus kuat menempuhi segala rintangan dalam hidup walaupun terasa berat untuk dia lalui seorang diri.
Setelah beberapa minit berehat di perhentian bas, Hana baru teringat yang dia mahu meminta keizinan untuk menumpang di rumah kawan baiknya buat sementara waktu. Telefon diambil lalu nombor Davika, iaitu kawan baiknya didail.
Namun panggilannya tidak disambut. Hana pun memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke rumah kawan baiknya itu walaupun mengambil masa yang sedikit lama.
Jam telah pun menunjukkan ke angka 12. Matahari yang sangat terik membuatkan Hana bertambah penat dan lemah namun dia tetap meneruskan perjalanan sehingga sampai di rumah Davika.
Pintu rumah banglo itu diketuk perlahan. Beberapa saat kemudian pintu dibuka dari dalam. Melihat sahaja kehadiran Hana di depan pintu rumahnya, Davika terus mengalihkan pandangannya ke arah lain tanpa senyuman malah dia hanya buat tidak tahu dengan kehadiran Hana. Lagaknya seperti orang kaya yang sombong.
"Davika boleh tak aku tumpang di rumah kau? Aku tak ada tempat untuk berteduh." ujar Hana perlahan.
"Jangan pernah bermimpi yang aku akan benarkan kau tidur di rumah aku. Dasar perempuan kampung!"
Terhinjut bahu Hana mendengar nada suara Davika yang tinggi. Kawan baiknya yang tiba-tiba berperangai pelik membuatkan Hana bingung apa sebenarnya yang tak kena dengan kawannya itu.
"Lagi satu ambil duit ni. Bagi makan anak dalam perut kau tu. Jangan je mati kebuluran sudah!" sinis sahaja kedengaran kata-kata Davika di telinga Hana. Sememangnya Davika lah orang pertama yang tahu bahawa dia mengandung kerana kawan baiknya itu yang menemaninya ke hospital untuk membuat checkup setiap hari.
Namun, apa yang Hana dengari sekarang ini amatlah menyakitkan hati. Dan dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga kawan baiknya itu berubah sejauh ini. Bukankah selama ini mereka berdua baik-baik sahaja. Kenapa semua berubah secara tiba-tiba?
"Davika aku ada buat salah ke?kalau ada aku nak minta maaf,"
Davika memberikan Hana satu jelingan tajam. "Aku sebenarnya benci kau!apa yang aku nak semua ada dekat kau!dan hari ini aku nak putuskan hubungan kawan kita. Mulai sekarang aku dah tak anggap kau sebagai kawan baik," pintu terus ditutup kuat oleh Davika.
"Davika janganlah macam ni. Aku minta maaf sangaf kalau aku ada buat salah. Tapi aku tak nak kita jadi macam ni Davika. Aku tak nak kau anggap aku ni musuh kau. Kita dah janji yang kita akan jadi kawan baik selama-lamanya dan aku dah anggap kau macam kakak aku. Tolonglah jangan macam ni Davika..." pintu rumah diketuknya beberapa kali namun tiada lagi sahutan dari Davika membuatkan Hana pasrah walau hakikatnya dia tidak dapat menerima semua yang berlaku hari ini.
Apa yang membuatkan Davika begitu membencinya pun dia tidak tahu. Hana menahan air matanya daripada terus mengalir. Tiada gunanya pun jika dia menangis sahaja walhal dia sudah pun puas mengalirkan air mata semalaman.
Tiada apa yang dapat dia lakukan selain berlalu pergi. Hana berjalan tidak tentu arah sehinggalah hari siang berganti gelap. Kakinya pula sudah mula terasa lenguh untuk meneruskan perjalanan dan dia memutuskan untuk berhenti di depan pagar rumah orang. Disebabkan keletihan dan dahaga, Hana pun tertidur tanpa sedarkan diri.
Pemilik rumah yang baru balik itu terus sahaja melemparkan batu ke arah seorang perempuan yang tertidur di depan pagar rumahnya dan tak lari seperti seorang pengemis dari pandangannya.
"Hei pengemis!!pergi dari sini!!" halau pemilik rumah yang berbadan gempal itu.
Hana lantas berdiri dan cepat-cepat berlalu meninggalkan kawasan perumahan itu. Dia terpaksa berjalan semampu yang boleh sehinggalah dirinya tidak lagi mampu meneruskan perjalanan dan memutuskan untuk berhenti di bahu jalan.
Ketika Hana ingin merehatkan dirinya, tiba-tiba satu kereta berhenti di kawasan itu. Hana memandang lemah ke arah seorang lelaki yang bertopeng keluar dari kereta BMW.
"Nice. Still young and beautiful ini yang aku nak selama ini. Come here dear...follow me. I ada rumah mewah and I will give you more money if you work with me..." ujar lelaki bertopeng itu seraya menggengam tangan Hana.
Hana cuba untuk menarik tangannya dari lelaki itu namun pegangan semakin erat.
"Lepaslah!saya tak nak!" jerit Hana dan masih berusaha menarik tangannya dari genggaman lelaki bertopeng itu namun dia terlalu lemah saat ini."Wuh garangnya! Takpe. I nak buka topeng I ni dulu biar you nampak muka I yang kacak ni," ujar lelaki itu dan perlahan-lahan membuka topeng yang dipakainya. Hana meneliti setiap inci wajah sinis lelaki itu.
"So come with me dear...I will give you everything you want," lelaki itu pun cuba mengheret Hana masuk ke dalam kereta namun Hana memberontak melawan lelaki itu. Walau macam mana sekali pun dia tidak boleh mengalah dengan mudah. Biarpun badannya terasa amat lemah namun semangat masih berkorbar-korbar untuk melawan setiap tindakan lelaki biadap itu.
"Tolong!" Hana terus menjerit sekuat hatinya apabila melihat ada kereta yang menggunakan jalan di kawasan itu. Ketika ini dia berharap agar ada seseorang yang membantunya dalam keadaannya yang lemah saat ini.
"Shit!apasal mulut kau bodoh sangat!" tubuh Hana terus ditolak kasar dan lelaki itu segera menutup semula topeng mukanya. Lelaki itu berlari masuk ke dalam keretanya dan terus memecut laju agar nombor plat keretanya tidak dilihat oleh sesiapa.
Dari jauh kelihatan seorang perempuan berlari mendapatkan Hana yang sudah terduduk lemah di atas tar jalan raya.
Saat itu Hana berasa dunianya bagaikan berputar. Ya Tuhan, kau kuatkanlah hambamu ini ya tuhan. Kepala yang mula berasa pening ditambahkan pula gastrik yang menyerangnya membuatkan dia semakin lemah. Pandangan Hana kian lama mula kabur dan sayup-sayup kedengaran suara seseorang seperti ingin menyedarkan dia dan selepas itu Hana rebah di atas jalan raya dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.
Vote/Comment amat dialu alukan.Jangan segan2 ye❤
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...