5 bulan kemudian...
Tangisan bayi memenuhi ruang bilik bersalin."Congratulation miss. You got a baby boy. He is so cute. Miss nak bagi dia nama apa?" ujar seorang jururawat berbangsa Thailand namun fasih bercakap bahasa melayu.
Hana masih lagi mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kepenatan. Bayi
diambil dari dukungan jururawat itu dengan penuh syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar ketika dia melahirkan anaknya."Niel Ayden Noah," balas Hana.
Flashback
"Sayang...kalau suatu hari nanti kita dikurniakan cahaya mata and its baby boy saya nak letak nama Niel Ayden. Mesti hensem kan macam saya?" ujar Noah seraya tersengih seperti kerang busuk.
"Eleh dia ni. But our first baby mesti perempuan. Kalau saya yang betul saya nak letak nama Hailey Handerson Noah,"
"Nope. Its must a boy. Kalau saya betul saya akan minta sayang satu permintaan. Saya nak sayang mesti ada di samping saya selalu walau apapun yang terjadi. Kalau awak tak dapat terima permintaan saya tu maksudnya sayang kalah dengan cinta saya," ujar Noah sambil menjongketkan keningnya.
"Okey fine. I'll accept it. Tapi kalau saya yang betul saya nak bagi awak satu denda. Selama satu hari awak tak boleh tidur dalam bilik," terus meletus tawa Hana saat itu.
"Boleh je sayang. Tapi kita tengok je siapa yang menang wife atau husband. I think husband yang akan jadi pemenangnya," ujar Noah berserta satu senyuman nakal.
Hana tersenyum apabila teringat kembali kenangan itu. Maafkan saya Noah. Permintaan awak tu mungkin saya tak dapat tunaikan kali ini. Saya tak boleh bersama dengan awak lagi kalau saya terus bertahan mungkin salah satu diantara kita ada yang terluka. Jadi lebih baik saya yang undurkan diri. Mungkin kalau saya berada di sini saya akan tenang selama-lamanya.
Mama akan jaga Niel sampai Niel besar. Itu janji mama.
***Noah menatap lama gambar perkahwinan dia dengan Hana. Gambar itu diusapnya perlahan. Dia bagaikan orang yang sakit menanggung rindu. 5 bulan itu seperti 5 tahun dirasakannya. Berapa lama lagikah dia menunggu. Hampir setiap hari dia dengan yang lain tidak putus asa mencari Hana namun masih belum berjaya.
Tanpa mengetuk pintu bilik anaknya datin Kylie terus meluru masuk ke dalam. Dia amat terkejut sebaik sahaja melihat Noah yang sudah mengetahui kotak yang disoroknya di bawah katil dulu.
"Noah!!" datin Kylie pantas meluru ke arah anaknya dan ingin merampas gambar yang dipegang Noah namun Noah lebih pantas mengelak.
"Noah minta sangat tolong kembalikan kebahagiaan Noah. Its almost 1 year," kata Noah bernada serius. Wajah datin Kylie langsung tidak dipandangnya ketika itu.
Datin Kylie tersentak. Macam mana aku boleh cuai sangat letak kotak tu di bawah katil je. Bisik dalam hatinya.
"Kebahagiaan Noah ada pada Davika. Siapa-"
Kata-kata datin Kylie dipotong laju oleh Noah.
"Noah tak nak dengar nama dia disebut,"
"Noah...Noah dah ingat semuanya ke?" tanya datin Kylie. Risau juga dia kalau ingatan anaknya itu sudah pulih.
"Mama cakap apa ni?Noah tak faham," tipu Noah. Sebenarnya ingatan dia sudah pun pulih tetapi hanya separuh. Dia tidak mahu sesiapa tahu akan perubahannya kecuali ayahnya dan Theo sahaja.
Datin Kylie menghela nafas lega. Rupanya masih belum pulih lagi.
"Tak ada. Mama nak beritahu yang Davika demam panas sejak semalam. Noah tak nak pergi lawat dia ke?" ujar datin Kylie.
"Ma...cantikkan perempuan dalam gambar ni?" kata Noah sengaja menukar topik. Datin Kylie sudah menahan geram dalam hati.
"Hmm..." balas datin Kylie bersahaja. Dijelingnya gambar Hana pada bingkai gambar yang dipegang oleh Noah.
"Siapa perempuan ni?mama kenal ke. Kenapa dalam gambar ni Noah dan dia guna baju wedding?" sengaja lagi Noah bertanya.
Datin Kylie apalagi semakin geramlah dibuatnya. "Perempuan tu bekas teman wanita Noah. Noah putuskan dia sebab perempuan tu hanya menumpang kekayaan keluarga kita. Perempuan ni kejam dia selalu ugut mama supaya Noah tidak akan putuskan dia. Baik Noah lupakan je perempuan ni," tipu datin Kylie dengan sengaja membuat wajah sedih.
Noah tersenyum sinis di dalam hati.
"Kesian mama. Tak apa mama beritahu Noah dimana perempuan ni sekarang Noah nak ajar dia cukup cukup," ujar Noah tapi kata-katanya itu sudah pun dirancang dari awal.
Datin Kylie tersenyum gembira dalam hati. Baguslah kalau Noah dera perempuam tu lagi aman hidup aku selalu. Bisik hati tuanya.
"Dia ada dekat Bangkok Thailand. Dia menginap dekat Royal View Resort, Rang Nam," tanpa memikirkan apa-apa datin Kylie terus memberitahu keberadaan Hana kepada Noah.
Noah sudah menahan kemarahan dalam diam. Namun dia masih boleh mengawal keadaannya dari terus diketahui oleh ibunya.
"Bolah mama beritahu alamat tempat tu?" tanya Noah.
"Ala boleh je tak ada masalah pun lagi pula Noah kan nak ke sana nanti. Ini alamatnya 27/3 Soi Rajawithi 3 Rangnam Road, Phayathai,Rachathevi, Pratunam,
Pathumwan,10400 Bangkok,Thailand."Siap hafal alamat lagi. Boleh tahan juga mak aku sorokkan isteri aku ni.
"Nanti Noah balas apa yang perempuan ni buat dekat mama," tipu Noah walhal dalam hatinya sudah tidak tahan dengan sikap ibunya yang terlalu membencikan Hana.
I will find you there honey. Dont worry I will come for you as soon as possible.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...