Bab 28

2K 132 3
                                    

Noah kembali teringat di mana kali pertama dia tidak sengaja terlanggar Hana dan ketika itu Hana menggelarkan dirinya dengan menggunakan nama keduanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Noah kembali teringat di mana kali pertama dia tidak sengaja terlanggar Hana dan ketika itu Hana menggelarkan dirinya dengan menggunakan nama keduanya.

Ketika Hana melawatnya di hospital tempoh hari juga diimbas semula.

"Kita dah bertahun kenal bukan hanya pernah berjumpa. Tetapi memandangkan tempoh hari ada kecelakaan berlaku membuatkan awak dah tak kenal siapa saya dalam hidup awak. Dan saya harap awak akan sembuh secepat mungkin,"

Kata-kata Hana itu bermain di layar fikirannya. Theo memang betul. Apa yang dia kata tadi sudah terbukti yang Hana memang isterinya yang sebenar. Patut pun setiap kali dia memandang wajah Hana dia seakan akan teringat sesuatu tetapi tidak begitu jelas di fikirannya.

Hana maafkan saya kalau selama ini awak tersakiti disebabkan saya. Berikan saya peluang kedua untuk berada di samping awak selalu. Bisik dalam hati Noah dengan rasa bersalah yang teramat.


***


Davika seperti sudah putus harapan memandangkan sudah hampir sejam dia menunggu kedatangan Noah namun lelaki itu masih belum datang menjemputnya.

"Tak payahlah tunggu lelaki tu. Balik je lah. Dia tak akan ambil kau pun. Percayalah. Ni dah hampir sejam kau tunggu dia. Kalau lelaki sejati dia tak akan biarkan orang yang dia sayang tertunggu. Kau rasa dia sayang kau ke?ambil berat pun mungkin tak," sinis sahaja Rayden berkata.

Davika memandang tajam ke arah saudaranya.

"Kau tahu apa haa?selama ini dialah yang banyak ambil berat tentang aku!Kau lebih baik diam kalau tak tahu apa-apa. Dahlah kalau macam tu aku balik!tak ada mood langsung!" Davika menghentakkan kakinya tanda protes.

Pintu kereta Rayden dibuka dan ditutup dengan kasar.

"Tahulah marah tapi janganlah sampai nak libatkan pintu kereta aku ni. Kalau rosak. Kau bayar!" ujar Rayden separuh geram.

Davika berpeluk tubuh. Dia membuang pandang ke luar tingkap kereta. Fikirannya hanya memikirkan kenapa Noah tidak datang menjemputnya. Setahu dia Hana sudah pun diugut oleh datin Kylie supaya pergi ke Thailand. Tak mungkin Hana memberitahukan Noah perkara sebenar.

"Aku nak pergi di rumah Noah. Kau tolong bawa bagasi aku ni," Davika berkata selamba. Rayden menjeling ke arah Davika.

"Balik nanti kau jangan suruh aku ambil kau pula. Ada mulut tanyalah sesiapa yang sudi hantar kau balik terutama sekali keluarga Noah yang tersayang bagi kau tu," balas Rayden.

"Aku tahulah macam mana nak balik. Kau fikir datin Kylie tu nak biarkan aku balik sendiri. Malas nak bercakap saudara macam kau ni!"

Davika terus keluar dari kereta sebaik sahaja sampai di depan villa milik keluarga Vincent.

"Perempuan memang menyusahkan!" bentak Rayden geram.

Datin Kylie menyambut kedatangan Davika dengan gembiranya. Badan Davika terus dipeluknya erat.

"Bila mama dapat tahu yang syarikat saudara Davika tu terpaksa dihentikan mama rasa happy sangat. Lepas ni mama tak lagilah menahan rindu dekat bakal menantu mama ni," ujar datin Kylie tersenyum senang.

Dato vincent dan Noah yang baru balik hanya membiarkan datin Kylie dan Davika berbual di ruang tamu. Noah pula langsung tidak mempunyai mood apabila melihat Davika turut berada di dalam villa keluarganya.

Setelah apa yang terjadi petang tadi, semuanya mungkin akan berubah selepas ini. Kata-kata ayahnya tadi juga sentiasa bermain di fikirannya.

"Noah kamu kena hati hati selepas ini. Kamu tak boleh biarkan Hana sendirian dia tu isteri kamu. Papa tahu yang Noah belum ingat sepenuhnya siapa Hana tapi papa yakin Noah tidak akan putus asa untuk mengingati Hana kembali. Mama kamu tu sudah rancang mahu kamu dan Davika berkhawin. Dia terlampau percaya akan fitnah. Papa tahu mesti ada seseorang yang cuba menghancurkan rumah tangga kamu dan kamu mesti pertahankannya. Noah jangan mengalah papa akan sentiasa ada untuk kamu,"

Noah memegang kata-kata yang dilontarkan ayahnya itu. Mungkin aku masih belum pulih sepenuhnya sekarang ni tapi aku yakin aku mampu pertahankan rumah tangga aku.

"Noah. Sini kejap. Isteri kamu ni ada di sini kenapa buat macam dia tak wujud pula?" kata datin Kylie sedikit sebanyak terguris apabila memandang perangai anaknya yang lain daripada sebelumnya ketika ini.

Noah menghentikan langkahnya. Dia segera berpaling ke arah ibunya dan Davika dengan pandangan yang mahu tidak mahu sahaja ingin ke situ.

"Maaf. Kalau mama fikir dia wujud. Mama boleh berbual dengan dia. Noah tak ada masa sekarang ni," balas Noah yang betul-betul telah memeranjatkan datin Kylie.

Davika juga terkejut mendengar balasan Noah. Dia tidak menyangka yang Noah akan membalas dengan cara seperti itu. Apa yang dah terjadi?

"Noah!ini isteri kamu. Dah kenapa kamu macam tak hormat mama pula ni haa?jangan buat mama hilang sabar Noah!" nada datin Kylie naik seoktaf. Dia menahan kemarahnnya di dalam hati. Ingatkan kalau dia dah halau Hana pergi dari sini mudahlah rancangan dia untuk menyatukan Davika namun seperti ada tanda kegagalan pula.

"Noah masih hormat pada mama. Noah tahu mungkin mama sakit hati dengan sikap Noah sekarang ni. Tapi...tolong biarkan Noah pergi haluan Noah sendiri. Noah pun manusia ada perasaan," sejurus berkata Noah terus berlalu pergi dari ruang tamu.

Davika menahan sebak didalam hati. Aku yakin mesti ada seseorang yang berani nak buka mulut tentang perkara sebenar pada Noah. Teka dalam hatinya.

"Ma...tak apalah. Kalau macam tu Davika pulang dulu," ujar Davika putus harapan dengan riak wajah yang bertukar kepada kesedihan.

"Davika maafkan mama ya. Mungkin Noah penat itulah dia macam tu. Nanti mama suruh pengawal mama hantar Davika.
Tapi kita kena sentiasa ingin yang kita tak boleh biarkan perkara ini terus menerus seperti ini. Kena ingat tu," pesan datin Kylie.

"Baiklah mama. Nanti Davika cari jalan lain. Mama pun jangan risau," ujar Davika yang tersenyum paksa namun dalam hatinya sudah menahan rasa sakit yang teramat.

"Baiklah,"

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now